BAGI ANAK BANGSAWAN RM1 JUTA MANA CUKUP!! |
Dizaman Mahathir RM5,000 ringgit cukup besar nilainya sehinggakan sebuah keluarga bolih menyimpan sekurang-kurang RM500-RM1,000 sebulan untuk masa depan tetapi dizaman pemerintahan anak bangsawan ini RM5,000 dikira cukup makan setakat paras hidung saja bagi kelompok yang tinggal dibandar mahupun yang tinggal dipinggir bandar. Bagi kumpulan yang bergaji RM3,000 sebulan ini dikira 'miskin' dan terpaksa tinggal menyewa samaada rumah PPRT atau tinggal ditanah haram dan paling tidakpun terpaksa menumpang dirumah ibubapa atau mertua.
Kini bagi keluarga yang berpendapatan dibawah RM5,000 sebulan terpaksa 'berdikit-dikit' kerana segala kos perbelanjaan seisi keluarga semakin meninggi saban hari tetapi bagi keluarga yang berpendapatan RM3,000 kebawah terpaksa 'mencari' alternatif lain untuk menampung perbelanjaan. Kini bagi mereka yang tinggal dikampung juga terpaksa 'mengikat' perut sekiranya gaji bulanannya dibawah paras RM3,000. Begitulah kesusahan yang dialamat olih rakyat kini samaada yang berada dibandar majupun didesa.
Tetapi pernahkah Pemimpin yang melaungkan 'memperjuangkan Melayu' benar-benar peka dengan kesusahan yang dialami orang Melayu? Pernahkah mereka mengerti kesushan yang dihadapi kaum dari bangsa mereka sendiri? Saya rasa tidak. Mereka tidak heran akan keperitan penghidupan yang dialami olih orang Melayu. Pemimpin sudah merasakan bahawa orang Melayu tidak bolih buat apa-apa diatas tindakan mereka. Kesusahan orang Melayu bukan lagi 'keutamaan' untuk dibantu sebaliknya mereka sebenarnya mahu Melayu untuk terus dihimpit kemiskinan dan kesusahan agar mudah bagi mereka mempergula-gulakan.
Semenjak Najib memimpin tampuk pemerintahan bermacam-macam program ekoniomi telah dilakukan dan berbillion ringgit telah dilabur dan 'dengan' mulut longkangnya mengatakan bahawa pulangan yang bakal dinikmati akan memakmurkan ekonomi negara ditambah dengan hasil negara terutama dari Petronas yang dikata menjana berbillion ringgit ditambah dengan pendapatan dari Syarikat Khazanah Negara yang memiliki beberapa pelaburan bernilai berbillion yang dikata akan memberikan pulangan tinggi namun sehingga kini apa yang diperkata semuanya 'wayang' belaka.
Dikatakan Kerjaan berjaya mengaut hasil cukai beratus billion dan melebihi target tetapi 'Kewangan negera tetap dalam deficit' Mana perginya duit tu?? Nampaknya hasil yang dikata berbillion tu hanya 'indah' pada 'kata-katanya' saja dan realitinya ' hasil poket' rakyat juga yang terpaksa menampung segala 'kekurangan' tersebut.
Dari apa yang dilihat kerajaan pimpinan Najib sememangnya "pandai guna duit' sehinggakan 'duit yang ada juga habis diguna'. Kalau dilihat pembangunan yang dilakukan olih Tun Mahathir amat besar dan dikira berbillion ringgit juga namun 'akaun' negara tetap stabil dan keadaan ekonomi negara amatlah rancak waluupun negara ini pernah dilanda krisis matawang dan ekonomi tetapi ekonomi rakyat dan duit poket rakyat tidak terusik langsung
Berbeza dengan Najib, dengan bermacam-macam program serta transformasi yang dilakukan yang dikata akan membawa penambahan baikan ekonomi untuk negara dan rakyat nampaknya sudah terbalik dan kini rakyat bukan saja ditimpa tempias malah kuyup ditimpa bala gara-gara 'percaturan' Najib dan gerombolannya.
Saya rasa hayat politik Najib sudah semakin singkat dan rakyat juga telah menyaksikan secara jelas akan kegagalan Najib didalam merealisasikan keharmonian ekonomi untuk negara malah 'kegagalan' Najib juga telah mula di'signal'kan oleh Tun Mahathir untuk tatapan umum. Maka elok lah Najib berkira-kira untuk 'membersihkan' 'sisa najisnya, sebelum, kehinaan menjenguk pintu.
Maaflah tiadalagi 'tangan menadah' untuk mengaminkan pemimpin macam ni dan doa saya terhenti setakat ini untuk Najib .
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment