IKAN PUN TAK SUDI MENDIAMI LAUTAN LAGI!! INGATAN KEPADA MANUSIA |
6 bulan kebelakangan ini bermacam-macam peristiwa berlaku. Saban hari dunia digemparkan dengan berbagai 'dugaan' dari Sang Maha Pencipta. Gempabumi, puting beliung, banjir dan bermacam-macam lagi kemusnahan melanda. Samaada kita sedar atau tidak perjalanan kehidupan dialam maya ini semakin hari semakin mendebarkan kepada penghuniunya.
Kegemparan serta bermacam-macam peristiwa 'pelik dari kaca mata' manusia terjadi diserata dunia. Samaada ini merupakan tanda-tanda 'akhir zaman' bermula 'atau 'sedang berlaku' atau 'dalam proses pengakhiran' kita serahkan kepada "Pemunyanya".
Yang menjadi perhatian kita, adalah peristiwa yang berlaku di dunia disebelah sini, iaitu Asia Tenggara. Walaupun gugusan kepulauan yang dikata amat 'berisiko' terbesar terdampar disebelah sini, iaitu Kepulauan Indonesia, Kepulauan Filipina serta laut yang mendamparkan sehingga ke Jepun namun tanda-tanda berlakunya 'kegemparan' sering 'melanda'.
Kalau 9 tahun dahulu Acheh digemparkan dengan Tsunami berskala 'gergasi' dan begitu juga di Jepun yang dikira besar jika diukur dari kacamata manusia namun peristiwa 'kegemparan' yang lagi besar iaitu 'ulangan' banjir besar seperti dizaman Nabi Nuh belum lagi berlaku Namun 'ulangan' peristiwa tersebut tidak mustahil untuk berlaku.
Kegemparan peristiwa-peristiwa seperti 'ikan' melarikan diri kedaratan yang baru berlaku di Sabah minggu lalu perlulah diambil iktibar. Segala 'perlakukan ganjil' tabiat hidupan laut yang cuba menyelamatkan diri "didaratan" janganlah dipandang remeh. Kemungkinan peristiwa yang tidak diingini berlaku 'akan berlaku adalah besar. Walauapapun dinasihatkan agar manusia yang berada disekitar kawasan tersebut atau yang berhadapan dengan laut-laut tersebut agar sentiasa berwaspada dengan fenomena ini.
Tiada satu 'kepastian' dari saintis yang dapat 'menyakin'kan peristiwa tersebut. Hanya ketentuan Allah SWT yang bakal ditempuhi.
Kalau dilangit 'comet ison' membelah langit untuk menuju 'sang matahari' dan dapat disaksikan olih jutaan mata dibumi serta peristiwa tersebut pernah di'sabdakan' baginda Rasullulah, maka, tiada kehairanan kepada umat Islam yang sememang 'menyakini'nya, namun ''kebesaran' peristiwa yang terjadi diSabah amatlah berlainan.
Kalau mengikut hukum alam, peristiwa ganjil tersebut membawa bermacam-macam andaian kepada manusia. Tetapi apa yang pasti 'akan berlaku' peristiwa besar telah yang berlaku diperut bumi yang tidak dapat dilihat dengan mata namun rentaian dari peristiwa tersebut akan membawa signal 'malapetaka' bakal berlaku dalam masa terdekat
Diharap ujian -ujian yang bakal didatangkan akan memberikan peringatan kepada 'penganut kejahatan' serta 'memberikan 'kelebihan kepada 'penganut kebaikan' seperti yang dituntut Yang Maha Pencipta .
Rantaian kemuncak menyambut kedatangan 2014 bukanlah yang terbaik untuk hari-hari yang mendatang.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
slm bro,
ReplyDeletecuma berkongsi :-
https://www.facebook.com/photo.php?v=589735331075098
serampang banyak mata,
apa komen bro?