Saturday, 28 December 2013

THE PROMISED LAND : POLITIK WAYANG ::MELAYU DITEBING JURANG!!


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Katanya pemimpin adalah 'suara rakyat' ataupun merupakan 'wakil rakyat' bagi sistem perjalanan sesebuah pemerintahan yang berteraskan kepada rakyat untuk rakyat. Didalam sistem demokrasi yang diamalkan olih negara kita setiap 5 tahun akan berlaku pilihanraya iaitu untuk menentukan 'wakil rakyat' atau 'wakil pilihan PARTI' yang mana satu pilihan rakyat untuk menerajui Kerajaan

Melalui proses ini rakyat memilih pemimpiin yang 'didakwa' me'wakil suara' mereka melalui 'calon parti' yang diketengahkan yang dikata 'dipercayai' olih masyarakat setempat.untuk memperjuangkan hak-hak orang ramai didalam Kerajaan.

Kalau dilihat melalui sistem yang di'ketengahkan' yang kelihatan 'baik' dan memudahkan rakyat namun sebenarnya ianya hanya sekadar indah kabar dari rupa. Tetapi apa yang mendukacita 'sistem' yang sebenarnya dikata 'mewakili suara rakyat' ini telah dicabul atau diliwat secara terangan olih pemimpin, samada parti pemerintah mahupun pembangkang, 

Sewaktu belum dipilih atau dinobatkan sebagai 'wakil suara rakyat' semua ajenda yang didendangkan kesemuanya berkelebihan untuk 'membela nasib rakyat' atau 'mempermudahkan penghidupan' rakyat .Namun selepas 'memegang kuasa'  atau kuasa telah ditangan lain pula jadinya.

Apa yang dapat dilihat kini, 'kuasa veto' yang sepatutnya di'miliki' olih UMNO yang berkelebihan didalam parti pemerintah dilihat seolah-olah 'mengkhianati' pengundi Melayu dan Bumiputra pula. Segala tindak tanduk yang dilakukan mengambarkan sebaliknya  Ini yang mengusarkan orang Melayu.  

Kenaikan demi kenaikan  kos disuarkan kepada rakyat. Yang sebenarnya terkesan dengan peningkatan kos ini adalah orang Melayu dan bumiputra kalau dibandingkan dengan kaum Cina dan India. Jika disukat pendapatan sebenar, orang Melayu dan bumiputralah yang rendah pendapatannya dalam skala purata.

Dengan ini rakyat melihat UMNO dan Kerajaan barisan nasional sebenarnya telah 'mengkhianti' amanah yang diberi. Kalau sebelum PRU Presiden UMNO mangatakan bahawa ekonomi' kita berada dilaluan yang benar serta ekonomi negara berada dijajaran yang stabil namun selepas beberapa bulan mendapat mandat baru rakyat, semuanya berubah sekelip mata Secara tetiba 'ekonomi' kita berada ditebing jurang' , secara automatik 'kredit rating' kita jatuh, secara 'magik nilai mata wang kita merudum' namun Najib masih mengatakan ekonomi negara tetap OK.

Kini penipuan  serta pembohongan Najib, UMNO dan Barisan Nasional semakin ketara dimata rakyat. Pemgumuman demi pengumuman dilakukan olih barisan kepimpinan Najib, semuanya menjurus kepada peningkatan kos , dari minyak, gula dan sebagainya mula menyelubungi kehidupan rakyat. Satu persatu peningkatan dibuat sehinggakan rakyat menjadi resah gelisah dan apa yang di'curagai' selama ini menjadi kenyataan. Ternyata kemimpinan Najib 'menipu' sebenarnya dan 'menyorokan' kenazakan' ekonomi negara dari pengetahuan rakyat sudah terserlah.

Tetapi yang menyedihkan rakyat, Najib secara gah, menyatakan semua 'transformasi'nya berjaya  dan melalui konsultan ciptaan Najib mengatakan 'tiada salah laku' dan semuanya mengikut procudure dan paling mendukacita 'penyelewengan' atau 'pembaziran' wang rakyat dibuktikan melalui laporan Juruaudit Negara. Berbillion ringgit 'lesap' atau 'terbazir' tanpa alasan kukuh dan jawapan yang diberikan olih Kementerian dan juga Menteri bertanggungjawap amat 'membodohkan' sekali.

Nampaknya pemimpin yang didakwa 'mendahulukan rakyat' telah meletakan 'segala' 'ketirisan' ini dibahu rakyat  dan yang paling terkesan dengan tindakan ini adalah orang Melayu khasnya yang kehidupannya berada diparas 'nyawa nyawa ikan'. Masihkah kita mahu bertolak ansur.

Kini segala salah laku 'pengekonomian' , rakyat meletakkan dibahu Najib. Salahkah? Dia yang mengepalai Kerajaan dan dia merupakan Menteri Kewangan, dia yang tahu segalanya. Olih itu tidak salah rakyat 'menyalahkan'; beliau diatas kegagalan ini. Segala bentuk dasar Najib yang memutuskan, waima, 'pelaburan', semuanya dengan pengetahuan Najib, olih itu beliau adalah watak yang 'dipertanggungjawapkan'.

Kalau dahulu parti pemerintah turun padang bertemu rakyat bagi 'menyampaikan propaganda'nya ,tetapi kini adakah menjadi kesalahan pula untuk rakyat bangkit untuk membantah Kerajaan didalam 'isu' peningkatan kos sara hidup ini? Salahke? Atau sememangnya 'rakyat' tiada kuasa langsung untuk menyuarakan 'keresahan"? Atau rakyat 'sememang 'dinafikan' hak untuk bersuara?

Apa yang dilakukan olih pemerintah kini seolah-olah 'meletakan muncung senapang' dikepala rakyat. Rakyat tidak diberikan 'pilihan' kecuali terpaksa 'akur' dengan 'ketentuan' Kerajaan pemerintah. Apa yang diluahkan rakyat bukannya untuk ;menggulingkan Kerajaan' tetapi 'sekadar' meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Kerajaan yang bersalah didalam urus tabir ekonomi negara.

Sekiranya UMNO dan Barisan Nasional bertanggungjawap terhadap 'isu' ini, seeloknya 'undurkan' Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, kita cari yang lebih baik diantara yang terbaik didalam UMNO demi 'mengendurkan' ketegangan serta keresahan' rakyat terhadap Perdana Menteri. yang dilihat semakin 'lemah' serta ' terbuai' dengan 'pujian-pujian' konsultantnya dan bukan pujian dari rakyat jelata.

Sedangkan Allah SWT memberikan manusia ' kuasa' untuk memilih antara kebenaran dan
kesesatan.
Sekiranya Menteri yang dipilih Najib memberikan jawapan yang bernas kepada rakyat, kemarahan ini tidak akan berpanjangan tetapi disebabkan 'kebodohan' berpolitik serta 'politik' ''ampu bodek' menyebabkan rakyat 'meluat'.


                                                  ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment