INI JAWAPAN RAKYAT : APA KATA KALAU RAKYAT BUAT BANTAHAN DIJALANAN BOLIH!!!!!! |
Pandangan 'tak berakal Menteri Kabinet Najib
Kalau daging ayam naik harga, elok rakyat makan dedak
Kalau petrol naik, sila tukar dengan air
Kalau api letrik naik harga, sila guna pelita
Kalau tol naik, sila guna jalan lama
Kalau barang naik, jangan beli
Kalau tambang komuter naik, sila jalan kaki
Itu adalah jawapan yang bermain dikalangan 'otak' Menteri Kabinet Najib yang sememangnya ditune untuk memberikan jawapan yang berbentuk 'cuba memperbodohkan' fikiran rakyat yang disangakannya 'bodoh nak mampus', atau 'beban kepada Kerajaan'.
Kalau beginilah caranya Kerajaan Najib yang telah menyusahkan rakyat akibat dari keborosan serta salah urus tabir kewangan negara dan mengakibatkan kewangan negara berada pada 'fasa' nazak, mengakibatkan Najib memulaskan 'tangan rakyat' demi kelangsungan politiknya. Dengan mengekalkan beberapa pemimpin yang 'berupa pak turut' serta 'membawa masuk' beberapa individu yang dilantik berstatus 'Menteri' yang telah gagal didalam tugasan masing-masing, telah mengakibatkan beberapa pendekatan baru dalam pencukaian dikenakan terhadap rakyat.
Rakyat yang sememangnya terhimpit dengan 'kenaikan' ini, diburukkan lagi dengan 'jawapan' yang dilontarkan' olih beberapa Menteri Najib yang sememangnya 'menyakitkan' hati, membuatkan rakjyat mula 'meloya' dengan Kerajaan Najib. Sehingga kini belum pun nampak akan hasil yang dituai melalui 'pendekatan Najib' mengenai 'transformasi'nya hanya yang kelihatan hanyalah, 'kenaikan' yang menyusahkan kewangan rakyat.
Atas alasan 'rasionalisasi' yang didendang, semuanya adalah untuk ;mengenakan' rakyat.
Kepada Najib dan rakan-rakan, bergumbiralah sementara 'waktu' masih ada dan nantikanlah 'kebangkitan rakyat; yang akan 'menjatuhkan anda' dengan 'kehinaan yang paling hina ' dalam sejarah Bangsa Melayu.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Tanda tanda UBN nak tumbang !
ReplyDeletesapa gantinya beb?
Delete