JANGAN SAMPAI TERLAMBAT ATAU APABILA NASI SUDAH MENJADI BUBUR |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Tampuk negara ini semakin goyah. Samaada politiknya, ekonominya mahupun perhubungan diantara agama semuanya goyah ibarat gusi semakin membengkak. Kalau gusi semakin sakit menandakan gigi tersebut bakal tercabut. Tertanggal sendiri atau dicabut dengan bantuan 'tangan' doktor semuanya bergantung. Begitulah keadaannya situasi dalam negara ketika ini.
Dikala rakyat dihantui dengan kenaikan harga barangan yang berpunca daripada penarikan beberapa subsidi dilihat warga Malaysia seakan-akan tertekan dengan implikasinya. menyebabkan perasaan marah dan kecewa terhadap parti pemerintah semakin menebal setiap hari.
Meletakkan kesalahan kepada pucuk pimpinan iaitu Najib sebagi peneraju yang dilihat lemah serta tidak perihatin dengan keperitan golongan serdahana dan bawahan menyebabkan 'isu kangkung' dijadikan 'momokan' untuk 'mencela' Najib. Tetapi isu kangkung ini diambil kesempatan olih musuh Barisan Nasional dengan 'melelong'nya diserata pelosok negara samada melalui ceramah mereka mahupun melalui 'media sosial'.
Berbagai gelagat dipaparkan sehinggakan anak-anak kecil yang disekolah rendahpun 'mempersendakan' 'kangkung' ini tanpa tahu kenapa ianya dijadikan bahan 'lawak' untuk permulaan tahun 2014 ini. Itulah bahananya apabila Najib selaku Perdana Menteri yang dilihat amat 'lemah' dan 'tidak berupaya' didalam mengurus 'rakyat' jelata.
Kegagalan Najib yang dikatakan mendapat 'petunjuk' dari punasihatnya, dikecam setiap hari. Barisan kabinet Najib juga tidak terlepas dengan 'kecaman' ini bilamana terdapat Menteri Kabinetnya juga telah mengeluarkan 'statement' yang dilihat 'membodohkan' diri sendiri' telah dimalukan olih rakyat. Stataement yang dilihat kurang cerdik, telah ditempelak samada dari pro UMNO mahupun lawan mereka.
Tidak ketinggalan juga, beberapa ikon politik negara telah mula bersuara bagi meluahkan kekecewaan diatas 'kurang cerdik' nya menteri kabinet yang tertentu.
Menambah parah bekas-bekas Menteri yang memegang portfolio kanan dalam pemerintahan terdahulu juga telah meramalkan apa yang bakal diterima olih parti pemerintah sekiranya 'pembaikan' tidak dilakukan dengan segera olih Najib mahupun UMNO.
Bertimpa-timpa masaalah negara hadapi. Kalau politiknya, ahli politik dilihat semakin bercelaru dalam perjuangan mereka, kini, ekonomi pula dilihat amat menekan. Kedudukan ekonomi yang dikatakan olih Najib tengah berada dilandasan yang baik rupa-rupanya adal 'pembohongan' . Berselindung dari kenyataan sebenar, Najib dilihat amat boros dan kurang perihatin didalam berbelanja. Berbillion ringgit dibelanjakan untuk merencakkan ekonomi seperti yang didakwa namun pulangan yang dijanjikan untuk 'mensejahterakan' rakyat nampaknya semakin 'menjauh' dan 'membebankan' rakyat pula. Ini sememangnya menyakitkan.
Berlarutan dari keborosan Najib yang melampau, telah mengakibatkan 'credit rating' kewangan negara telah diturun taraf. Sepantas kilat secepat angin, Najib, 'mewajibkan' semua ;kenaikan' . Samaada rakyat suka mahupun tidak, tiada kuasa dapat menghalangnya. Itulah kehebatan Najib selaku Perdana Menteri yang 'diberi' kemenangan percuma' olih ahli UMNO sewaktu Persidangan UMNO. Kini rata-rata pemimpi UMNO mahupun mantan UMNO mula pening kepala dengan 'perangai Najib yang semakin menggila dan meroyan.
Berbakul umpatan serta sumpah seranah telah diluahkan olih ahli UMNO mahupun orang Melayu terhadap kepimpinan Najib namun Najib tetap 'membisu' seolah-olah' suara ramai tidak sampai ketelinganya. Itulah Najib. Demi kuasa dan juga demi kemewahan yang dinikmati olih golongan atasan UMNO ini, maka, ketidak pedulian terhadap 'kemarahan' rakyat tidak diendahkan samasekali. Suka mahupun tidak eletis UMNO ini tetap meneruskan 'perjalanan' mereka tanpa rasa bersalah. Itu sikap yang mereka tunjukkan.
Tidak cukup dengan itu, kebelakangan ini pegangan bangsa Melayu yang beragama Islam dijadikan belasahan atau cacian olih bukan Melayu. Namun pemimpin Melayu masih tetap ,menutup mulut. Walaupun terdapat satu dua suara mereka namun,untuk mendepan 'isu' ini secara serius bukanlah keutamaan mereka. Pemimpin lebih rela berdiam diri atau berpeluk tubuh apabila bermacam-macam perlakuan biadap telah dilakukan terhadap 'hati' orang Melayu beragama Islam.
Berderet deret kes penghinaan terhadap Islam dan orang Melayu berlaku setiap hari, namun, belum adapun 'pemimpin UMNO' bertegas didalam menangani situasi ini. Sikap membiarkan atau 'biak pi'lah telah membuatkan kumpulan yang cintakan Melayu dan Islam mula mengambil inisiatif sendiri didalam 'membalas' tindak tanduk 'penghina' ini. Melayu sudah mula bangkit dan membelakangkan 'pemimpin' mahupun 'pihak berkuasa'. Kerana terlalu marah maka 'insiden' cubaan 'membakar Gereja' telah terjadi. Kes ini terjadi kerana 'puak ektremist' Kristian sudah mula berani memasang kain rentang yang menghina Allah SWT. yang bertujuan untuk 'mencucuk' umat Islam.
Sampai bila Najib mahu berlembut? Atau Najib sememangnya berharap agar rakyat 'memuji' kepimpinannya walaupun kepimpinannya 'semacam lembu'? Tiada apa yang bolih diharapkan lagi kepada Najib. Najib sememangnya bukan seorang 'pejuang' seperti yang 'digambarkan' cuma 'Najib hanya layak 'sebagai 'Pak Lawak' atau pun 'hero poco-poco' yang bergurukan 'Rosmah'. Itulah kehebatan Najib.
Strategi memalukan UMNO dan Najib bakal berlaku!!! Apa yang bakal berlaku di PRK Kajang ini, sebenarnya merupakan satu 'strategi' Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa 'kepimpinanNajib' sememang ditolak . Mengambarkan bahawa 'bekas banduan' juga tidak bolih dikalahkan olih Najib mahupun BN dan UMNO. Apa yang direncanakan ini bakal memberi 'implikasi' yang buruk terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Signal yang dihantar olih pengundi nanti bakal 'meranapkan' imej Najib sebagai 'boss' BN.
Tiada harapan untuk Najib. Kegagalan bakal bertimpa-timpa. Ekonomi pimpinan Najib bakal merudum juga kerana Cina sudah sepakat untuk 'menurunkan' dan 'memalukan' Najib. Kegusaran Melayu bakal berlarutan sehingga Najib digantikan.
Tiada rotan akar pun bolih. Untuk itu 'gantikan Najib dengan Muhyiddin Yassin ' untuk tempoh sampai PRU 14 bagi' memberi laluan kepada UMNO bagi mencari 'calon' terbaik demi kesinambungan Melayu.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Assallamualaikum wbt,
ReplyDeleteStumbled upon your blog and seem profoundly an effort in defending Islam-Malay-Bumiputera. May Allah gives you all the strength and blessing and barakah, In Sya Allah.
By the way, if looked closely AI is a DECOY but NR is the real TROJAN HORSE. UMNO is wrecked from within and like a rotten fish the decay starts from the head.
Jazakallah.