Monday, 17 March 2014

THE PROMISED LAND :PESAWAT MH 370 B777-200 : MAINAN TERBARU 'DAJJAL'.

TIADA JALAN KEMBALI  APABILA JIWA TELAH  TERJUAL
DAJJAL MENJANJIKAN SYURGA DAN NIKMAT

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Melihatkan keatas apa yang terjadi, kini bangsa Melayu berada didua tingkatan" darjat". Pertama 'kehebatan' nilai Pilot Melayu yang didakwa 'melencongkan' pesawat sehingga semua radar yang canggih didunia gagal mengesannya. Hanya berbekalkan pengalaman serta ketekunan mentelaah selok belok penerbangan selama 18,000 jam seperti yang didakwa majikannya telah mengakibatkan seluruh dunia kecelaruan, dari pengeluar pesawat sehinggalah kepada kecanggihan radar, semuanya berjaya 'diselindungkan' dari  dikesan sehingga kini. Hebat!!!! Melayu ni.

Walaupun belum dapat dibuktikan kesahihannya akan keterlibatan dua watak ini yang kedua-duanya berbangsa Melayu , namun semua telunjuk mengarah kepada mereka . Dengan alasan yang mengatakan bahawa kerja  'orang didalam cokpit' saja  yang bolih mematikan signal maka kedua-dua watak ini adalah sasarannya. Walau pun  belum ada pembuktian yang sahih yang mengatakan mereka  'terlanjur'  namun 'dari segi bahasa serta tindakan yang diwar-warkan, semuanya  seakan-akan mengesahkan 'mereka' adalah 'pemain'nya dan bukan pencatur sebenar..

Diatas tingginya sifat estitika dua watak ini yang dikata 'bersengkokol' dengan pencatur  bagi merealisasikan 'ajenda' besar ini, maka, bolihlah kita nobatkan 'watak' yang dipertanggungjawapkan ini sebagai Melayu yang 'berkelas tinggi' dan berjiwa hebat yang jarang-jarang kita temui didalam diri bangsa  Melayu. Kini seluruh dunia terpegun dengan 'kehebatan' dua watak ini yang secara tiba-tiba 'meletup' dipersada dunia.

 Keupayaan mereka yang dikata berjaya 'mengelirukan' bangsa besar yang dikata bertemadun tinggi ini dan mencipta peralatan canggih serta termoden di dunia tetapi dapat di'silang' olih kepintaran dua watak ini , sekali gus 'mengangkat' Bangsa Melayu yang selama ini  disangka lemah tetapi otak penuh geliga. . Walaupun jalan yang dipileh ini bertentangan dengan norma Melayu sebenar, namun pilihan keterpaksaan  yang mereka  dilalui  dan direntasi ini  memungkinkan nama  dua dua watak ini akan terpahat dalam sejarah dunia moden akan ketinggian ilmunya walaupun tersalah arah.

Begitulah hebatnya permainan 'silang kata' yang ditinggalkan olih mereka untuk diselesaikan..

Kedua, perhatian seluruh dunia tertumpu kepada bangsa Melayu.Melayu hanya akan  dilihat sebagai bangsa yang gagal dan penuh dengan kedengkian '. Tetapi disebalik kehebatan yang ditunjukkan olih dua watak ini sebenarnya telah 'meninggalkan' onar dan duri kepada Bangsa Melayu.

Bangsa Melayu akan mula dipandang serong olih mata masyarakat. Perkara ini bukan saja akan terpalit disini malahan 'kudis' ini akan merebak dan akan menjangkiti kepada setiap Melayu yang berada diluar negara dan bangsa Melayu dan Melayu   akan mula dicurigai olih bangsa lain. Itulah akibatnya yang terpaksa dibayar  olih orang Melayu selepas peristiwa ini. Bangsa Melayu akan menjadi  'igauan ngeri ' kepada bangsa luar .

Semangat Jebat yang dijiwai i olih dua anak Melayu ini amat merosakan. Rosaknya jiwa mereka adalah kerana terlalu mengikutkan perasaan benci dan dendam yang berpanjangan sehinggakan 'perlakuan' mereka yang secara terangan  menentang 'pemimpin Melayu' dinegara sendiri telah dieksploit secara total  olih 'musuh negara'. Dari apa yang dilihat 'kemungkinan' untuk mereka bergerak secara sendirian adalah mustahil tetapi terjebak dengan 'ajenda besar' yang tidak mereka ketahui memungkinkan mereka 'tergadai jiwa' .

Untuk menemui kembali pesawat ini amatlah mustahil namun sebagai Kerajaan yang bertanggungjawap terhadap negara maka segala usaha sedang  dilakukan walaupun kerajaan tidak menaruh penuh keyakinan untuk menemuinya namun sebagai tanda  tanggungjawap kepada negara luar maka tiiada pilihan lain kecuali 'terus mencari'.

Terjebaknya jiwa kerana 'marahkan nyamuk' menyebabkan ', tindakan 'bujur lalu melintang patah' atau 'alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan', dipraktikan dalam tindakan mereka. Terjebak dan salah langkah adalah kesilapan sendiri, namun, untuk mereka berjalan pulang semuanya sudah terlambat dan akhirannya  tiada jalan kembali, kerana jiwa sudah dibeli.

Kalau dahulu hanya bangsa Eropah dan Arab saja yang membarisi  'tentera-tentera Dajjal' tetapi kini Dajjal  telah menambah  lagi koleksinya  dengan kehadiran calon Bangsa Melayu untuk 'diputarkan' agar berserta dan bersetia  dengannya..

                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment