Wednesday 16 April 2014

THE PROMISED LAND : RAJA KAPOOR vs RAJA KARI

HANYA KERANA JAWATAN PERDANA MENTERI
SELURUH  UMAT YANG MENGAKU MELAYU
BERCAKARAN  SESAMA SENDIRI
YANG RUGI TETAP ISLAM
BHG: PERTAMA


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Diantara Anwar Ibrahim dan Najib Razak siapa yang terdahulu berkecimpung atau bergelumang dalam arena  politik? Diantara dua watak ini siapa yang bolih dipercayai? Layakkah mereka untuk memegang tampuk pemerintahan di Malaysia.? Seorang berketurunan India dan seorang lagi Melayu tulin. Apa yang membezakan mereka?  Seorang melarikan anak dara orang untuk dinikahi dan seorang lagi menceraikan isterinya dan menikah dengan janda orang. Samakah tebiatnya kedua-dua entiti ini?

Anwar Ibrahim memulakan langkahnya kealam 'politik' sewaktu beliau masih lagi menuntut tetapi platform yang digunakan untuk melonjak atau mempromosikan dirinya adalah melalui pertubuhan yang dikenali sebagai ABIM. Dengan kelantangan serta tindak tanduknya yang dianggap seperti mahasiswa terlampau dan disebabkan kelantanganya beliau telah diangkat olih Dr Mahathir untuk mengisi sayap Kabinet. Samaada Dr Mahathir mengangkatnya kerana kepandaiannya atau kerana kelantangan perjuangannya mahupun terpaut diatas kehebatnya yang berjuang atas nama pertubuhan Islam hanya Dr Mahathir saja  yang bolih menjawap.

Berbanding dengan Najib, beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Palimen Pekan kerana kematian mengejut  ayahandanya. Biarpun Najib ketika itu masih lagi di London, namun, diatas sifat rasa terhutang budi terhadap 'jasa' Allahyarham Tun Razak yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri maka, Najib diberikan kepercayaan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan olih ayahandanya. Dua tahun selepas itu pada tahun 1978 Najib diangkat sebagai Menteri.
NAJIB DITUDUH TERLIBAT DENGAN ISU INI
                                         
Begitulah serba sedikit latar belakang dua entiti yang diperkata dalam post ini.

Anwar Ibrahim yang pada suatu ketika telah menduduki takhta kedua didalam kepimpinan tertinggi Malaysia dan juga UMNO, dan berharap untuk mengisi jawatan pertama  negara, namun diatas kesalahan sendiri beliau disingkirkan dari UMNO dan secara automatik beliau 'terkeluar' dari laluan untuk kepersada jawatan Perdana Menteri.

Kalau diikutkan dari kelebihan atau kekananan, Anwar Ibrahim telah  mendahului Najib untuk kepersada jawatan nomber satu Malaysia tetapi diakibatkan 'perbuatan sendiri' maka peluang yang terhidang didepan mata Anwar tidak menjadi 'rezeki' kepada beliau malahan kejadian tersebut telah melakarkan satu sejarah baru dalam arena politik Malaysia pula. Seorang yang dikata 'warak' serta 'alim' terpalit pula dengan skandal 'meliwat'. Kerana isu ini Anwar dipenjarakan.

Tidak terhenti disitu, sekali lagi 'isu meliwat' mendatangi Anwar Ibrahim apabila salah seorang pegawainya iaitu Saiful Bukhari telah mendakwa Anwar Ibrahim dengan alasan yang sama dan baru-baru ini, Anwar Ibrahim didapati bersalah sekali lagi apabila Pendakwaraya telah membuktikan bahwa terdapat 'kesan air mani' Anwar  sedalam 4 inci didalam dubur Saiful.

Keterlanjuran Anwar Ibrahim ini telah menjerumuskan negara ini ke satu tahap yang sangat tidak baik.  Anwar Ibrahim melalui cerita-cerita sedihnya telah 'mengolah' perjalanan kehidupan politiknya kepada rakyat. Beliau dengan sengaja telah 'menjaja' cerita 'teraniyanya ' didalam dan juga diluar negara untuk meraih simpati . Beliau menuduh Kerajaan dan Dr Mahathir 'menganiya' beliau. Itulah yang berlaku.
ANWAR DIDAKWA TERLIBAT KES CHINA DOLL
                                   

Kini Anwar yang telah bergabung dengan musuh tradisi UMNO atau Barisan iaitu DAP dan PAS dan Anwar Sendiri telah menubuhkan Parti politiknyanya sendiri iaitu PKR dimana kebanyakan ahli yang berpayung dibawahnya merupakan 'mereka-mereka' yang tidak sealiran dengan Parti Pemerintah , samada dari pengkhianat MCA,MIC, Gerakan mahupun parti kerdil yang lain, itulah yang mengisi kelompok PKR kini. .

Anwar Ibrahim yang sememangnya bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri sedari dahulu, namun pada hakikatnya 'rezeki' itu masih belum diizinkan Allah SWT lagi. Samaada Anwar Ibrahim percaya atau yakin kepada ketentuan Allah SWT, hanya dia saja yang tahu Dan yang terbaru Anwar telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun namun perjalanan proses rayuan telah dibuat hanya menunggu 'penghakiman' saja. Samaada Anwar Ibrahim akan dihantar kepenjara selama 5 tahun atau ditambah bilangan tahun dipenjara, hanya Mahkamah 'akan menetapkanya.

Sekiranya penghakiman dan rayuan  ini berpihak kepada Saiful maka jangkahayat politik Anwar Ibrahim bakal dikuburkan didalam penjara. Apa yang berlaku ini bukanlah ketentuan dari manusia tetapi yakinlah bahawa apa yang terjadi ini adalah perancangan Allah SWT kepada hamba-hambanya. Samaada kita akur atau sebaliknya, semuanya terpulang kepada diri sendiri.

SAIFUL BERSUMPAH MENGAKU DI LIWAT
                               

Samaada Anwar Ibrahim ingin dikenang sebagai pejuang seperti  Nelson Mendela yang sememangnya berjuang menentang Aparteid atau sebagai 'pesalah liwat', hanya masa yang akan menentukan dimana akhirannya watak yang bernama Anwar Ibrahim ini. Samaada jeriji besi sebagai dinding atau katil empuk sebagai hamparan selepas ini , hanya  ketentuan Allah SWT  saja yang bakal di'limpahkan' kepada 'hati-hati' Hakim yang menimbangnya.

Atau mungkinkah Anwar Ibrahim yang berketurunan Mamak yang bertaraf Melayu ini, berupaya' untuk menjatuhkan Najib Razak yang sememangnya berdarah Melayu Asal dari keturunan Raja Makassar, bakal berdepan dengan 'gelombang' yang dicipta olih   'sekutu Anwar'??
, hanya masa menjadi pilihan.

                                                      ...bersambung....

                                             ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment