Tuesday 2 September 2014

THE PROMISED LAND :- BENARKAH RAJA MELAYU SEKADAR SEBAGAI PENGADIL "SIMPANAN"?

ADAKAH RAJA RAJA MELAYU  MENJADI BELASAHAN ORANG POLITIK

                                   UMNO YANG MENJADIKAN  NASI MENJADI BUBUR

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim


Mengimbau kembali detik-detik bilamana Raja Raja Melayu mula dilucutkan 'hak atau immuniti'' olih Kerajaan Barisan Nasional yang ketika itu dipimpin olih Dr Mahathir Mohamed. Dan apa yang dilakukan olih Kerajaan Pimpinan Dr Mahathir atau UMNO ketika itu telah meninggalkan 'kesan' yang mendalam dan 'buruk' terutama kepada Institusi Raja Raja Melayu  dan  orang Melayu khasnya dan kini 'kegusaran' yang ditakuti olih orang melayu  mula memberi 'impak'.

Kegelojohon bukan Melayu yang dilihat semakin bersikap kurang ajar dan  biadap menampakkan sikap berani mereka   menghina Institusi Raja Raja mahupun batang tubuh Raja atau Sultan , agama Islam dan yang paling pahit untuk ditelan ialah penghinaan terhadap bangsa Melayu itu sendiri.

Merenung kembali sejarah 10 tahun kebelakangan ini, trend yang dapat dilihat adalah  pemimin Melayu terutama dari UMNO sudah mula ditolak olih rakyat. Rakyat terutama yang dari generasi baru telah mula meminggirkan kepimpinan dari kelompok UMNO ini yang dilihat sebagai 'pemimpin tak cukup akal' yang mana kebanyakkan dari  mereka ini  hanya mementingkan 'kuasa' untuk diri sendiri atau lebih mesra dikenali sebagai 'hamba' atau " ampu bodek' atau  terlebih mulia dikenali sebagai 'Yes man' kepada Pemimpin Tertinggi parti, samaada terhadap Ketua Bahagian mahupun kepada Presiden parti.

Diatas faktor terlalu 'taksub'; atau 'takut' hilang projek' atau ;hilang sumber pendapatan' maka, pemimpin yang dilantik atau yang dipilih olih 'ahli haprak' ini telah mengakibatkan seluruh struktur parti UMNO dijangkiti 'virus' 'takut hilang jawatan'. Inilah yang berlaku kini  dan yang gagal diubati.

Ketika ini  'tembok' Institusi Kesultanan Melayu Selangor sedang dicuba untuk 'dirobohkan' olih Melayu Melayu bekas ahli UMNO ini dengan bantuan orang bukan Melayu.. Bangsa asing yang sememangnya menyedari bahawa ;kelompongan' atau 'kelemahan' telah dilakukan olih UMNO atau Barisan Nasional terhadap 'keistemewaan Raja Melayu' melalui 'tangan-tangan' Dr Mahathir maka kini UMNO Selangor dan juga UMNO Pusat  dilihat 'tidak berani' untuk 'menjadi benteng kepada Institusi Raja Melayu lagi. Segala kerja buruk yang ditinggalkan olih UMNO dahulu dan  kini Kesultanan Selangor terpaksa berdepan pula   dengan 'kerenah politik' akibat dari 'dendam'olih' bekas Pemimpin UMNO ini.

Hanya melalui sokongan dan penyatuan  bukan Melayu  dari Adun DAP dan Adun PKR telah menjadikan 'rakan pakat' mereka iaitu PAS yang dikata 'berkiblatkan kepada Islam' tidak berani untuk 'menemplak atau menidakkan' keinginan rakan mereka iaitu melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar. Walaupun Pihak Istana 'mengeluarkan Titah" namun 'Titah' yang dikeluarkan itu tidak 'mengoyahkan' rakan pakatan ini. Inilah akibatnya apabila benteng Melayu yang terakhir 'telah' diceroboh'.Kalau dahulu 'intutusi' tidak bolih disentuh dan diusik seperti yang telah termaktub didalam Perlembagaan seperti  yang disepakati olih Raja Raja Melayu terdahulu namun 'kerana' 'ketamakkan' atau ' gila kuasa' segelintir Pemimpin UMNO, maka, 'bala' yang sengaja diundang Pemimpin UMNO ini 'memakan' diri 'bangsa Melayu dan diri UMNO sendiri.

Kalau suatu ketika dahulu UMNO merupakan 'tonggak' kepada bangsa Melayu tetapi kini UMNO bukan lagi menjadi 'benteng' kepada majoriti Melayu lagi. Melayu kini terbagi kepada beberapa bahagian iaitu Melayu UMNO, Melayu PAS dan PKR dan 30% lagi adalah diatas pagar.

Pemimpin politik Melayu kini sebenarnya bersifat 'hipokrit' atau 'talam dua muka'. Kalau dinegeri Kelantan Menteri Besarnya amat 'akur' dan hormat kepada Rajanya begitu juga dengan di negeri Terengganu dan rakyatnya amat 'hormat' dan menyanjung tinggi terhadap Raja atau Sultan mereka tetapi sikap Melayu yang 'bermestautin' di Selangor yang terdiri dari rakyat negeri-negeri lain dilihat 'tidak langsung' menghormati Sultan atau Pihak Istana, malahan terdapat juga 'kata-kata' yang 'menentang titah' Raja. Inilah yang dilalui olih Istana Selangor kini. Segala onar dan duri terhadap negeri ini dicipta olih orang luar dsn juga bukan Melayu.

Mana perginya suara pemimpin UMNO mahupun suara  ahli UMNO Selangor yang dikata 'taat dan setia' kepada Raja mereka??

Apa yang terjadi kepada perjalanan Melayu dinegara ini semuanya adalah hasil penginggalan ataupun hasil kerja tangan pemimpin UMNO.Samaada UMNO akan terus 'bertakhta' sebagai Kerajaan pada PRU 14 atau sebaliknya  semuanya bergantung kepada  Pemimpn UMNO mencorakkannya. Sekirangnya Presiden UMNO gagal 'menawan' hati Melayu' dalam masa terdekat  atau konsep RAHMAN hanya akan terhenti sampai PRU 14, semuanya masih dalam teka teki kerana semuanya  terletak ditangan  bangsa Melayu mencorakkannya.

Tetapi apa yang pasti pemimpin 'hebat'  yang bakal 'hadir' dibumi ini bukanlah dari  Melayu UMNO, PAS ataupun PKR.

                                                   
                                                          ikhlas dari:- Cahaya Al Majid


3 comments:

  1. mungkin dgn cara ini musuh dlm selimut dan musang bebulu ayam akan menampakkan diri. camna nak buat pembersihan kalau tak nampak ug mana kuman .....

    ReplyDelete
  2. padopendapat den, umno ni sobona eh penyangak melayu yang bertopengkan slogan ketuanan melayu ajo. Zaman orang putih menjajah dulu ,banyak lagi tanah rizab melayu, sekarang ni habeh dibalon dan dijual oleh ketuo ketuo umno ke orang cino, kalu tak cayokato den ni, cubo ekau tanyo kerajaan berapo ekar lagi tanah rizab melayu yang tinggal dan cube tanyo kek diorang tu bangsomano yang banyak tanah dan harto di malaysia ni. Tak ado apo lai yang tinggal kek orang melayu sekarang ni. Yang melayu ado tanah pulak dijualjuo kek orang cino .orang cino jua sejuta satu ekar , orang melayu dah golapmato e, bagi orang cino sejuta tu taik gigi yo pado diorang tu. soih bona den nengok nasib orang melayu ni. Kerajaan melayu sekarang ni mesti insaf lajangan sampai jadi palestin nanti nasib orang melayu ni.

    ReplyDelete
  3. Bismillah.... AsSalam...

    Sy setuju sgt apa yg sdra nyatakn. Tksh. Insn spt sdra, sy dn bgsa melayu lain yg trllu fikirkn zuriat kt yg akn dtg .. Yg bgitu risau apa akn jd kpd mrk kelak. Pemimpin cina dri zamn 60an tlh fikirkn dn mainkn perann sgt besar bgmn utk meningkatkn taraf hidup bgsa mrk dn bgmn mahu mnjdikn tanah melayu ini ( pd awalnya ) utk mrk takluki! Lihtlh...tanh2 melayu bnyk yg trgadai kpd bgsa mrk. Cb liht seluruh negara.. Bgunn2 tggi dn besar..tanah jirat yg menyakitkn mata di tepian lebuhraya... Rompak tanah2 krjaan yg terbiar utk buat bgkel haram, kebun haram dnsbgnya lgi...!

    Pemimpin melayu dri zaman dhulu blh dikatakn kebanyakkn mnjd pemimpin utk tengkolok mrk dn kroni mrk! Mrk pedulik apa dgn rakyat marhaen! Cakap bukan main, tapi.... Habuk tarak - sampah jugak bnyk!!! Inilh pemimpin melayu! Trustrg, sy bnr2 kcw dgn pemimpin melayu kita!
    Kasihn zuriat kita! Tggulh nnti pru 14! Perintahlh olh bgsa melayu dri umno ke, pkr ke, pas ke...
    Rasanya sama sj! Tiada yg akn jlnkn tgggjwb mengikut Perintah Allah Swt dn mengikut Sunnah Nabi Muhammad Saw.. Nama saja negara Islam! Cina buat main2 sj! Nama sj tanah melayu ttpi, sekrg seolhnya dh MENJADI TANAH AIR CINA!

    Sbb itulh bala dlm Negara kita dtg silih berganti! Kalaulh ( pinjam perkataan yg PALING DISUKAI OLH SYAITAN LAKNATULLAH! ) pemimpin trdhulu memimpin sptmn sy nyatakn di atas tdi, Insyaa Allah - NEGARA KITA, INSTITUSI RAJA2, HAK BUMIPUTRA ATAU APA SJ BERKAITN BGSA MELAYU TDK AKN ADA BGSA KAFIR NI BERANI MENCEROBOHI APA SHJ SPTMN YG SDG BERLAKU SEKRG INI! - DITAMBAH PULAK DGN GAYA NAJIB YG TRLLU LEMBEK PD BGSA KAFIR! DIA ASYIK NAK HULUR WANG WANG WANG DN WANG!!! Konon nak pikatnhti rakyat.....NAMUN, KENA TIPU JUGAK DGN BGSA KAFIR NI!

    Mrkr SALING BERSATU DAN SALINg MMBANTU SCRA DIAM SAMA ADA DLM NGR, SINGAPORE ATAU NEGARA MN SKLIPUN, ASALKN MRK DPT TAKLUK NEGARA INI MNJD
    TANAH CINA SUATU HRI NNTI JIKA PEMIMPIN MELAYU KITA ASYIK TERLENA SAJA...

    Btulah! Ada yg berkata BGSA MELAYU MMG PEMALAS ( INGAT, TDK SEMUA! ) BEGITU JUGA PARA PEMIMPIN MELAYU SENDIRI! BL PRU 14 nnti, lihtlah apa akan jdi dgn negara ini dn melayu seterusnya sbb bgsa kafir tlh menjalnkn kempen mrk scra senyap! Yg bgsa melayu asyik nak berseronok sj! Ramai yg nak sng dgn jln mudah! Mnjdi penyanyi tergedik2 dn sbgnya....sng trm rasuah! Liht jbtn Kastam, Imegresen dn bnyk lgi! Itu blum lgi yg bertugas mnjga TANAH TANAH MELAYU!!!!!


    Malas nak ulas pnjg lgi. Benci rasanya dgn pemimpin Melayu dri zamn Tuanku Abdul Rahman shgglah zaman Najib!!! Bgitu juga dgn para pemimpin pas, pkr! DAP APA LGI, BENCI SEBENCI2nya sbb cb mnggunakn anak melayu remaja utk menarik mrk agar mmbenci negara ini....

    KALAU TAK MATI DN KALAU TAK KIAMAT NNATI, LIHATLAH KITA SEMUA YG SYGKN BGSA DN NEGARA INI...

    - APA AKN JDI SETERUSNYA.......... -

    FIKIR2KANLAH!

    ReplyDelete