Thursday 18 September 2014

THE PROMISED LAND : TETAPI PEMIMPIN... 'BANGANG NAK MAMPUS'.

GOTAH SIGRAB  PUN LOBIH MAHA HARGA EEA DARI
OTAK PEMIMPIN MELAYU SEKARANG NI.
SETIAP HARI MELAYU KENA JUAL DENGAN PEMIMPIN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Syukur kehadrat Illahi yang 'mengilhamkan' kepada DYMM Sultan Selangor agar berpegang kepada 'susun atur Perlembagaan' yang diilhamkan olih Yang Maha Esa kepada Duli Yang Maha Mulia Terdahulu sewaktu 'merangka perlembagaan' agar 'benteng' dan maruah bangsa Melayu yang sebenarnya banyak bersandar kepada 'kuasa Mutlak' Raja-Raja tidak dapat diganggu gugat olih segelintir  pemimpin samaada dari bangsa yang mengaku Melayu dan juga olih mereka yang bukan Melayu. Keinginan puak yang sememangnya 'menentang' akan keistemewaan orang Melayu ini sanggup melakukan apa saja demi kelangsungan 'kuasa yang mereka  cengkam' dan juga demi kelangsungan 'bangsa pendatang' ini. Kerahmatan juga dipohonkan agar Duli Baginda dipelihara Allah SWT.

Keegoan kuasa yang dimiliki serta 'keriakan' yang membaluti diri para pemimpin pembangkang  kini 'terkangkang' kerana Duli Sultan Selangor telah menyatakan rasa kecewa kerana 'keingkaran' puak-puak ini didalam menjunjung Titah  Duli Tuanku Sultan Selangor . Tuanku sudah  bertitah  tetapi penderhakaan juga yang diinginkan olih mereka . Inilah jenis manusia yang tidak faham bahasa. Begitu juga diharapkan, kepada pemimpin Melayu yang 'seangkatan dengan pendirian Anwar Ibrahim mahupun yang setara dengan  pendirian Lim Guan Eng atau (DAP)  diharap mereka-mereka ini tidak diberikan 'immuniti' untuk 'berucap mahupun menjelmakan diri" dikhalayak ramai dibumi Selangor lagi kerena 'penderhakaan' kepada Duli Sultan Selangor.

Untuk seketika waktunya 'Kedaulatan Raja dan Bangsa Melayu' agak terselamat dari ancaman ini. Tetapi kita harus beringat bahawa 'cubaan' mereka ini sebenarnya tidak terhenti disitu saja malahan perancangan baru atau strategi baru sudah digembelling demi meruntuhkan 'benteng' ini.

Dalam diam tak diam langkah yang disusun atur untuk sekian lamanya didapati 'gagal' namun esok akan berlangsung satu lagi 'ajenda' terbesar kelompok yang menyokong ''kerukunan' ini yang dibenteng olih para professional yang berjurusan Peguam. Melalui EGM Bar Council esok satu lagi ketetapan bakal diterjemahkan olih 'pencatur' demi melemah atau 'meretakkan' apa yang telah terbina. Semua orang Melayu dan juga rakyat yang cintakan 'keamanan' dan keharmonian bakal dirodok hati dan perasaan mereka bilamana kelompok Bar Cpuncil ini bakal berhujah agar 'Akta Hasutan' yang terikat rapi dan yang menyelamatkan bangsa Melayu dan negara Melayu  ini bakal dirungkai talinya melalui 'tomahan-tomahan' serta 'ikatan yang didakwa diikat keatas  kaum mereka', dengan dakwaan 'Akta tersebut'tidak 'demokratik' dan 'hak bersuara perlu' kebebasan tanpa had dan sempadan.

Semua sedia maklum bahawa Kepimpinan tertinggi dan majoriti ahli yang bukan Melayu  ini kebanyakkannya adalah berfahaman 'pembangkang' ataupun bolihlah dilabel sebagai 'jurucakap dan pembela kepada Parti Pembangkang'. Ideologi yang dibawa mereka kebanyakkannya banyak yang menentang apa yang telah dimaktubkan didalam Perlembagaan. Olih itu Badan ini sebenarnya dilihat sebagai 'duri dalam daging kepada 'keutuhan Melayu dan Bangsa Melayu' seperti yang terpelihara didalam Perlembagaan. Hak sama rata dan hak sama rasa adalah 'perjuangan' mereka walaupun mereka tahu bahawa 'ayah atau datuk' mereka bukanlah kelahiran dinegara ini.

Untuk itu rakyat amat bersyukur kehadrat Illahi bahawa apa yang terikat didalam perlembagaan dan semestinya yang 'membaluti' kesejahteraan Melayu dan Islam, jangan di'usik', kerana sekiranya ianya diusik didiubah maka 'keistemewaan Melayu' yang tidak terdapat kepada bangsa lain bakal 'hilang identiti'nya. Sebenarnya ramai yang tidak tahu apa keistemewaanya Melayu itu . Apa yang difahami mereka hanyalah 'keistemewaan dari segi harta benda' saja tetapi yang lebih besar dari itu kebanyakkanya 'masih dalam kesamaran; atau tidak mengeri langsung. Bab 'keistemewaan' ini akan saya tuliskan diruang lain.

Cuba kita renung kebelakang, apa telah terjadi apabila Akta ISA dihapuskan? Bermacam-macam 'hal' telah berlaku. Inilah sebenarnya apa yang diinginkan olih kelompok ini tetapi 'kelembapan otak Najib' didalam 'menilai  stratgi musuh' tidak dapat ditembusi. Inilah tanda-tanda awal 'kelemahan atau ketidak tajaman' fikiran dan minda Najib'. Lemah dan 'lalai' macam kato  orang Nogori ' Bangang nak mampus',' hidup menyusahkan orang'.'BODOH eeh melantun-lantun macam gotah sigrap  yang dibulatkan.'

Yang terkini Najib akan menggunakan dana Tabung Haji untuk melabur sebanyak RM640  Juta di Detroit. Kan ke bangang nama na tu. Kalau Tabung Haji sudah terlampau banyak dana melaburlah di Mekah ke Madinah ke, sekurang-kurangnya harta tersebut milik orang Islam , bolih gak guna unrtuk jemaah haji Malaysia mahupun negara lain nampak gak dimata. Kalau macam nilah tindakan Tabung Haji dalam mengurus dana penyimpan eloklah difikirkan semula keperluan untuk menabung di Tabung Haji. Bukannya nak membangunkan ummah tetapi sifatnya Tabung Haji 'menghulur tengkok' kepada pemyembelih umat Islam sedunia.

Hukumnya ;

HARAM' DIVIDEN YANG DIPULANGKAN KEPADA PENYIMPAN.DAN WANG BANTUAN                  YANG DIBERIKAN KEPADA SETIAP  JEMAAH JUGA BERSIFAT HARAM..

KALAU LEHER DAH DI RANTAI
SIAPA YANG MERANTAINYA??

Kalau semua perkara dibiarkan kepada pemimpin akhiirnya orang  Melayu bakal jadi 'Pak Kaduk'.Hidup merempat negara tergadai maruah bangsa  tercela.

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

                                   



1 comment:

  1. Sabarlh... Setiap pkara ada tersurat & tersiratnya. Semunya dlm pandgn Allah Maha Bijaksana aturNya.
    Keduanya, menepati suasana dan krhendak akhir zaman. Semuanya tanda2x kcil telah keluar menepati sabda junjungan besar nabi. Mengapa kita hdk herankn dan rungsingkn? Tika penguasa leka dab tamak mengejar neraka, marilah kita tetapkn hati2x kita jgn turut terpedaya dgn game ini. Meledak jer war game 3 x brapa lama lgi (sebelum 2020 mgkn) dan (memenuhi kehendak NWO 1israel di jurusalem), mgkn byk bagian dunia akn menjdik bndr hantu, penyakit wabak menjadik2x bgi mengurgkn populasi penddk dunia, kerosakan rantaian pertanian dan ekonomi mnjadiikn manusia kurus kering dan mati dlm kelaparan, lalu apa lah kita tetlalu sgt merunsingkn suasana politik kita ini? Demokrasi ciptaan zionis ini akan mati, insyaAllah!

    ReplyDelete