BERMUSAHABAH DIRI ATAU CERMIN DIRI ADALAH PERKARA TERBAIK |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Perumpamaan melayu pernah berkata dan dijadikan pedoman seperti 'kalau tak pecahkan ruyung mana nak dapat sagunya' itu adalah diantara perumpamaan orang Melayu yang kerap kita dengar. Tetapi berapa kerat sangat orang Melayu yang benar-benar 'memahami' nya.
Orang Melayu dan Islam juga disarankan apabila ingin memohon sesuatu atau mohon petunjuk dari Allah SWT maka 'istikarah' adalah jalan terbaik. Namun 'istikarah' ini kebanyakkanya hanya dilakukan sewaktu ' menentukan calon isteri mahupun suami'. Alangkah ceteknya ilmu manusia.
Apa yang agak terkilan dihati, 'istikarah' ini kebanyakkanya dilakukan hanya yang melibatkan kepentingan diri sendiri dan keluarga saja tetapi apabila melibatkan kepentingan orang ramai, amat jarang sekali . 'Istikarah' meminta petunjuk untuk memileh pemimpin amat jarang dilakukan.mungkin tiada langsung Kenapa ? Alangkah ruginya manusia apabila 'nikmat dan ilmu' Allah SWT ini tidak diutamakan.
Kalau mencari calon suami ataupun calon isteri mahupun calon menantu 'kita' sanggup melakukan 'istikarah' demi 'kepentingan' kita mahupun anak kita tetapi kenapa didalam 'mencari calon pemimpin' kita tidak melakukan perkara yang serupa.
Atau adakah kita terpesona dengan 'kata-kata' pemimpin tersebut ,mahupun gaya pemimpin yang segak bergaya itu membuatkan kita terpesona, mahupun 'kekayaan'nya yang dijadikan ukuran sehinggakan kita 'alpa' dan 'lalai' akan tanggungjawap kita memohon dari Allah SWT untuk mendapatkan petunjuk, samaada 'pemimpin' yang ingin kita sokong ini adalah seorang calon yang baik atau sebaliknya ? Pernahkah kita melakukan 'istikarah'?
Atau mungkin kita tidak melakukan 'istikarah' didalam memilih 'calon pemimpin', kerana kita berkepentingan kerana mengharapkan 'imbuhan' dari yang dicanangkan?
Inilah kesilapan dan kesalahan manusia yang paling besar yang di lakukan didalam 'mencari' atau 'memilih' pemimpin.
Disebabkan kesalahan yang kita rasakan kecil inilah yang sebenarnya menyebabkan 'masa depan' dan nasib masa depan anak serta cucu cicit kita 'tidak terjamin'. Kerana kita terlalu mempercayai setiap tutur kata pemimpin tanpa mempersoalkanya, maka akibatnya 'bala' yang datang 'menjenguk' bumi ini, tertimpa kepada kita semua. Salah siapa ?
Kalau anak sendiri melakukan kesalahan dan kesilapan , kita tegur dan ada juga yang kita rotan , anak jiran salah juga kita wajib tegur tetapi kenapa 'pemimpin' melakukan kesalahan' kita tidak berani tegur? Kenapa ???
Kalau bab 'agama' masing-masing berapi mempertahankan sehingga ada yang sanggup memutuskan silaturahim . Tetapi apabila 'pemimpin' yang kita sanjung dan yang kita puja melakukan 'kesilapan' atau 'kesalahan' adakah kita sanggup 'menegurnya?
Kepada sidang semua,, 'bala atau musibah' yang melanda bumi kita ini semuanya terjadi diatas kesalahan kita sendiri. Kita juga bersalah kerana menyumbang di kesalahan yang dilakukan olih pemimpin-pemimpin dan kita juga sedia maklum bahawa Pemimpin dan Ketua Agama juga bertanggungjawap sama dalam merosakkan' isi bumi negara ini seadanya , olih itu janganlah tangisi akan musibah yang berlaku ini tetapi sebaiknya kita perlu 'bermusahabah' dan 'bertaubat diatas kesalahan kita'.
Hayatilah isi Al Quran dan 'lengkapkan Sunnah dalam kehidupan ..inshaallah..selamat dunia dan akhirat.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment