Sunday 28 December 2014

THE PROMISED LAND : KEPERIHATINAN PAK MENTERI PILIHAN NAJIB

MALAPETAKA BERTIMPA-TIMPA
ADAKAH NAJIB PEMBAWA BALA??
ADAKAH RM 500 JUTA SEBAGAI PENEBUS DOSA?
                                                      UMNO  PERLUKAN PEMIMPIN
                                               YANG BERIMAN DAN YANG BERTAKWA

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Ingatkan pepatah ini adalah   pegangan mereka, ' ringan sama dijinjing dan  berat sama dipikul' tetapi ayat keramat Melayu ini tidak pula terpakai  kepada 'jemaah-jemaah Najib'.

Rupa-rupanya setengah dari ahli kabinet Najib berada diluar negara gamaknya!!! cuti sakan!!!walaupun mereka tahu dan sedar bahawa didalam negara dimana mereka merupakan 'pak menteri', di mana mereka   mendapat sumber pendapatan dan kekayaan dan  darinya juga hasil dapat dirembat ,sumber dana negara  yang sememangnya di hasilkan dari titik peluh dan keringat rakyat merhein ,namun ketika  rakyat dalam negara  sedang bergelut serta kelemasan  dilanda banjir,yang diantaranya terpaksa  kehilangan harta benda serta  hilang nyawa orang tersayang,namun Pak Menteri ini senang lenang 'menghibur' hati sambil 'bershopping' menghabiskan ' laba yang di'ambil dari rakya bercuti diluar negara. Adake..patut !!!!

Inilah paras rupa sebenar sebahagian dari 'jemaah kabinet Najib". Walaupun  slogan 'rakyat didahulukan telah dijadikan tema kepimpinan Najib, namun,ketika 'musibah banjir' sedang  berlaku, tak seekor pun Menteri Kanan Kerajaan ataupun Kepimpinan Teringgi UMNO berada dalam negara, termasuklah Najib dan juga Muhyiddin  semuanya ber'hooolidayyyyyyyyyy' diluar negara, mengayakan negara orang..

Walaupun Najib keluar negara 'bercuti' ketika banjir melanda' namun permegiannya adalah secara senyap-senyap dan keluar juga tanpa pengetahuan rakyat..alih-alih..Tuhan.juga.yang membongkarkan 'rahsia' Najib. Selepas behari-hari dibelasah dan disindir  rakyat melalui sosial media.. Najib  'terpaksa' balik dengan 'perasaan' terpaksanya . Dengan 'muka tebal, ' berbagai  'alasan' ditabur bagi 'menghalalkan' percutianya,

Dan yang memburukkah lagi imej kepimpinan Najib, ramai menteri kebinetnya juga sedang bercuti diluar negara walaupun mereka ini tahu akan situasi meruncing didalam negara akibat banjir, namun, tiada inisiatif atau 'rasa terpanggil' untuk mereka pulang untuk bersama rakyat sehinggakan Najib 'terpaksa' mengarahkan  mereka pulang' serta-merta untuk membantu rakyat tetapi apa yang terhebatnya ' pula menteri-menteri  ini, mereka pula menggunakan 'Tweet' sebagai medium pentadbiran , bertujuan memberi 'arahan'  Adakah ini sebenanya 'nilai' seorang pemimpin yang memegang jawatan Menteri? Kata 'mendengar denyut nadi rakyat'!!

Kalau Najib kita dah tahu kemana'hilang' nya  seperti yang dilapur olih Washngton Post tetapi yang lain ? Mana hilangnya Zahid Hamidi, mana Hishamuddin Hussein, mana KJ dan ramai lagi...semuanya senyap sunyi . Yang kelihatan hanya Mustapha Mohammad, Shabery Cheek, Sahidan Kassim dan beberapa kerat saja...

Kalau beginilah stailnya barisan jemaah yang Najib miliki, seeloknya..berilah laluan kepada mereka yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat..yang tak berhati perut dan yang tidak bertanggung-jawap  itu, eloklah..arahkan orang UMNO sendiri yang turunkan mereka ..TETAPI JANGAN LUPA ..Najib juga perlu diturunkan sebab dibawah pemerntahannya 'terlampau' banyak 'bala' menimpa negara ini , malapetaka silih berganti..sanggup ke 'menerimanya'????

Tetapi satu perkara yang perlu kita ingat, semenjak Najib mengepalai Kerajaan negara ini, berbagai-bagai malapetaka menimpa . Dari hutang negara meningkat berkali ganda  sehinggalah 'malapetka'  3 pesawat milik negara ini 2 dari MAS dan yang terbaru milik Air Asia 'tersampuk' juga dek 'bala', semuanya 'bertimpa-timpa DIERA Najib ' ditambah burukkan lagi 'negara' ketika kini sedang berdepan  dengan 'banjir besar' yang nilai  kerugian yang  dialami mungkin melebihi RM1 Billion  dan kemusnahan besar ini bakal 'meranapkan' lagi pendapatan , keselesaan' dan masa depan  kehidupan rakyat. Adakah kita sanggup 'mengharungi' nya lagi ???

Dan 4 bulan dari sekarang rakyat terpaksa pula berdepan dengan cukai GST. Tidakkah kesusahan ini berantaian..

Sanggupkah rakyat negara ini dikepalai lagi olih Najib ? Kemana hala tuju Najib selepas ini??Atau dapatkah RM500 Juta yang dijanjkan Najib itu dapat menebus kesalahan Najib dan Menterinya yang meninggalkan rakyat dan  membiarkan rakyat terkapai-kapai dalam 'bencana' diwaktu mereka 'bercuti?
Adakah nilai RM 500 juta ini dapat menebus 'kesalahan' mereka?

Adakah UMNO dan Melayu masih lagi 'bergantung harapan' terhadap Najib???? Atau sanggupkah UMNO 'menukar' kepimpinan yang ternyata membawa 'bala' dan 'petaka' kepada kita??

Inilah apa yang aku rasa  kepada sidang semua ...lu fikirlah sendiri..

                                                 Cahaya Al Majid.






3 comments:

  1. kerana cuti punya pasal ko salahkan kerajaan...kan najib dah suruh mereka balik...cuba tanya pok nik ,husam,nuar ,lge...ape dia buat..masa aman sibuk nak tumbangkan kerajaan...kena musibah baru ingat kerajaan....kalau gitu biar musibah sentiasa datang....tak sempat nak sebarkan perasaan benci kepada orang lain....sebab masing2 lapar...nafsu pun lemah.

    ReplyDelete
  2. Ah jib gor belajar dari mentornya yg kuat tiduri

    ReplyDelete
  3. lidah..
    kecil molek bentuknya..
    comel lotte rupanya..
    tetapi sangat upaya memberikan inpak 'natijah' juga 'akibat'
    yang sangat2 bagak..
    hati2 dalam berbunyi...

    ReplyDelete