Monday 5 January 2015

THE PROMISED LAND : MAMPUKAH EKONOMI KITA MENGHARUNGI TAHUN 2015



APAKAH 2015 MENJANJIKAN KEMANISAN KEPADA RAKYAT


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Tahun 2015 baru saja beberapa hari melangkah namun bekas tinggalan yang ditempuhi sepanjang tahun 2014 nampaknya terpaksa dibawa kehadapan iaitu pada tahun 2015. Dengan segala musibah yang  melanda negara ini yang terpaksa dilalui mulai dengan kes Lahad Datu, kehilangan MH370 yang hingga kini masih lagi tinggal misteri dan terkemudian penembakjatuhan MH 17 yang mengorbankan keseluruhan nyawa yang mengisi pesawat tersebut, namun, apa yang dapat dirasakan, semua trajedi ini masih lagi 'bersimpul' berteka-teki siapa 'dalang'nya.


Tidak cukup dengan itu,kini  'krisis ekonomi' telah mula dirasakan olih rakyat marhean  namun Kerajaan masih lagi menafikanya. Dengan kejatuhan harga minyak 'global' secara mendadak, rakyat merasakan bahawa 'pendapatan negara juga bakal terjejas' tetapi  Kerajaan masih lagi mengatakan bahawa 'impak' yang terpalit dengan 'penurunan' ini amatlah 'kecil' dan dikata 'tidak memudaratkan' pendapatan negara. Itu yang diwar-warkan olih Menteri-Menteri di Kementerian Kewangan.


Dikala pendapatan negara kita mula mengecil dan  nilai matawang negara juga sedang jatuh dan ketika ini nilainya bersamaan RM3.60 berbanding matawang 1USD dan  juga dikatakan baik olih Menteri  .( Contoh : sekiranya  hutang luar negara bernilai USD1 Billion maka nilainya  bersamaan RM 3.1 Billion tetapi kini nilai yang perlu kita bayar adalah RM3.6 Billion adakah ini juga baik untuk negara kita wahai Menteri?


Tidak cukup dengan itu, dengan merudumnya harga komoditi dipasaran global, sebenarnya kita sedang berhadapan dengan krisis yang lebih besar dan bahaya' walauppun Kerajaan mengatakan, 'ini' hanyalah sementara'.(sebulan, seetahun atau 10 tahun)

Hutang Kerajaan Persekutuan

Didalam negara mengharungi liku-liku 'maut', ciptaan pemimpin kerajaan yang   telah 'terjebak' dengan 'lubang yang Boss   mereka sendiri  gali', namun Kerajaan menjangkakann dengan cukai GST yang bakal dikuatkuasakan pada April ini ,bakal menghasilkan 'pendapatan luar biasa' untuk kerajaan dan  'kutipan' ini akan digunakan untuk 'menutup lubang maut' ini.

 Didalam celah-celah awan hiam yang dikatakan akan membawa rezeki GST kepada Kerajaan, apa benarkan 'kutipan' itu akan dapat dikutip seawal Mei 2015 yang akan memenuhkan kantung Kerajaan ? Ataupun Kerajaan 'terpaksa' menunggu kepenghujung tahun untuk menuntut 'collection' atau pun 'Kerajaan ambil dulu GST 6%" dari 'peniaga' ?. Walauapapun bagi kehidupan rakyat samaada kerajaan mengenakan GST ataupun tidak, 'kos sara hidup' sudah pun melambung tinggi dan menyesakkan kehidupan rakyat marhean.

Walaupun kerajaan menjangkakann GST dihujung laluan akan menjadi penyelamatnya,kerana pemimpin Kerajaan  ternampak akan cahaya kilauan syiling-syiling dipoket rakyat untuk digunakan bagi 'membuat berbagai projek' namun dengan  'kekayaan GST" yang bakal diperolehi  dari poket rakyat  ini  juga bakal digunakan untuk 'membuat' projek-projek 'mega' yang akhirnya 'perancangan' ini jugalah yang akan 'mengayakan' kroni dan 'kaum kerabat' mereka . Itulah kesudahanya.

Semua tahu bahawa Petronas adalah penyumbang dana terbesar untuk keperluan negara. Semenjak ditubuhkan 'berbillion dolar' Amerika telah dipulangkan kepada negara dan dijadikan 'pendapatan tetap' namun semenjak merudumnya harga minyak global, pendapatan untuk diagihkan kepada negara juga bakal berkurangan tetapi tidak pula kita dengar Petronas berhutang 'berbillion ringgit' seperti syarikat yang ditubuhkan atas nasihat Najib iaitu 1MDB.

Terkini 1MDB  dikata mempunyai hutang terrkumpul berjumlah melebihi RM40 billion.dimana 'pendapatan yang dijangka ' yang berbentuk 'hutang' atas 'hutang' telah dibawa ke Cayman Island untuk 'dilabur'. Namun apa yang kita tahu 'pendapatan yang dijangka diperolehi' melalui instrument ini akan mendapat pulangan sebanyak 30% tetapi alih-alih  ;kerugian' melebihi RM600 juta pula 'tercatat'?  Macam perniagaan buluh kasap pulak, Pokok bertambah kecil tetapi kerugian pula yang ditanggung.

Nasib malang  negara tidak terhenti disitu. Negara di'balakan' dengan 'banjir besar' sehinggakan lebih dari 21 nyawa terkorban. Tidak cukup dengan itu kemusnahan harta benda negara malahan  harta milik rakyat juga termusnah sekali dan dianggarkan  berbillion ringit nilai kemusnahan dirasakan namun semua itu tidak juga 'menginsafkan' pemimpin.  Sememangnya pemimpin yang kita pilih ini sememangnya  bertaraf 'labu dan labi' ' Bodoh tak habis-habis.

Dikala negara dilanda musibah kebanyakan pemimpin samaada Ahli DUN mahupun Parlimen dan tak terkeculi  Pak Menteri dan juga Perdana Menteri semuanya bercuti diluar negara.Harubiru seluruh negara. Dikala negara terkapai-kapai 'mencari' Perdana Menteri, tetiba keluar berita dari Washington Post , gambar Najib sedang menikmati Golf di Hawaii bersama Obama. Meletuplah 'hati' rakyat.

Dan dalam kegewatan 'banjir', terdapat pula 'manusia yang gilakan' publisiti. Macam-macam ada. Namun apa yang dilihat Kelantan merupakan negeri yang paling teruk terjejas. 'Kesian rakyat Kelantan'. Namun apa yang diberitakan 'punca' berlakunya 'musibah terbesar' di Kelantan ini berpunca dari 'pembalakan yang berlebih-lebihan' yang tidak terkawal' namun, apa nak buat, 'nasi sudah jadi bubur' dan Bekas Menteri Besar dan Exxo kanannya tidak mahu mengaku kesalahan tetapi masih mahu menyalahkan pihak lain pula. Inilah akibatnya 'apabila' pemimpin bertaraf ' labu dan labi' diberi kuasa.

Bukan saja pemimpin negeri yang 'bersalah' terhadap rakyat tetapi Pemimpin kerajaan pusat juga bersalah terhadap rakyat. . Tiada siapa yang akan mengaku kesalahan.

Memandangkan jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung olih rakyat bernilai  berbillion-bilion ringgit akibat dari salah tabir dan salah urus ditambah dengan 'bala kemusnahan akibat banjir; yang smemangnya berlaku kerana tangan-tangan manusia, adakah, Kerajaan akan 'berjaya' untuk 'membaik-pulih' keadaan bagi tempoh 2015 ini atau adakah negara kita akan  'terjunam'seperti terjunamnya Pesawat Air Asia kedalam Lautan..

                                                        Al Fatiha

                                                      Cahaya Al Majid



.


2 comments:

  1. Menurut pandangan saya, Malaysia akan terus suram dan berdukacita antara 2015-2017.
    Sebenarnya turutan peristiwa yang telah/sedang/akan berlaku sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T yang mempunyai perhitungan dan perancanganNya tersendiri untuk bumi ini.

    Bagi mereka yang mempunyai pandangan kasyaf, mereka menerima perhitungan Allah ini dengan tenang dan penuh hikmah serta berlapang dada. Mereka simpan di dalam hati sebagai pengetahuan rahsia mereka.

    Bagi mereka yang terus lalai (buta mata dan hatinya) mereka menerimanya dengan marah dan kutukan serta cacian semata-mata (tidak bersyukur semasa susah dan apatah lagi semasa senang) serta tidak mahu 'belajar' & 'memahami' isyarat yang Allah sedang tunjukkan. Mereka lah orang yang terus rugi dan rugi kerana kesusahan (kerugian harta benda dunia) pun masih menjadikan mereka tetap lalai dan lalai dengan urusan dunia. Merkea tidak pernah merasa cukup, malah menjadi semakin tamak serta tamak padahal mereka tetap akan menerima balasan (jualbeli) yang tetap rugi.

    Kepada pemimpin melayu (islam) samada UMNO, PAS & PKR, kegilaan anda pada dunia serta isinya (sehingga masih bersengketa pendapat & memecahbelahkan kepentingan perpaduan sesama islam), anda semua sedang membawa diri anda ke neraka jahanam. Ketika nyawa masih dijasad, anda bercakap seolah-olah anda akan hidup kekal selama-lamanya, seolah-olah kuasa anda hebat di timur dan barat selama-lamanya. Sehingga anda terlupa, dengan terbatuk atau terbersin sahaja sekalipun, nyawa anda pun boleh melayang.

    Ayuhlah saudara-saudaraku, rapatkan barisan sesama kita. Jika esok ditakdirkan kita mati dengan suatu bencana yang tidak terduga, sekurang-kurangnya kita telah melunaskan tanggungjawab kita kepada Allah dan agamanya.

    Tetapi andaikata, esok kita mati tapi mati dalam keadaan kita masih disesatkan dari agama kita (dengan tipudaya jualbeli dunia), tiada sesiapa dapat membantu kita, kitalah orang yang rugi & menyesal.


    ReplyDelete