Thursday 26 May 2016

THE PROMISED LAND : INI KIBLATNYA!!!..

Bismillahhirrahmannirrahim.

PERINGATAN TUHAN
         BUKAN
PENGHALANG MEREKA
         UNTUK MENIPU

Kesalahan membohong, menipu, membongak serta memutar belit cerita nampaknya semakin menjadi barah. Pemimpin politik serta penjawat awam yang mementingkan "poket sendiri" juga dilihat sanggup menggadai "pegangan" mahupun " kepercayaan beragama"demi sebuah kepalsuan.

Ahli Politik serta penjawat awam dalam negara semakin hari semakin rosak akhlaknya, semuanya angkara Najib, 1MDB atau dana Pak Arab RM2.6 Billion serta dana RM42 Juta dari SRC keakaun peribadi Najib yang telah diakui kebenaran kemasukkanya.

Yang menghairankan, walaupun telah terbukti kebenaran akan kemasukkan 2 dana ini keakaun Najib serta telah dibelanjakan semahunya oleh Najib walaupun dana tersebut diketahui dari SRC International iaitu dana milik awam, namun begitu belum ada lagi apa apa tindakan diambil, kenapa?

Adakah sebagai seorang Perdana Menteri beliau berhak menggunakan atau mengambil mana mana dana dari GLC untuk kepentingannya walaupun untuk tujuan peribadi?

Apakah semua tindakan salahlaku seorang Perdana Menteri "kebal" dari undang undang mahupun Perlembagaan negara? Atau adakah Perdana Menteri terlindung dari tindakan undang undang?

Atau adakah Ahli Ahli Politik serta Penjawat Awam tidak tertakluk kepada "sumpah" yang lafas ketika menerima watikah perlantikan. Ataupun adakah sumpah atau aku janji untuk beramanah itu sekadar  "olok olok". Siapa yang hendak mereka tipu ni, rakyat? YDPA ?ataupun Allah swt?

Tidakkah mereka takut akan peringatan Allah swt tentang " subahat" ataupun " menipu"?

Ibadah Haji dah tunai, Umrah telah berkali kali, tetapi tingkah laku..lebih buruk dari orang bukan Islam. Macammana nak dijadikan contoh ?

Patutlah orang bukan Islam memandang rendah terhadap orang Islam, rupa rupanya Pemimpin Politik ni namanya  saja yang berimej Islam tetapi pada zahir dan bhatin..Islam bawaan Nabi Muhammad saw amat jauh dan bertentangan sekali dengan diri mereka.

Kepercayaan, keimanan terhadap agama Islam hanya lah topeng buat mereka dan sebaliknya kekayaan,kuasa adalah Tuhan yang mereka sembah.

Peluklah selagi ada masa..

            Cahaya Al Majid








2 comments:

  1. Ok katakanlah najib tidak bersalah, tidak kah dia merasa bertanggung jawab untuk cuba menagih wang2 yang ditipu supaya mengecilkan kerugian wang rakyat dari terus hangus? Logik ker dia mengatakan tiada penyelewengan cuma kelemahan pentakbiran berlaku? Tentu saja tidak logik.... tapi adalah logik dia memberikan ulasan begini kalau dia sendiri adalah salah satu pencuri nya. Ya tak ya juga ya. Ini baru dapat diterima akal....Sifat yang wajib bagi pencuri ialah bohong. Mustahil benar. Sifat yang harus pada pencuri ialah bohong selagi bolih bohong...Penyokong2 Najib memang seronok sakan dibodohkan dan dengan sukarela memelok pegangan baru akidah yang berkiblatkan kepentingan kesenangan dunia mereka.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete