Saturday 14 May 2016

THE PROMISED LAND : PEROMPAKAN RM50BILLION POKET RAKYAT BAKAL DIADILI!!

Bismillahhirrahmannirrahim

  "MASAK UMNO/BN KALI NI"
Ayam BN/UMNO berkotak di PRK.
Kehadiran Tun Mahathir bakal penentunya
 

Kesedihan kehilangan orang yang tersayang amat dirasai oleh keluarga mangsa nahas helikopter diSarawak baru baru ini. Akibatnya dua wakil Parlimen BN dari UMNO terkorban.

Kekosongan 2 kerusi Parlimen ini sekali gus memaksa SPR mengadakan pilihanraya kecil bagi mengisi kekosongan ini.

Setiap parti bertanding berusaha untuk mengenal pasti calon masing masing samaada UMNO/BN , PAS mahupun kelompok pakatan PKR/DAP serta pecahan parti PAS mula mencongak. Apa yang pasti UMNO/BN selaku penyandang bagi  kedua dua kerusi Parlimen tersebut, senak perut ataupun tercungap cungap amatlah dirasai.

Bagi puak pembangkang , kelebihan berada dipihak mereka dan apa yang perlu dilakukan hanyalah bersekutu atau berpakat sesama mereka demi kelebihan ini.

Isu tiada kesepakatan sesama ahli pembangkang bakal dijadikan topik oleh parti UMNO/BN dalam mematah atau melumpuh anganan pembangkang.

Tetapi pembangkang mempunyai banyak peluru untuk ditabur atau diarah terhadap UMNO/BN.

Kisah penyelewengan 1MDB, isu dana awam diguna SRC International masuk keakaun Najib, isu dana SRC International membiayai filem spara porno milik anak tiri Najib, pembelian hartatanah ratusan juta ringgit oleh anak Rosmah dengan dana SRC yang berpunca dari 1MDB seperti yang dilapor WSJ, tindakan undang undang oleh Kerajaan Singapura terhadap dana 1MDB yang dituduh dibawah akta pengubahan wang haram yang melibatkan Jho Low rakan rakan karib anak Rosmah, perbelanjaan mewah Najib suami isteri bershopping dengan dana dari SRC International serta pembohongan Najib tentang kemasukkan dana RM2.6 billion keakaun peribadi Najib serta dolak dalih Najib dalam menjawap isu 1MDB dan semua isu ini amat panas kalau dipentaskan dihadapan bakal pengundi.

Berserta laungan GST yang sedang menghambat kehidupan setiap rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan miskin, cukai yang dilihat hanya untuk menyelamatkan poket pemerintah kerana keborosan berbelanja dan hanya menentingkan projek mega yang menguntungkan warga kotaraya terutama dibandaraya Kuala Lumpur saja.

Dengan MRT/LRT serta  kemudahan prasarana moden dibandar dan ini dilihat hanya menguntungkan sebahagian rakyat saja.  Warga kota yang sememangnya telah menolak kepimpinan UMNO/BN dilihat mendapat menafaat yang lebih besar berbanding dari kemenangan yang diberi oleh penduduk luar bandar.

Tetapi UMNO/BN masih mendabik dada dengan kemenangan PRU13. Tetapi sekiranya Tun Dr Mahathir turun padang pada PRK ini dan berdiri atas flatform "Selamatkan Malaysia" dengan "Deklarasi Rakyat", walaupun Najib dan Zahid serta seluruh Kabinetnya berkampung dikedua dua Parlimen ini,kekalahan atau penolakkan rakyat terhadap UMNO/BN adalah pasti.

Selagi petualang bangsa tidak dinyahkan selagi itulah sekiranya ada PRK lain, kekalahan adalah hadiahnya.

                  Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment