Thursday 6 October 2016

THE PROMISED LAND : LAKUKAN SEKARANG ATAU SELAMANYA TERKEPUNG

Bismillahhirrahmannirrahim.

  MADU DITANGAN KANAN
  RACUN DITANGAN KIRI
  SIAPA BAKAL TERJUAL

Majlis Raja Raja Melayu pada tahun 2015 pernah menitahkan agar kes 1MDB diselesaikan dengan kadar segera tetapi sehingga kini kemelut 1MDB yang memalitkan Najib Razak aka Perdana Menteri Malaysia aka Presiden UMNO merangkap Menteri Kewangan aka Penasihat 1MDB telah dengan sengaja dilewatkan selamanya.

Kini pihak luar telah mula berani memperlecehkan maruah dan intigriti negara kita.

Bukan saja nama baik negara dicemari malahan jawatan yang disandang Najib iaitu PERDANA MENTERI MALAYSIA, juga diperlekeh sehina hinanya.sehingga negara kita dilabel sebagai negara "klepetokrasi", gara gara berbillion dollar Amerika masuk keakaun peribadi  Perdana Menteri berserta beberapa "rakan songlap"  Najib berserta anak tirinya yang  menjadi kaya raya dalam  sekelip mata , semuanya berpunca dari dana pinjaman 1MDB.

Namun apa yang berlaku ini sedikitpun tidak diendahkan oleh Najib mahupun Kerajaan pimpinan beliau tetapi sebaliknya Menteri menteri pengampu Najib menganandaikan pula bahawa tindakan pihak luar ini pula sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan  Malaysia atau sebagai campur tangan asing terhadap politik.

Yang didakwa hanyalah penyelewengan ,penipuan serta perompakan dana yang ditanggung rakyat.

Pihak yang mendakwa seperti  DoJ di Amerika dan juga Swiss mula bertindak terhadap "perompakan" dana 1MDB  ini bilamana dana tersebut memasuki negara mereka malahan dana tersebut juga telah diguna untuk membeli harta mudah alih serta hartanah  serta pelaburan , maka, akta Pengubahan Wang Haram dikenakan keatas perlaku an tersebut.

Kerana kes ini didakwa telah melibatkan MO1 atau yang diakui oleh Rahman Dahlan (Menteri Lantikan Najib) adalah Najib Razak iaitu  Perdana Menteri Malaysia, maka, Pembersihan atau pensucian terhadap jawatan " PERDANA MENTERI MALYSIA", wajiblah diberikan keutamaan olih Kerajaan mahupun olih Yang DiPertuan Agong sendiri., kerana, Najib Razak adalah individu teratas dalam hieraki Pentabdiran Malaysia.

Tetapi sebelum semua ini dapat dilakukan, Yang Di Pertuan Agong sepatutnya tidak menolak atau memberi apa apa keputusan tentang cadangan Dr Mahathir dan sepatutnya Baginda meminta tempoh agar perkara sebesat ini dapat dirunding, dibincang dan disepakti oleh Raja Raja Melayu. Kerana keputusan deklarasi rakyat yang disembahkan oleh Dr Mahathir ini amat besar implikasinya serta bolih merubah keputusan Ahli Parlimen Barisan Nasional  dari mengaktifkan  akta MKN dari dikuatkuasakan. Tetapi sayang seribu kali sayang..tuah yang diampar ..beburung pula yang kenyang.

Suka atau tidak, akur atau terpaksa, Akta MKN menjadi hak exclusif Perdana Menteri.

Yakin atau tidak atau pada bila bila masa sekiranya  Pihak Istana mahupun rakyat marheah cuba bersengkokol dengan Raja atau Sultan, cuba :MENYAHKAN" Perdana Menteri, mengikut terjemah mereka, maka, akta Darurat yang ditangan Sang Perdana Menteri , adalah senjata yang paling ampun dan teebaik untuk dikuatkuasakan.

Apakah ada taksiran lain tentang Akta MKN yang ditangan Perdana Menteri.

Untuk itu semoleknya Raja Raja Melayu bersepakatlah sesama mereka, demi, menyelamatkan Negara, Rakyat serta Institusi Di Raja atau Institusi Yang Di Pertuan Agong dari diuncah oleh Ahli Politik yang tidak bermaruah dan tidak berakhlak ini demi survival parti mereka.

Masih belum terlambat buat Raja Raja Melayu untuk menongkah arus atau msnbetulkan apa yang terseleweng, kerana Pemimpin  Parti  Pemerintah sedang dilanda skandal dan keampuhan parti mereka juga sedang teruncai raput ibarat sedang dibaiki sianai anai.

Sekiranya tidak berani sekarang maka sampai bila bila pun institusi Di Raja tidak akan dipandang tinggi olih Ahli Politik.

Tepuk dada tanya salera, pisau ditangan mentimun dikiri, jangan sampai terluka perut.

                   Cahaya Al Majid





1 comment:

  1. Ayuh Sultan2 buktikan kewibawaan sebagai simbol kedaulatan negara dan bukan simbol tunggul mati. Rakyat jelata menanti pendirian mulia raja2. Ehem

    ReplyDelete