Saturday 11 February 2017

THE PROMISED LAND : BENDA TAK GEMPAK PUN TAPI KECOH NYA..

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalut Kerajaan Najib bila Azmin Ali menyatakan bahawa ada seorang Menteri Kanan Najib nak letak jawatan.

Dalam beberapa jam saja selepas tweet Azmin berada diapungkan maya, Najib bingkas dan tuntas menafikan berita tersebut. Heboh satu alam maya dunia siber dek KERANA "jolokan" tersebut.

Yang anehnya dari Timbalan Perdana Menteri hingga lah kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Tajuddin, semuanya sebuk mengulas seolah olah apa yang disampaikan oleh NAJIB tidak sampai kebawah. Kesian betul Kerajaan Najib ni.

Sepatutnya apa yang wajib yang sepatutnya diambil berat adalah kesusahan rakyat yang terbeban dengan berbagai kenaikan barangan dizaman Kerajaan Najib kini dan bukan hal hal yang tidak mendatangkan kebaikan buat rakyat.

Sebenarnya rakyat tak heran pun siapa yang nak letak jawatan mahupun keluar dari UMNO mahupun BN tetapi apa yang rakyat mahu adalah keselesaan serta kemudahan pengekonomi  poket rakyat, itu saja yang penting.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kemeruduman nilai ringgit yang diakibatkan oleh imej Kerajaan Najib dan kebebalan Kabinetnya, telah menjejaskan keharmonian ekonomi rakyat tetapi tiada sebatang tubuh pun dari Kabinet Najib nak ambil tahu melainkan hanya menyokong agar GST dibebankan terhadap rakyat. Itulah pandainya Kerajaan Najib ni.

Hampeh, hampeh, hampeh.

Eloklah rakyat bercadang untuk  menukar Kerajaan pada PRU 14 .

                  Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment