Bismillahirrahmanirrahim.
'INILAH RUPA NYA MALINDO AIR'
Kerana undangan untuk menyertai Mega Sale di Dewan Bridex dinegara Brunei Darul Salam selama 4 hari bermula 29/3/2017 ,lapan orang artis Malaysia berserta pembantu pembantu seramai 24 orang , teraniaya gara gara penerbangannya mereka ke Miri pada 28/3/2017 dibatalkan olih Malindo Air.
Walaupun tempahan awal dan pembayaran penuh telah dibuat kepada Malindo Air namun penerbangan yang dijadual ke Miri telah dibatalkan.
Perbincangan dengan wakil penerbangan Malindo telah diadakan namun kata mereka penerbangan rutin harian Malindo Air ke Miri tidak dapat dilakukan pada hari yang dijanjikan.
Namun pada akhirnya Malindo Air berjanji untuk menerbangkan juga Artis Artis ini pada tarikh yang dijanjikan tetapi melalui Kota Kinabalu. Dan dari sana mereka bolih ke Brunei melalui Miri.
Yang sedihnya hanya van biasa disediakan oleh Malindo Air tetapi sebaliknya segala bagasi barangan jualan yang dibawa artis tidak disediakan pengangkutan. Dan artis terpaksa mengurus dan membiayai sendiri kos barangan yang dibawa . Tidak kah ini satu penganiayaan?
Sepatutnya Malindo Air yang menguruskan segala gala nya kerana mereka yang mengikat perjanjian dengan penumpang. Dan ini juga bukan salah penumpang.
Yang menjadi persoalan kenapa Malindo Air boleh terbang ke Kota Kinabalu dan tidak ke Miri??? Apa MASAALAH mereka??
Atau adakah Malindo Air.juga sedang mengalami MASAALAH dan kenapa permasalahan itu dibebankan pula keatas penumpang untuk menyelesaikannya?
Atau adakah Malindo Air juga seperti Ryani Air. Ambil duit penumpang tetapi lepas tu lepas tangan?
Antara artis artis yang terlibat diantaranya termasuk lah Liza Abdullah, Anina Ahmad B, Rozie Othman, Shila Mambo , Encik Mimpi , Noorshila Amin serta pembantu pembantu mereka.
Difahamkan mereka terpaksa melalui 6 - 7 jam perjalanan dengan van dari Kota Kinabalu untuk ke Brunei . Sangat menyeksakan.
Tidak kah kementerian Pengangkutan atau ajensi Kerajaan yang lain sedar akan salah laku syarikat Penerbangan ini??
Atau sememangnya Menteri atau jabatan berkenaan hanya mahu "menutup mata'.
Malaysia Malaysia Malaysia.
Macam macam boleh.
Tipu tak salah. bohong tak salah. Aniiya orang pun tak salah.
Tetapi yang penting GST tetap kutip .
Selagi Syarikat bayar GST kepada kerajaan semua ok.
Tentang rakyat sengsara ke atau rakyat teraniaya ke..lu fikirla sendiri..
CAHAYA AL MAJID
No comments:
Post a Comment