Sunday 5 March 2017

THE PROMISED LAND : LAPORAN MANA YANG LEBIH BERINTEGRITI DAN DIPERCAYAI???

Bismillahirrahmanirrahim.

Bermacam macam laporan berita boleh dihadam oleh rakyat samaada melalui apa yang berada di hujung jari, melalui akhbar biasa ataupun melalui media elektronik bukanlah sesuatu' yang sukar.

Kini berbagai rangkaian pemberitaan boleh diakses oleh sesiapa saja dengan teknologi kini.

Benar, sahih bohong atau berita sengaja diadakan tidak lagi boleh diselindung seperti dahulu, semua nya pasti terpapar atau boleh dilayari. Pasti ada yang akan mencuit atau memaparkan.

Kini setiap tindakan sesebuah negara tidak terlepas dari analisa dunia luar. Sama ada yang baik mahupun sebaliknya, semua nya pasti menjadi bualan dan perhatian. Dari issue kemanusiaan hingga lah politik, semuanya tidak terlepas dari perhatian.

Tetapi yang paling diikuti rapat oleh dunia adalah mengenai tingkah laku serta salah laku ketua sesebuah Kerajaan , terutama yang memerintah. Begitu lah lazimnya.

Dari salah laku pemerintahan Iraq , Libya, Afganistan tidak terkecuali juga Korea Utara sehinggalah kenegara kecil kita ini Malaysia, semua nya menjadi perhatian dunia.

Tetapi adakah kita hanya menelan berita itu bulat bulat tanpa menilai kesahihanya??

Kita olah dalam negara.

Walaupun salah laku serta salah tadbir seperti yang didakwa dan  berlaku keatas 1MDB, seperti yang di paparkan oleh beberapa agensi berita luar serta berlakunya pendakawaan dibeberapa negara, adakah kita mahu mengatakan itu berita palsu dan tidak sohih?

Begitu juga dengan pemaparan berita isteri Perdana Menteri bershopping puluhan juta berserta beg tangan paling mahal, adakah itu juga berita yang diadakan adakan? Sehingga kan , resit pembelian serta slip kad kredit juga di paparkan, adakah itu juga palsu?

Tetapi adakah berita dalam negara menafikan? Tidak bukan. Tetapi pemberita dalam negara mahupun media elektronik, mengolah penceritaan dan menghalalkan kan perlakuan.

Olih itu apa yang mahu disorokkan lagi apabila berita luar terlebih dahulu membocorkanya.

Pemberitaan yang dibuat pemerintah hanyalah untuk menyedapkan hati saja tetapi pada hakikatnya keadaan adalah sebaliknya.

                Cahaya Al Majid










2 comments:

  1. Saya berada di beberapa group pro kerajaan. Setiap hari mual dan muntah macam orang mengandung anak sulong dengan berita dan propaganda dari pelbagai organisasi komunikasi mereka.

    Ini bukan kerja baru, tetapi pemberitaan dahulunya ditelan dengan kulit-kulitnya sekali tetapi kini ia terdedah kepada penilaian.

    UMNO dan PAS kini bergantung sepenuhnya kepada WANG untuk menggerakan kerja, kerja yang dihasilkan pula lebih kepada borong dan kuantiti untuk menunjukan hasil kepada boss.

    Yamg sampai ke bawahan adalah sampah sarap.

    Oleh itu sebablah akar ummbi sudah bangun memberontak secara diam menunggu hari mengundi untuk menterjemahkannya.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro. Kemungkaran perlu di tentang. InshaAllah kena kerja kuat n smart.

    ReplyDelete