Monday, 20 March 2017

THE PROMISED LAND :SIAPA SABOTAJ EKONOMI SEBENARNYA..PEMBANGKANG ATAU NAJIB??

Bismillahirrahmanirrahim.

"KEBODOHAN BERPANJANGAN"

Hari ini Najib membidas  secara berlapik namun bidasan itu sebenarnya ditujukan kepada pembangkang kerana asyik mencungkil segala salah laku dan salah takbir Kerajaan pimpinan Najib.

Dengan mengandaikan bahawa sekira serangan itu bertali arus dan tanpa batasan Najib merasakan bahawa pasti akan ada impak terhadap kepimpinan beliau dan juga kerajaannya, dan itu menakutkan beliau.

Najib hanya berani menuding jari terhadap pembangkang namun pada hakikatnya segala salah laku dan terbaliknya ekonomi negara ini semuanya berpunca dari idea Najib sendiri.

Siapa yang mencatur dan membuat pelaburan? Ada kah pembangkang yang membuat keputusan tentang pelaburan? Tidak bukan. Adakah dengan mempertikai keputusan Kerajaan tentang salah takbir itu akan menyebabkan ekonomi negara kita tergugat?

Nampaknya Najib  tidak berani untuk menerima realiti bahawa apa yang dia rancang dan di implement kebanyakkanya "hancus' dan merugikan negara , tetapi disebabkan sifat 'ego'nya tinggi melangit, itu yang mengundang bala.

Hanya kerana tiada kawalan rapi terhadap penubuhan 1MDB serta kegagalan watak watak yang dilantik dalam pengurusan 1MDB yang bersifat "Yes Boss," atau hanya menurut kata, maka hutang 1MDB melebihi RM50 billion tercatat didalam akaunnya.

Melalui rantaian kegagalan 1MDB  ini telah menyebabkan beberapa harta miliknya yang dibeli terpaksa dijual pada kadar harga kerugian dan ini telah mengheret segala struktur yang dibina runtuh satu persatu.

Satu persatu kumpulan kewangan terjebak dengan "arahan" sehingga kan Tabung Haji juga terjebak sekali. Dana KWSP KWAP dan beberapa lagi dana milik rakyat terpaksa diguna bagi tujuan menyelamatkan "pensabotaj ekonomi' ini.

Hanya kerana kegagalan berantai ini telah memyebabkan ekonomi negara ini menjadi huru-hara. Kerana kegagalan menyakinkan rakyat tentang "kemana pergi nya dana pinjaman puluhan billion itu" menyebabkan Dr Mahathir mula menghambat.

Kini seluruh rakyat mahupun Pembangkang mahukan penjelasan yang tepat dari Najib namun sehingga kini semua jawapan yang diberi semua nya bersifat samar,-samar.

Dari keseluruhan senario yang dicipta ini, siapakah yang "mensabotaj ekonomi" sebenarnya?

Adakah pembangkang atau Najib ??

               Cahaya Al Majid






2 comments:

  1. Sebenarnya sudah banyak kali kerajaan melakukan kesilapan dan kegagalan dalam menguruskan ekonomi negara sejak zaman Tun Abdul Razak lagi.

    Tetapi kesilapan dan kelemahan itu hanyalah satu diluar jangkaan awal dan tidaklah menjadi isu yang kuat untuk pembangkang atau menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari rakyat.

    Di era Najib, bukan lagi kesilapan dan kelemahan tetapi memang satu skandal yang dirancang awal, bukan sahaja disedari oleh rakyat juga menjadi tajuk utama negara.

    Bangkainya bukan sekadar seekor gajah tetapi lebih dari dua. Bukan seorang dua yang terlibat tetapi puluhan dan ratusan.

    Pembangkang harus berfikir dari sekarang untuk membesarkan lagi ruang penjara di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro. Terima kasih atas input.

    ReplyDelete