Bismillahirrahmanirrahim.
TIADA ROTAN AKAR PUN BOLIH
Salam dan maaf kerana dah seminggu tak update blog . Saya di Kota Singapura untuk event niaga di Singapore Expo Hall hingga 19 March .
Berhubung dengan topik yang diutarakan serta terlihat keterujanya beliau dalam hal hal yang bersangkutan dengan kuasa pentabiran dan Politik, maka sewajarnya UMNO atau Najib, mempertimbangkan agar Rosmah dapat diberi peluang untuk bertanding disalah satu Kerusi Parlimen pada PRU kali ini.
Walaupun Rosmah tidak didepan namun Rizal Mansor aka Pembantu Peribadinya bertindak bagi pihak beliau. Mana mungkin seorang Pembantu berani mengulas melainkan disuruh oleh tuannya. Itulah Rizal Mansor.
Nampaknya Rosmah terlalu beriya iya dalam mempertahankan apa yang disandang iaitu jawatan Penaung bagi PERMATA.
Kerana kedudukan itu beliau tersangkut dan dikait dengan beberapa isu dari berbelanja mewah hingga lah keisu anaknya Riza Aziz yang kaya raya tanpa seorang tahu dari mana punca kewangannya .
Mungkin kekayaaan bernilai ratusan juta USD milik Rosmah dari hasil tabungan sedari kecil itu mungkin meletakkan keluarga Rosmah sebagai sebuah keluarga bertaraf jutawan sebelum berkahwin dengan Najib .
Dan Mungkin juga kejayaan milik Rosmah dan bekas suaminya itu dulu telah mewariskan kekayaan itu kepada Riza Aziz.
Dan mungkin kerana kekayaaan miliknya itu lah yang menyebabkan 'tiada keperluan" bagi Rosmah untuk merembat" duit PERMATA.
Mungkin kerana kepintaran dan kepandaian Rosmah yang berlatar dan berpendidikan tinggi mengalahkan Najib, membuat Rizal Mansor Pembantu peribadinya sanggup membanding Rosmah dengan Lim Guan Eng, begitulah tingginya pandangan pentaksub UMNO dan pengikut tegar dedak Najib terhadap kedudukan Rosmah ketika ini.
Dan mengaitkan dua entiti yang berlainan taraf ini, seorang yang dipilih rakyat dan seorang lagi kerana istilah " isteri" kepada Perdana Menteri , maka amatlah dungu dan rendahnya pemikiran sipembantu ini a,namun itu lah yang termampu untuk difikirkan oleh Rizal bagi mengangkat " lady boss" nya.
Walau apapun menyiapkan satu kerusi Parlimen buat Rosmah adalah keperluan, mana lah tahu , ajal maut ketentuan Allah SWT, kalau ditakdirkan Najib umur pendek , secara otomatik Rosmah BOLIH mengganti kan tempat Najib , sekurang kurangnya tidaklah UMNO dipimpin oleh orang yang kurang cerdik.
Cahaya Al Majid
Kadang kadang apabila kita nak bertandang ke rumah saudara, kita pilih kenderaan yang sesuai dengan ekonomi saudara tersebut, jika dia pakai saga, elok ke sana kita bawa waja atau prevee, tak perlulah nak tunjuk ada velfire 3 biji kat rumah.
ReplyDeleteJawatan kononnya tak ada kepentingan tetapi hingga jadi isu dan fitnah, merosak negara pun sanggup pegang terus.
Apa punya palat.