Bismillahirrahmanirrahim.
Tembolok yang tidak pernah mengenal erti puas.
Menggunakan keringat yang membasahi setiap inci bumi tanpa sempadan waktu samaada siang mahupun malam.
Setiap warga Felda berusaha dengan penuh harapan agar kehidupan dimasa depan menjadi baik serta kelangsungan masa depan keluarga terjamin melalui hasil yang dituai berserta tanah yang diusahakan yang berpuluh tahun diusahakan tetapi pada akhirnya dijebak oleh pemimpin UMNO yang rakus.
Felda telah menghasilkan pendapatan buat negara dan dibuktikan telah berjaya ditransform seluruh warga nya tetapi kerana kelicikan pemimpin kerajaan dalam mengintai dana yang terkumpul maka berbagai helah dibuat untuk menyapu nya.
Bersandarkan kepada hasil buah sawit serta tanah milik peneroka maka skim "menjerat" melalui penubuhan syarikat FGV dikenalkan.
Melalui angka angka yang menyeronokan serta janji manis Pemimpin UMNO dan Kerajaan Najib dengan menjanjikan pulangan yang lumayan dengan ungkapan bakal bakal jutawan kepada warga peneroka maka penyenaraian saham FGV dilakukan.
Syarikat yang disenaraikan kini telah merudum nilai sahamnya dan akibatnya peneroka dibebani dengan hutang yang tidak pernah mereka impikan menjadi igauan ngeri pula.
Bebanan hutang bank serta hutang hutang lain berkaitan tanah ladang mula membelit tengkuk setiap peneroka. Tetapi yang anehnya pemimpin yang dipertanggungjawab dan mula melepas tangan.
Janji janji perumahan untuk generasi kedua pun melalui prasa kelewatan dan ada juga terbengkalai, dan keadaan ini mula menjerut warga peneroka.
Salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah serta pelaburan yang tidak menguntungkan mula menular dalam Konglomerat terbesar ini. Hutang mula membelenggu setiap inci pertubuhan peladang ini.
Kini ketakutan dan keresahan setiap jiwa di Felda mula dirasai. Segala janji janji manis yang dilafazkan mula menjadi tuntutan tetapi kerana dana Felda dan FGV yang pernah dimiliki telah lupus atau terseleweng maka Pertubuhan itu terpaksa menjual harta dan saham yang dimiliki bagi menampung kerugian yang telah menggunung.
Kerugian susut nilai saham serta ketirisan yang ditanggung kini bernilai RM1.2 billion serta hutang Rm7 billion dari dana rakyat di KWSP juga mungkin belum dilunaskan.
Itulah keajaiban dan kehebatan serta kepandaian Kerajaan Najib serta kecerdikan Cikgu Isa Samad yang menerajui FELDA dan FGV dulu.
Salah laku, penyelewengan dan rasuah berpisah tiada diera Kerajaan UMNO dan Najib.
Masihkah rakyat mahu dipimpin oleh watak dan kerajaan yang dipanggil KELEPETROKASI????
Cahaya Al Majid
Kata rafizi, mengekalkan najib walau sehari ia umpama membiarkan seorang perompak di dalam bank yang duit kita simpan.
ReplyDeleteAda ke sejarah dalam dunia, mereka yang zalim dan khianati rakyatnya sendiri tidak akan jatuh?
Kita tunggu sahaja masa.
Kata rafizi, mengekalkan najib walau sehari ia umpama membiarkan seorang perompak di dalam bank yang duit kita simpan.
ReplyDeleteAda ke sejarah dalam dunia, mereka yang zalim dan khianati rakyatnya sendiri tidak akan jatuh?
Kita tunggu sahaja masa.
Salam. InshaAllah, satu Malaysia dah mendoa kan. Tunggu je la
Delete