Bismillahirrahmanirrahim.
MASIH NAK PERTAHANKAN
NAJIB???
Perbandingan ini umpama langit dan bumi. Antara putih dan hitam mahupun antara kaca dan permata. Itulah perbandinganya.
Dr Mahathir
22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Kejayaan yang dicipta bukan lah untuk diri nya tetapi sebaliknya adalah untuk seluruh rakyat Malaysia samaada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan mahupun semua kelompok masyarakat dinegara ini semua merasai .
Kejayaan mentransformasikan negara ini dari negara berasaskan pertanian ke perindustrian telah mencetuskan satu fenomena baru dinegara ASEAN.
Mentransformasi kan jalan jalan persekutuan serta menghubungkan negeri negeri dengan rangkaian lebuhraya dari utara hingga keselatan telah merancakkan lagi ekonomi bagi seluruh negara.
Pelaburan langsung luar dijemput menanam modal dan diri kan kilang kilang.
Setiap negeri ada kawasan perindustrian yang naik untuk merancakkan ekonomi setempat dan peluang pekerjaan bertambah buat rakyat.
Sistem aliran ringan ,komuter dan ERL diujudkan untuk kemudahan pelancongan dan rakyat.
KLIA diujudkan begitu juga Pusat Pentadbiran Kerajaan dipusatkan di Putrajaya.
IPP dibangunkan untuk menampung kekurangan tenaga demi kelangsungan industri perkilangan dan pembangunan.
KLCC yang dicemuh olih Salleh Keruak dan Rahman Dahlan dari kem Najib sebenarnya menjadi tumpuan pelancong dari luar negara. Destinasi wajib dilawati.
Banyak lagi kalau mahu diuraikan satu persatu.
Benar memang benar dan tidak dinafikan terdapat beberapa syarikat atau konglomerat yang di bantu Kerajaan dari jadi muflis tetapi semua syarikat itu tetap beroperasi dan Kerajaan tidak membiarkanya muflis kerana peluang pekerjaan yang dijana semuanya diisi olih anak tempatan.
Contoh : Perwaja dan juga PROTON.
Tetapi kita jangan lupa ,dua syarikat ini menyumbang pekerjaan kepada anak anak tempatan dan cukai yang dipungut Kerajaan juga berbillion ringgit nilainya.
Tetapi diera Mahathir tiada syarikat milik negara dijual kepada negara luar. Tetapi diera Najib kini berderet deret projek tergadai dan dimiliki olih China Komunis.
Di zaman Mahathir tiada syarikat atau anak syarikat milik negara yang dibebankan dengan hutang yang perlu di bebankan kepada rakyat.
Tetapi berbeza dengan Najib, syarikat 1MDB yang di ilhamkan Najib dibebani dengan hutang dan hutang itu diserapkan kepada Kementerian Kewangan dimana kesudahannya rakyat adalah penanggung nya.
Dr Mahathir lebih percaya kepada penjawat awam dalam membangunkan dan mentadbir serta kemajuan negara tetapi Najib lebih percaya kepada Consultant yang dibayar berbillion tetapi akhirnya semuanya membebankan kewangan negara.Itulah standard NAJIB.
Pegawai Khas Mahathir tidak pernah kita kenali , yang kita tahu hanyalah Setia Usaha Politiknya saja itu pun kurang diberikan publisiti berbanding dengan Najib. Setiausaha Politik, Pegawai Khas atau siapa saja yang berpayung dibawah Najib semuanya sibuk kedepan tetapi yang tidak BOLIH tahan Pegawai Khas Rosmah pun menyibuk juga .
Itu yang membezakan negarawan yang berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dan negara barbanding dengan Najib yang hanya mahu mempromosikan diri sendiri.
Mahathir dikenali dunia kerana mebangunkan negara dan negara asing kagum dengan pencapaian beliau . Tetapi tidak terhadap Najib, kerana ketololan beliau , negara ini digelar olih dunia sebagai Kerajaan KLEPTROKASI.
Kerana 1MDB , hutang yang terpaksa ditanggung Kerajaan mencanak kerangka RM50 billion.
Kerana 1MDB tanah sungai besi yang berbillion ringgit nilainya , terpaksa diserah pembangunan nya kepada China Komunis.
Kerana 1MDB negara terpalit dengan skandal pengubahan wang haram.
Kerana 1MDB Najib kaya RM2.6 billion
Kerana 1MDB Jho Low Arab 2 orang serta anak tiri Najib kaya melangit.
Kerana 1MDB ECRL dan HSR terpaksa di sorong kepada China Komunis.
Dan....Bermacam macam lagi..
Kepada pembaca..Nilailah sendiri...
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment