Wednesday 10 May 2017

THE PROMISED LAND: JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI???

Bismillahirrahmanirrahim.

ZAHID HAMIDI DAN HISHAMUDDIN
BAKAL KEMPUNAN.

Setelah selesai muktamar 2 minggu lepas bermacam macam perkara baru timbul.

Dari pelucutan jawatan Iskandar atau digantikan dengan pendokong tegar Hj Haji diSelangor dan juga perubahan kedudukan beberapa orang kuat Hj Hadi, beliau menjangkakan bahawa cengkamannya diSelangor dan juga dinegeri lain diharap dapat memberi impak dan memberi gambaran sebenar wajah Hj Hadi.

Selepas kematian beberapa pemimpin tertinggi PAS  seperti  Allahyarham Nik Aziz dan juga Harun Din, serta mengenepikan Mustapha Ali maka, tiada watak lain selayak nya yang dapat menahan caturan Hj Hadi ini lagi.

Kalau dahulu watak Allahyarham Nik Aziz dan Allahyarham Haron Din amat menonjol dan berkarisma dalam PAS dan ini tidak memungkinkan Hj Hadi untuk mencatur halatuju PAS mengikut citarasa beliau tetapi kini adalah waktu keemasan dan terbaik untuk melakukan perubahan dan menonjolkan diri beliau .

Kalau dahulu Allahyarham Nik Aziz sememamgnya tidak akan sekali-kali berkompromi dengan UMNO atau BN tetapi malangnya amanat itu tidak diangkat olih Hj Hadi mahupun anaknya sendiri maka dengan itu amanat Nik Aziz  terkubur dan dilianglahadkan sekali dengan Tuannya.

Al Fatihah untuk Allahyarham.

Kini Hj Hadi amat Kamching dengan Najib. Dan ada dakwaan sana sini mengatakan bahawa RM90.juta dari Najib telah berpindah tangan kepada PAS.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi dakwaan untuk menyaman pihak.yang mendakwa PAS menerima RM90 juta masih jauh perjalanan.

Hj Haji mengaku bahawa PAS dan kumpulan nya adalah Blok Ketiga dan ini memberi signal bahawa pertembungan 3 penjuru adalah impian nya.

 Kenapa??

Perancangan PAS amat mudah dibaca. Hj Hadi menjangkakan bahawa kerusi UMNO atau BN pasti tergelincir atau merudum dibeberapa kawasan Parlimen.

Dengan mempertaruhkan 80 kerusi Parlimen yang yang ingin ditandingi dan menjangkakan bahawa pengundi akan menolak calon UMNO atau pun BN dan menjangkakan bahawa kelebihan akan berpihak kepada PAS maka dengan terkurangannya kerusi Parlimen UMNO atau BN maka dijangkakan kemenangan beberapa kerusi Parlimen oleh PAS, maka dengan  itu PAS akan dapat menampung kekurangan kerusi BN untuk membentuk kerajaan.

Maka disinilah letaknya harapan PAS atau Hj Hadi iaitu untuk menjadi sebahagian dari Kerajaan campuran iaitu antara BN dan PAS.

Oleh sebab itu apa yang kita lihat kebelakangan ini pemimpin UMNO dan PAS dilihat seakan akan bersetuju untuk kearah penyatuan itu demi kelangsungan kuasa dan harta rampasan.

Kerana memandang enteng terhadap keupayaan PPBM pimpinan Dr Mahathir yang bergabung dengan PKR , DAP dan Amanah , serta keegoan menggila Hj Hadi dalam mengimpikan jawatan Kabinet serta beribupejabatkan di Putrajaya , maka segala ucapan mengkafir serta mengenepikan amanat Nik.Aziz bukan lagi jadi isu.

Biawak hidup, kafir mahupun sesat bukan lagi halangan bagi Hj Hadi tetapi jawatan Timbalan Perdana Menteri mahupun Menteri Kanan dalam Kerajaan adalah angan-angan sebelum mata tertutup atau keluang lahad.

                   Cahaya Al Majid









No comments:

Post a Comment