Bismillahirrahmanirrahim.
TAK PAYAH SEMBANG LEBIH LAH
Terlebih dahulu diucapkan selamat berpuasa kepada semua pelayar. Walaupun minggu ini saya amat kurang menulis kerana kekangan masa namun pada malam bulan Ramadhan ini saya akan melontarkan sesuatu untuk dikongsikan bersama.
Minggu lepas Nik Abduh menyuruh Dr Mahathir bertaubat dan menghabiskan hayatnya ditikar sembahyang.
Tetapi tidakkan Nik Abduh sendiri menyedari bahawa beliau yang sepatutnya menyedarkan Presiden PAS dan seluruh ahli PAS untuk bertaubat?
Bertaubat dari melebelkan orang yang tidak sealiran dengan fahaman PAS yang selalu dituduh sesat? Bukan saja orang UMNO malah sesiapa saja yang tidak sefahaman dengan pendirian PAS.
Begitu juga beliau dengan angkuhnya menyuruh orang lain terutama Dr Mahathir untuk menghabiskan hayat ditikar sembahyang. Peergh...Sedapnya mulut....
Kenapa Nik Abduh sendiri tiada keberanian untuk menyuruh Najib dan bala tenteranya untuk bertaubat dari melakukan kerosakkan terhadap kewangan negara .
Kerana keborosan serta keterlanjuran keluarga Najib sehinggakan anak tiri Najib sanggup menerbit filem separa lucah dan kenapa pelakuan ini tidak pula Nik Abduh berani untuk meminta Najib untuk bertaubat kerana kegagalan membimbing kejalan yang dituntut?
Kepada Nik Abduh mahupun kepada semua pemimpin PAS jangan lah cuba mendebik dada seolah olah hanya awak saja yang beriman dan mengikut lunas Islam. Jangan kerana serban dah melilit dikepala dan jubah labuh sedia menyapu bumi, awak dan Islam. Belum lagi....Baiiii.
Kalau setakat jadi jaguh dilaman sendiri dan belum ada kebaikan dapat disemai kepada orang yang ramai... Itu tanda nya..Ilmu belum cukup lagi Nik Abduh
Kalau setakat kokok berderai-derai nak buat apa bilamana ekor nya sendiri sedang bergelumang dengan taik.. apa barang!!! BEB...
Mahathir dah terbukti kejayaaan nya..
Tetapi Nik Abduh,??? Ada ke kejayaan yang nak dibanggakan..
Ada ke kejayaan Nik Aziz diperingkat dunia yang bolih di bangga kan olih anak anak Kelantan sendiri??
Amalan itu hak peribadi..Tak perlu tunjuk tunjuk dan tidak juga perlu diwar warkan..Biar hanya Allah SWT saja yang mengetahui.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment