Saturday, 27 May 2017

THE PROMISED LAND: KETAKUTAN UMNO SEMAKIN MEMUNCAK

Bismillahirrahmanirrahim.

KEPERCAYAAN RAKYAT SEMAKIN SURAM
KEBENCIAN SESAMA BANGSA DAN ISU
KAUM DIULANG ULANG
RAKYAT SEMAKIN SUSAH
PERANGAI PEMIMPIN KERAJAAN
SEMAKIN MEMUALKAN

Semakin hari semakin menyesak kehidupan dibawah kerajaan Najib.

Bukan saja rakyat yang tersalai ,perniagaan bumiputra juga sedang mengelupor bahkan industri kecil golongan Melayu dan bumiputera juga terjejas sama.

Semuanya kerana harga.

Kini pendapatan kelompok peniaga bawahan ini amat terkesan sekali. Samaada peniaga dipasar malam, dievent event mahupun peniaga dipusat perniagaan, semuanya mengeluh
Mengeluh kerana orang kurang membeli dan ini menjejaskan sesuatu rantaian perniagaam tersebut.

Walaupun kini semakin ramai rakyat mencuba untuk berniaga kerana kesesakan kewangan keluarga namun apa yang diusahakan pula tidak memberikan pulangan , semuanya kerana faktor ekonomi masyarakat , maka apa kesudahan???

Yang tahan tetap teruskan tetapi yang kurang modal..tutup kedaila jawapan.nya.


Belum pernah kita sebagai rakyat Malaysia melalui prasa ekonomi yang seburuk ini. Harga barangan semakin meningkat, nilai matawang semakin merudum dibebankan lagi dengan cukai GST. Amat membebankan.

Apa yang berlaku ini adalah permulaan dari apa yang dicipta Najib dan kebinetnya dan keadaan lebih buruk sedang menunggu kita  dihadapan .

Dan apa yang berlaku ini, merupakan satu permulaaam kehancuran untuk rakyat negara ini .  Bukan saja Melayu malahan bangsa lain juga terjejas sama.

Kerana sikap pemimpin pemimpin Melayu Islam  berdiam diri dan menghalalkan kemungkaran samaada terhadap negara mahupun terhadap rakyat mahupun sifat berdiam diri para para Raja Raja mahupun Sultan dalam isu kemaslahatan umat Islam dan kepentingan agama, maka, tiada apa lagi yang dapat menahan untuk runtuh.

Sifat pemimpin Kerajaan yang  suka mencurah minyak mahupun menakut nakutkan rakyat dengan isu perkauman,isu keagamaan mahupun isu siapa lebih rasis amat dikesali.

Percikan api isu perkauman ini oleh Pemimpin Kerajaan tidak akan reda sampai bila.bila malahan apa yang dicetus kan bakal meledakkan lagi kekacauan jiwa dalam masyarakat.

Kalau persengketaan antara kaum yang ingin dicetuskan demi mengenggam kuasa nescaya usaha pemimpin Kerajaan kearah itu sudah semakin berjaya dan dekat. Hanya menunggu waktu dan ketika saja untuk meledak.

Inilah kejayaaan Kepimpinan Kerajaan dibawah Najib dan Kabinetnya. Dan inilah wajah wajah kehancuran Malaysia yang dimulakan olih Kerajaan pimpinan UMNO.
Keriangan dan pemilikan harta negara secara menyeluruh disorongkan kepada China Komunis demi menyelamatkan maruah Najib dan UMNO.

Kebanjiran rakyat China Komunis semakin ketara . Hanya melalui visa pelawat warga China Komunis BOLIH bergerak sesuka hati dibumi ini.

Inilah kehebatan pemikiran Presiden UMNO yang bernama Najib Razak.

                 Cahaya Al Majid








No comments:

Post a Comment