Thursday, 1 June 2017

THE PROMISED LAND: ISLAM JUGA YANG DAPAT BUSUK NYA

Bismillahirrahmanirrahim.

SEMUANYA KERANA NAJIB
DAN KEPIMPINAN MELAYU UMNO
YANG MENGAKU UMAT MUHAMMAD.

Seluruh Melayu UMNO masih mengangkat Najib sebagai seorang pemimpin yang ulung dan yang berkarisma.

Sama ada ahli atau seluaruh Pemimpin UMNO telah kabur mata atau hatinya hanya masa sebagai penentu.

Berulang ulang kali dinyatakan dan diakui olih  seluruh bala tentera UMNO bahawa dana RM2.6 juta yang diterima Najib yang dikata di dermakan olih Raja Arab  dan difatwakan sebagai " derma' demi menghalalkan status " dana" tersebut namun kejahilan hati hati rakyat adalah kenapa ' dana " yang diterima dan dihebahkan keseluruh alam buana Bumi Melayu itu dipulangkan semula?

Kenapa dan mengapa? Ini yang musykil.

Kalaulah " derma" itu adalah benar dan sememangnya " hasil halal" kenapa Najib memulangkan nya dan kenapa tiada kenyataan  resmi dari Pejabat Najib mahupun dari Kerajaan Malaysia , dibuat bagi mengucapkan ucapan terima kasih diatas " derma" yang Najib  kata telah memulangkannya?

Kalau benarlah bahawa  dana itu tiada kaitan langsung dengan dana milik 1MDB kenapa tiada keberanian langsung dari pihak Kerajaan Najib untuk menyaman DOJ?

Apa yang dituduh itu amat serius iaitu "Pengubahan wang haram" dan dakwaan itu telah mencemarkan kedaulatan Negara ini, kenapa, institusi Kewangan luar negara tetap mendakwa bahawa sememang nya "dana itu" berpunca dari 1MDB dan bukan dari derma Raja Arab??

Kenapa Kerajaan Najib tidak berani mendedahkan transaksi sebenar bagi membersihkan tuduhan tersebut?

Kalau setakat menafi saja itu tidak memadai kerana nama negara dan maruah negara yang menjunjung Islam sebagai agama resmi dan Al Quran sebagai pegangan resmi umat Islam negara ini telah tercemar gara gara perilaku seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak.

Apa yang berlaku cemuhan terhadap penganut agama Islam serta kerendahan moral pengikut Islam djadikan modal untuk mencemuh tentang nilai suci umat Muhammad.

Samaada Najib mahupun ahli UMNO sedar akan hakikat ini, hanya, yang beriman dengan Al Quran saja yang dapat menilai dari apa yang cuba di sorokkan Najib dan Kerajaan pimpinan UMNO.

                  Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment