Thursday, 8 June 2017

THE PROMISED LAND : ADA JUGA YANG "MENCUBA" DIBULAN RAMADHAN

Bismillahirrahmanirrahim.

PERJALANAN AKU DAH BERMULA

Manusia tidak akan puas hati demi hasad dan dengki. Iaitu Sifat yang tidak pernah ada pada Syaitan yang direjam.

Kerja Syaitan adalah untuk menyesatkan anak Adam , itu adalah janji dia dihadapan Allah SWT.

Hasad dan dengki adalah  sifat yang sememangnya ada dalam diri manusia.

Tetapi sekiranya anak Adam itu beramal Soleh dan beriman pada Allah SWT dan benar benar tunduk pada ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw Maka perasaan hasad dan dengki pasti terhindar dari diri tubuh anak Adam.

Namun manusia sering dibisikkan olih Syaitan untuk melakukan kejahatan demi untuk meluaskan hati yang hitam. Maka apabila bisekkan itu didengari dan disuburi dengan nafsu hati yang hitam maka anak Adam akan termakan hasutan syaitan.

Hari ini DIBULAN yang mulia iaitu Ramadhan, anak dan isteri aku menumpang untuk mencari rezeki dibumi milik Allah SWT iaitu Brunei Darul Salam. Telah 3 kali anak dan isteri aku berulang alik mengikut event diBrunei.

Namun dalam perjalanan yang dihampar kan Allah SWT ini bermacam macam dugaan .ditempuhi. Tidak semua yang kita temui dan sangka itu baik belaka.

Dalam meranjaui bumi Allah SWT  ini berbagai ragam manusia kita temui ada yang baik ada yang iri hati. Itulah sifatnya manusia.

Hari ini saya terpaksa bergegas ke Brunei kerana sesuatu berlaku kepada anak perempuan aku. Yang terpaksa dihadapi adalah sifat manusia yang tersembunyi perasaan iri hatinya sehinggakan tergamak bersengkokol dengan syaitan dan kepandaian ilmu manusia yang berhati kotor.

Aku terpaksa menepis apa.yang ditujukan kepada Puteri aku dari Bumi Melayu . Walaupun sedikit sebanyak telah berjaya disettlekan namun untuk aku menghadirkan diri dibumi Brunei adalah terpaksa.

Bila kita telah  dijentik maka mendiamkan diri adalah bacul. Seperti juga sifatnya Baginda Rasullulah apabila diancam dan diusik barulah baginda membalas. Begitu juga sifatnya aku.

Apabila diancam dan diusik barulah kita bertindak. Kepada manusia yang tunduk hati dan nafsunya kepada syaitan, kini, aku datang.untuk mengharu birukan alam ghaib yang kamu dampingi dan yang kamu sanjung.

Bukan bersikap angkuh atau riak namun apabila " guru guru ghaib" atau ' master yang kamu dampingi 'menjanjikan kepuasan hati demi nafsu syaitan , InshaAllah, manusia yang kamu.cuba sakiti secara fizikal dan nyata , bukan tidak berbinti, kini aku datang sebagai CAHAYA AL MAJID yang bakal membakar dunia ghaib kamu dan InshaAllah selamanya akan kepanasan.

                CAHAYA AL MAJID





No comments:

Post a Comment