Thursday, 29 June 2017

THE PROMISED LAND: RENUNGAN SYAWAL :PERJALANAN BARU BUAT DIRI

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat Hari Raya. Ucapan kepada semua pelayar yang mengunjungi blog ini. Semoga kerahmatan Allah SWT jua dipohon agar keampunan dan rahmat Allah SWT dilimpahi keatas diri dan keluarga anda semua.

Maaf jua dipohon kerana kurang menulis dibulan yang penuh dengan kerahmatan untuk umat Islam ini.

Alhamdullilah dengan berlalunya bulan penyucian buat diri diri maka dengan adanya syawal ini maka diharapkan manusia atau umat Islam akan melalui prasa yang baru dalam perjalanan kehidupan.

Memohon kemaafan dan memaafkan adalah perkara yang wajib buat setiap diri.

Sempena jumaat pertama dalam bulan Syawal ini di harapkan semua umat Islam dapat melupakan segala kisah pahit manis yang dilakarkan olih Allah SWT terhadap diri masing masing.

Semoga memohon keampunan dengan merendahkan sayap dihadapan Ya Rabb akan melembutkan hati dan diri masing masing.


Semoga permulaan Syawal ini merupakan satu permulaan baru bagi diri diri yang mahu berubah'.

Semoga Allah merahmati anda sekalian.

Cahaya Al Majid.



No comments:

Post a Comment