Monday 17 July 2017

THE PROMISED LAND: DUA KETUA DITUNJUK PINTU KELUAR OLIH NAZRI AZIZ

Bismillahirrahmanirrahim.

Tak sabar sabar nampaknya  Nazri Aziz mahu tunjuk jalan "keluar" kepada KJ aka Ketua Pemuda UMNO dan juga Najib Razak aka Presiden UMNO .

UMNO dan gerombolannya belum pun berura ura mahu mengadakan Pemilihan Parti namun Nazri Aziz sudah tidak sabar mahu Ketua Pemuda UMNO KJ tidak mempertahankan jawatan. Kenapa eek?
Macam tak suka je KJ sebagai Ketua Pemuda.

Malahan secara terangan pula mengwar warkan bahawa beliau akan menyokong Jamal Ikan sebagai Ketua Pemuda Baru.
Macam tak sabar bunyi nya?????
Aiik....Macam ada apa.apa lak ni.
Heeeem.....Dah mula catur buah ke???

Dan terkini Nazri juga sudah tak sabar sabar lagi dan beriya iya mahukan DoJ menamakan siapa kah MO1. Sabar Nazri...

Cerita sebenarnya, DoJ belum pun menamakan siapakah MO1 tu, tetapi kenapa Nazri beriya iya sangat mengaitkan Najib, cakap tak dapat buktikan untuk mengaitkan Najib dan macam macam.

Betullah kata orang..Nazri ni memang perlahab aka gelojoh atau gatal mulut.

Jangan risau Nazri, masa dan waktu dari DoJ yang dinanti pasti tiba..Sikit je lagi.

Semua perilaku dan aktiviti Najib dan gerombolan penyamun sewaktu di luar negara pasti dia orang dedahkan..Jangan risau..

Kalau benda yang rahsia pun dia orang BOLIH dedahkan secara details inikan pula aktiviti fizikal.

Mereka boleh tipu rakyat tetapi Allah SWT hebat perancangaNya..Tiada.siapa bolih alihkan.

Ingat kembali kisah Firaun . Allah SWT Maha Berkuasa dan bila bila masa.bolih hancurkan Firaun tetapi kenapa Allah SWT pilih manusia bernama Musa A.S untuk menghancurkan Kerajaan Firaun?

Kisah epik Najib dan Gerombolannya juga pasti melalui frasa yang sama seperti Firaun.

Allah SWT pasti mengerakkan hati manusia bagi menghancurkan kebatilan yang diangkat dan yang dihalalkan ini.

Tunggu lah..Akan ada kuasa yang bakal menjadi "malaikat maut" buat Najib, UMNO dan BN.
Tunggu....

Kalau masih tak nampak dan masih riak dengan kuasa..Teruskan....Tak lama tu.

Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment