Bismillahirrahmanirrahim.
Sedih ,terharu,terkedu dan tak terungkap kata kata apabila keadaan ini berlaku terhadap umat yang mengaku umat Muhammad dan yang mengaku beragama Islam.
Samaada terhadap badan yang menguruskan dana dana zakat atau pun Majlis Agama Islamnya, semuanya bertanggung jawab apabila kes kes seperti ini berlaku terhadap kemaslahatan maayarakat terutama tentang kedaifan dan kemeskinan rakyat terutama yang beragama Islam.
Berjuta dana diperolehi melalui berbagai sumber samada Zakat mahupun sedekah dari umat Islam diseluruh negara.
Namun dana yang beratus juta diterima samaada melalui pemberian individu mahupun koperat nampak nya gagal diagihkan kepada kumpulan ataupun kepada keluarga yang sebenar benarnya layak dibantu.
Institusi Mesjid yang ditubuh dan mempunyai "kariah" sendiri juga buta'mata dalam mengenal pasti atau mencari masyarakat yang daif untuk dibantu.
Setiap Jumaat beribu ringgit dapat dikumpul melalui sedekah para jemaah. Namun rakyat.atau masyarakat yang terhimpit kesusahan gagal dibantu dan dicari.
Semalam seorang bapa sanggup membunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebabnya tidak sanggup menanggung perbelanjaan bagi menampung keluarga.
Allah SWT sudah berjanji.bahawa seseorang itu akan diuji dengan kemampuan seseorang .
Adakah tekanan yang dilalui arwah melebihi kemampuannya?
Adakah Allah SWT mengerakkan ," sibapa ini" untuk terjun dan bunuh diri untuk melepaskan diri dari tanggung jawap?
Begitu juga dengan kes terbaru semalam dimana sepasang suami isteri dibelasah masyarakat kerana dituduh mencuri tabung mesjid.
Adakah.dengan membelasah pasangan suami isteri tersebut dapat menegakkan kesucian agama Islam.
Kenapa dan mengapa pasangan ini mencuri tidak pula disiasat?
Najib yang terang terang mencuri duit rakyat tidak pulak mereka belasah? Kenapa?
Bukan duit kamu? Atau tak ada kena.mengena dengan kamu?
Disini lah manusia harus berfikir dan bermusabahan diri.
Kejadian yang diizinkan Allah.SWT ini adalah untuk contohan bagi manusia yang hidup. Hidup dalam kerangka yang digariskan Allah SWT . Tetapi sifatnya manusia itu buta. Buta mata dan buta hati. Tidak tahu menilai atau.sememang tidak berilmu atau.sifatnya macam kerbau. Ikut saja kemana tuan nya tarik tetapi apabila nak.kena sembelih.. Mengelupor.
Dikala ratusan juta berjaya diperolehi melalui rakyat dan dibelanja sesuka hati mengikut acuan mereka namun sifat mahu menolong atau membantu fakir miskin dan orang yang memerlukan dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga. Itulah.yang terjadi.kini.
Bila musim.nak raya , sibuk promosi sana sini , buat sedekah anak.yatim dan bermacam macam bala tetapi golongan yang sepatutnya dibantu dan dilepaskan dari kemiskinan tidak dicari.
Kes seperti ini bukan kes terpencil tetapi dah terlalu banyak terjadi dinegara ini. Dimana silapnya " pemegang amanah" ini?
Atau aturan Islam.hanya.sekadar pelengkap SOP saja ataupun penguasa mengharapkan pangkat dan darjat untuk melunaskan amanah??
Inilah agama nenek moyang yang tuan.tuan anuti tanpa Allah SWT bersemayam dihati.
Inilah.agama Islam.buta tuli yang tuan tuan anuti dan bukan Islam yang MUHAMMAD SAW ajarkan seperti yang Allah.SWT firmankan.
Semua tanggung dosa samada.Rajanya , Penguasa nya mahupun Alim ulamanya.
Tidakkah Allah SWT nyatakan siapakah.yang terdahulu yang akan disoal kalau.bukan golongan diatas.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment