Tuesday 26 September 2017

THE PROMISED LAND : ISU " DOBI"

Bismillahirrahmanirrahim.

ADA UMAT ISLAM SETUJU
ADA YANG TIDAK SETUJU

Satu pihak mempertahankan dan satu pihak lagi menentang, semuanya gara gara pemilik mahukan perniagaan kedai dobinya hanya menyasasarkan buat pengguna Islam saja.

Adakah itu menjadi satu kesalahan ?

Kita jangkakan isu ini tidak lah diangkat sebegitu rupa tetapi sebaliknya isu ini menjadi hangat dan tular.

Dari rakyat biasa, mufti mahupun ilmuan agama semuanya mahu memberi ulasan dan juga pandangan.

Tetapi perbezaan pandangan dan pendapat semakin menjadi jadi dan hangat dan terkini Sultan Johor juga melahirkan kegusaran tentang isu ini.

Melalui pandangan serta perspektif baginda sebagai ketua Agama dan Sultan dinegeri nya ,  baginda Sultan tidak bersetuju atau tidak rela dengan " terma" yang di perkenalkan olih pemilik kedai dobi ini kerana pada pandangan baginda terma yang dipaparkan sebagai tidak mencerminkan keterbukaan malahan ditakrif sebagai' extremis'

Amaran keras juga Baginda berikan sekiranya pemilik masih tidak berganjak dan ingkar atau masih mahu meneruskan niatnya, maka , lesen bolih dibatalkan dan kalau tak suka bolihlah berpindah keluar dari negeri Johor.

Sebenar isu ini tidak lah sebesar mana pun dan tiada keperluan pun untuk baginda bersuara tetapi apabila Mufti Mufti atau ilmuan agama mula memberi pandangan dan pendapat yang berbeza beza dan apabila isu ini menjadi tumpuan umum maka barulah Baginda terpanggil untuk mengulas sebagai Ketua Agama dinegeri nya.

Begini lah yang sepatutnya, apabila terdapat beberapa kekeliruan dikalangan masyarakat dan rakyat serta perbedaan pendapat sesama mereka maka eloklah Rajalah bersuara.

Tetapi apapun kata putusnya, semuanya mestilah berlandaskan pada Al Quran dan Sunnah Rasul dan keputusan itu bukan bertujuan untuk memuaskan hati kaum kaum tertentu.

Tetapi bagi saya tuntutan Agama adalah perkara paling utama yang sepatutnya dipertimbangkan.

Sememangnya agama menuntut kita untuk berbuat baik sesama mereka namun kebaikan dan keterbukaan itu janganlah sampai kita menggadaikan apa yang kita Imani sudahlah.

             Cahaya Al Majid












8 comments:

  1. Islam itu mudah. Apa yang haram dah jelas. Tidak perlu untuk mencari-cari. Rujuk Al Maidah:101

    ReplyDelete
  2. Salam bro..hairan juga bila sultan bersuara psl isu nii..judii dn arakk byk juga dijohor tapii semua senyap..biarlah tuan kedaii nk berniaga cari sesuap nasii tk perlu pun sesiapa kacau..isu dobi dikaitkn dgn taliban bagaii apakejadahnya.. Rumah dn tanah dijohor semua dijual pada singapura angkara siapa..faham2 sudah..

    ReplyDelete
  3. Ini isu apa?
    Ugama?
    Bangsa?

    Setiap premise mempunyai terma dan syarat mengikut keperluan dan kaedahnya.

    Tidak menyalahi undang²..
    Pemilik hanya fokus kepada toiyiban..
    Salah ke?

    Room for chinese only
    Homestay for malay only
    ...

    Seperti kata ted
    Judi?
    Arak?

    Itu mencerminkan ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila kd nk open komen nii..byk benda nk tulis nii..

      Delete
  4. Salam. Ini MASAALAHnya, apabila Ketua. Agama mahupun ilmuan agama termasuk Mufti tidak bersuara sewaktu isu Korban hangat di pertikaikan olih bukan Islam. Baru sikit isu " suci" halalan toyaibban mahu disuburkan dan diangkat , semua nak jadi champion.
    Nampak sangat tindakan berpilih pilih.
    Waima apapun, kalau.Sultan dan mula bersuara, harap harap banyak lagi kepincangan pemimpin Melayu dapat ditegur secara keras tanpa pilih bulu.

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya, tidak salah pemilik dobi mahukan pelanggannya, hanya ISLAM.
    Yang jadi isu ialah konsep KEBERSIHAN yang diviralkan - seolah-olah cuma Islam je bersih, agama lain kotor. Ini yang mencuit perasaan agama lain. Bagaimana kalau ada pula kedai dobi hanya UNTUK KRISTIAN SAHAJA atau DOBI BUDDHA SAHAJA - MENUJU NIRVANA!!!!
    HAHAHAHA.......semua ni karut.
    Masing-masing bnak tunujuk I am hollier than thou.
    Ini saja.

    ReplyDelete
  6. Hmmm pelik jugak niat tu dah ada tapi cara tu serba tak kena..
    Ini pendapat aku laa apa kata klu betul nak buka kedai dobi untuk Muslim buka laa di kawasan masjid or surau yang menpunyai ruang, jadi kan dah tercapai golongan sasaran iaitu perkhidmat dobi untuk muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.
      Kalau dibiarkan, nanti kat spital nak DARAH ISALAM je.
      Kat pasar, nak sayor ditanam oleh orang Islam je.
      Duit kena guna dua bekas, satu DUIT ISLAM dan satu lagi DUIT KAPIR.
      Kat restoran kena ada meja untuk ISlam dan meja untuk kapir.
      Baru betul!
      HAHAHAHA

      Delete