Wednesday 20 September 2017

THE PROMISED LAND: LAMA NA ..DAH BERSABAR!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

TAK LARAT DAH..
CUKUPLAH

Najib mengatakan ekonomi kita meningkat dan tidak tergolong dalam kategori sakit.Melalui data data yang diperolehi Najib dan yang telah dibentangkan olih para ekonomist nya,  semua data tersebut menjurus kepada peningkatan.

Tetapi masalahnya kenapa " ekonomi rakyat sakit"? dan tidak terkesan langsung dengan peningkatan yang dibentangkan?

Kenapa harga barangan harian semakin mahal dan tidak setimpal dengan apa yang dicanangkan Kerajaan?

Begitu juga dengan nilai mata wang negara, kenapa semakin rendah nilainya? Bukan ke nilai KDNK negara kita sudah melonjak dan begitu juga dengan Reserved juga sudah meningkat" ditambah pula dengan peningkatan eksport , katanya" tetapi kenapa nilai wang kita masih rendah berbanding negara tertangga?

Apa yang tak kena??

Dan terkini baru saja Najib luluskan bahawa negara akan membuat pelaburan melebihi USD 40 billion ke US untuk beli itu dan ini.
Tidakkah pengaliran wang keluar sebesar ini akan meningkatkan lagi tekanan terhadap mata wang negara?

Sanggup kah negara menghadapi tekanan sekirannya nilai matawang kita jatuh lagi keparas MRY5 berbanding USD1 dollar?

Berbalik kepada isu rakyat, sedarkah Najib bahawa rakyat dalam kesempitan hidup. Rakyat terpaksa bersengkang mata berkeringat dimatahari terik, semata mata untuk mencukupkan perbelanjaan keluarga yang tidak pernah cukup?

Tidakkah Najib sedar bahawa cukai yang "dipaksa "terhadap rakyat(GST) sesungguhnya membebankan kehidupan setiap jiwa dinegara ini?

Beginilah..Kalau.Najib tidak dapat meringankan " bebanan" yang diempuk dikepala rakyat" "InshaAllah" , saya doa kan bahawa dalam 40 hari ini, 'bebanan" yang rakyat junjung ini diangkat Allah SWT dan ditukar menjadi"bala" kepada Najib dan keluarganya pula.

Biarlah Najib dan keluarganya pula menanggung penderitaan yang maha menyiksakan ini dan baru dia tahu pengertian , apa itu kasih sayang dan kasih sesama umat.

Al Fatihah.

DIHARAP PARA PEMBACA DAPAT MELENGKAPKAN BACAAN AL FATIHA INI.

AMIN.

CAHAYA AL MAJID



2 comments:

  1. Salaam serta salam hormat buat anda,
    CAHAYA AL MAJID.

    1.Data2 dan angka yg diulang2 oleh pemimpin berkaitan ekonomi negara,adalah tersasar dan tidak benar sama sekali.
    2.Belum pernah berlaku jika keadaan ekonomi stabil dan baik rakyat akan mengeluh kerana kesukaran utk mengimbangi keperluan semasa.
    3.Sejak bila beliau berjaya memesatkan ekonomi dan rakyat merasa nikmat limpahanya seperti apa yg telah di buat oleh TDM dulu? Yg beliau berjaya ialah menyesatkan dan menyusahkan rakyat.
    4.Saban hari yg beliau pertahankan adalah kuasa sebagai benteng terakhir utk menyelamatkan beliau. Sampai terlupa utk menjana pendapatan negara.
    5.Yg sentiasa di persalahkan adalah TDM, bukan menilik dlm diri sendiri apakah kesalahan dan dosa2 yg telah beliau lakukan.
    6.Selagi beliau tidak bertaubat dan menginsafi diri,maka tunggulah azab Allah yg tak terperi....beliau cuba merancang,namun KEGAGALAN tetap jadi jawaban nya.

    SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI.
    DOA2 ORANG ORANG YG TERANIAYA SEDANG MENGHUKUM BELIAU SECARA LEMBUT DAN HALUS.....
    Terima kasih.
    Salaam.

    ReplyDelete