Friday, 22 September 2017

THE PROMISED LAND: " OTAK WANITA HANYA SUKU" KATA ULAMA SAUDI!!

Bismillahirrahmanirrahim.

KITAB MANA YANG ULAMA INI IMANI??

Inilah taraf pemikiran ulama yang berasal dari negara kelahiran Baginda Rasullulah s.a.w.

Sanggup dia memperlekehkan kaum wanita dengan mengatakan bahawa wanita hanya ada 1/4 otak berbanding lelaki.

Tidak terdapat sebarang  dalil  samaada dalam Al Quran mahupun sunnah Rasul yang menyebut tentang perkara ini.

Firman Allah SWT atau sunnah yang mana satu yang membenarkan penghinaan terhadap kaum.Hawa ini??

Nampaknya bukan ilmu Al Quran yang terpahat dan terucap dilidahnya tetapi kedustaan terhadap Allah SWT dilakukan secara terang  dan nyatakan.

Nescaya kalau benar benar  beliau seorang yang berilmu dan beriman dengan Al Quran, nescaya, ungkapan seperti itu tidak akan terpacul di mulutnya.

Lupa kah beliau bahawa Allah SWT telah mengangkat wanita sebagai perencanaan Nya dalam melaksanakan kehendaknya??

Lupakah beliau akan kisah Ibu Nabi Musa ? Lupa kah beliau tentang keperitan Mariam dalam 'mengendong bayi' yang tidak berbapa?

Lupa kah beliau akan kisah Siti Hajar yang terpaksa berlari lari anak mencari air sehinggakan sunnah itu menjadi satu rukun dalam Haji?

Adakah semua kejadian itu membezakan diantara lelaki dan wanita.

Kenapa pula ulama Arab Saudi yang cuba "membezakan"?

Allah SWT tidak pernah membezakan antara kejadian lelaki mahupun wanita.

Hanya mereka yang tidak berfikir dengan waras saja yang cuba membezakan dan tergolonglah mereka dalam kelompok kelompok manusia yang dungu dan yang hanya berimankan dengan nafsu syahwatnya saja.

Kelompok inilah yang  merosakkan serta merendahkan martabat agama Islam dipandangan mata penganut agama lain .

Kesucian Islam tercemar gara gara perlakuan mereka sendiri dan bukan dari tomahan penganut agama lain.

Allahhuakbbar.

Cahaya Al Majid









1 comment:

  1. Salam Tuan,

    Hahaha... aku rasa2 nak setuju jugak dgn pendapat ulamak tu. Otak wanita hanya suku. yang TIGA SUKU tu otak lelaki.

    Aku teringat dengan apa yg disampaikan oleh dua tiga orang ustaz semasa kuliah maghrib di tempat aku. Dema kata iblis dan syaitan bergayut di aset2 wanita (seperti buah dada, punggung dll.) Itu sebabnya lelaki asyik memandang ke daerah2 itu apabila melihat wanita. Maka atas sebab itulah ianya harus ditutup sesempurnanya.

    Tetapi belum pernah lagi aku dengar iblis dan syaitan juga bergayut di bulu mata lelaki. Sebab itulah mata lelaki menyasar rata, hingga ke celah paha amoi yg tak pandai berpurdah, ke kaca komputer dan henfon yg tak ber'sensored', malah kepada pasangan kucing dan ayam yg mengawan.

    Kesian bila kesalahan diletakkan kepada wanita (Islam). Cukuplah sekadar mengingati peraturan menutup aurat, bukan menuduh mereka sebagai punca segala maksiat yg lelaki lakukan.

    ReplyDelete