Bismillahirrahmanirrahim.
PUSAKA YANG BAKAL JADI PUAKA
Masyarakat Melayu dan kaum peribumi adalah kaum yang terawal mendiami bumi pusaka ini.
Berkurun lamanya alam melayu berpaksikan kepada pusaka. Dan pusaka ini juga terpakai olih Kesultanan Melayu .
Cuba kita imbas kembali dalam penggantian Sultan atau Raja Raja Melayu, semuanya terkait dengan pusaka
Sekiranya seseorang Raja yang dilantik yang bukan datangnya dari keturunan yang memegang pusaka, niscaya, berbagai bagai rintangan dan dugaan pasti berlaku.
Ambil contoh di Istana Lama Seri menanti, kenapa pengganti Allahyarham Tuanku Abdul Rahman terpaksa meninggalkan Istana Lama dan tidak melakukan adat istiadat pertabalannya diistananya tersebut.
Adakah pengganti nya dahulu tidak yakin dengan "takhta" yang dipegang itu tidak menepati syarat pusaka?
Banyak penceritaan dari mulut kemulut menngatakan bahawa " pusaka" tinggalan Yang Di Pertuan Besar dahulu amat " keras".
Begitu juga dengan Istana Bukit Chandan. Adakah kelompok yang bukan dari keturunan yang memegang pusakanya berani untuk melakukan istiadat pertabalan diatas singgahsana sekira yang menggantikan itu bukan dari yang berhak? Begitu lah senonim tentangnya kebenaran dari perihal pusaka ini.
Yang ingin diutarakan adalah mengenai keceluparan lidah dan kata kata Najib
Beliau mengungkapkan kata-kata bangang, bodoh, kepala bapak kau dan terkini melabel seseorang dengan ungkapan " dua ekor".
Adakah peradaban Bangsa Melayu yang kaya dengan kata tutur yang berbudi pekerti yang didakwa dilahirkan dari kalangan orang orang kaya Istana,menggunakan istilah ini?
Kelompok istana mahupun anak-anak Raja pun tidak akan sanggup mengungkap kata kata menghina terhadap sesiapa pun dikhalayak ramai kerana pusaka yang diwarisi tidak mengizinkan.
Kata kata yang dilafaz adalah kata kata kias dan berlapik.
Tetapi tradisi ini dipecahkan olih golongan yang mengaku diri dari orang orang kaya Istana.
Walaupun kita diera moden dan maju ini terdapat juga dari kalangan anak cucu cuba memperlekehkan hal hal' "pusaka" yang dikata kepercayaam kuno dan tidak masuk akal ini namun perlu kita ingat ' bahawa" setiap pertabalan samaada Raja , Sultan mahupun YDPA, " istiadat " pertabalan tetap mengikut ' cara lama. kenapa?
Adakah itu peraturan adat???
Berbalik pada cerita dan perilaku Najib Adakah "pusaka" tanah Melayu bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh Najib?
Bagi diri manusia yang berkeadaan zahir ini ada yang suka dan ada juga yang menentang Najib tetapi adakah " pusaka" Tanah Melayu ini juga bersetuju dengan Najib yang berjawatan Memanda Menteri?
Perlu diingat bahawa kita tidak hidup sendirian dibumi pusaka ini tetapi ' bangsa jin" juga ada bersama.
Cahaya Al Majid
Pengetahuan Ilmu tentang "Alam Melayu" dan Pusaka Tanah Melayu perlu dihayati.
SAKA-BAKA PUSAKA TALIAN NASAB SETIAP INSAN WAJIB DIJAGA,
ReplyDeleteNAMUN GAME OF THRONES BERLAKU DLM ALAM KERAJAAN BERAJA,
KARNA PEREBUTAN TAHTA KUASA PUSAKA ADAT DIKHIANATINYA,
GARA2 PEMBESAR2 NEGERI RASUAH BUTA MATA KURANG PERIKSA..
ADA ANAK GUNDEK DINOBAT MENJADI RAJA TERTIPU RAKYATNYA,
ADA ANAK ZINA NAIK TAHTA RAJA PETANDA CELAKA NEGERINYA,
SUMPAH DAULAT MARHUM BENCANA LAKNAT ALLAH BAKAL MENIMPA,
HANYA DAULAT SANG SAKA MERAH PUTEH SENTIASA TERPELIHARA..