Bismillahhirrahmannirrahim.
MAHLIGAI ANGANAN KU MUSNAH
SEMUA!!!
Semalam keluar cerita Khlaid Samad pergi melawat Mahathir.
Apa yang diceritakan ,Khalid Samad berasa kagum dengan pendirian Mahathir bahawa beliau (Mahathir) mahu menumbangkan Kerajaan Muhyiddin, kerana, merasakan bahawa dirinya mahupun parti Bersatu yang beliau tubuhkan telah dikianati olih Muhyiddin.
Apa yang Khalid Samad idamkan dari pertemuan itu, telah memberikan semangat kepada dirinya mahupun kepada partinya iatu Amanah atau PAN, yang dirasakan masih berpeluang untuk menjadi Kerajaan sekiranya Kerajaan Muhyiddin ditumbangkan olih Mahathir.
Apa kekuatan Mahathir sekarang Ni?
Walaupun Parti beliau Bersatu yang diketuai olih Muhyiddin kini adalah Kerajaan yang memerintah namun kekuatan yang dimiliki Muhyiddin' sebenarnya,datangnya dari UMNO dan PAS serta sokongan dari GPS Sarawak.
Ahli Parlimen serpihan PKR dan Ahli Parlimen Bersatu hanyalah satu pertiga dari kekuatan Kerajaan Muhyiddin kini.
Walauapapun kesepakatan ini yang ditelah dibuat telah memungkinkan Muhyiddin membentuk Kerajaan.
Apa Mahathir nak buat?
Mahathir kena sedar bahawa hanya terdapat beberapa kerat saja Ahli Parlimen Bersatu yang masih bersama beliau. Dan kemungkinan beberapa kerat lagi Ahli Parlimen dari Sabah yang akan bersama atau menyokong beliau. Itupun belum pasti.
Manakala DAP dan PKR yang sememangnya berkiblatkan kepada Anwar Ibrahim, untuk dilantik PM,adakah mereka sanggup menyerahkan jawatan PM tersebut kepada Mahathir lagi?
Atau sememangnya Anwar Ibrahim dah berubah hati?
Satu lagi permasaalah bagi Mahathir, Parti Bersatu yang mana nak diangkut untuk bersama Pakatan Harapan.
Adakah parti Bersatu yang mempunyai 4-5 kerat Ahli Parlimen yang menyokong beliau atau Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Muhyiddin.?
Diruang Mana Mahathir nak tubuhkan Kerajaan?
Undi tak percaya di Parlimen?
Kalau undi tak percaya, berjaya dilakukan,maka , Muhyiddin akan menyembahkan kepada YDP Agong bahawa beliau telah hilang kepercayaan dari majoriti' Ahli Parlimen, maka, Muhyiddin berautoriti untuk menasihatkan YDP Agong untuk membubarkan Parlimen.
Seperkara lagi, cukup ke jumlah Ahli Parlimen yang akan menyokong beliau untuk jadi PM?
Atau adakah Mahathir sanggup ambil temoat Anwar Ibrahim sebagai "PM Tepi" pulak?
Jadi, jalan mana yang Mahathir rasa yang dia bilih jadi PM secara automatik???
Apa yang saya lihat, hanya , "anganan Mahligai Mahathir dah punah" saja yang tinggal buat Mahathir.
Apa bakal terjadi???
Jadilah" kera tunggal ' dalam Bersatu sebagai Pengerusi.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment