Thursday 26 March 2020

THE PROMISED LAND : MANTAN MEN. KEWAYANGAN DAP HILANG TERUS!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau dahulu sewaktu PH berkuasa, Menteri yang jaga duit Malaysia.hari hari bolih dilihat muka dia kat mediasosial.
Tak pernah terlepas walaupun sehari,ada saja isu yang diangkat yang dia kata bahawa ekonomi dan kewangan negara stabil.

Yang tak leh tahan, setiap ungkapan dia, dia pasti menyalahkan Kerajaan lama iaitu BN atau UMNO yang dituduh telah melingkupkan ekonomi negara dan yang paling win semuanya salah Najib dan 1MDB yang menyebabkan hutang negara berada diparas RM1 Trillion.

Kini semenjak Kerajaan PH dikuburkan sendiri olih Mahathir, kelibat Lim.Guan Eng langsung hilang dari radar media sosial mahupun media utama.

Kenapa agaknya???

Adakah Lim Guan Eng tengah berkira kira atau berstrategi untuk menyelamatkan tengkoknya dari disiasat apabila huruhara Virus China ni reda?

Kemungkinan untuk Lim Guan Eng disiasat dan diheret ke Mahkamah kerana kegagalan mentadbir Kem Kewangan yang menyebabkan hutang negara melonjak dari RM686 billion diera BN dan naik kepada lebih RM850 billion, iaitu peningkatan melebihi RM150.billion dalam masa 21 bulan pasti menghantui dirinya kini.

Ditambah burukkan lagi dengan penjualan beberapa harta berharga negara yang dijual macam goreng pisang panas dimasa beliau menjadi Menteri Kewangan pasti memberikan impak yang mendalami dalam kehidupan seharian beliau.kini.

Orang Melayu kini dah mula mendesak agar Siasatan Di Raja ditubuhkan bagi mengetahui kenapa, mengapa dan kemana dana tersebut dibelanjakan.

Kalau dahulu dia dan gerombolan DAP sering mengatakan bahawa Najib akan berkesudahan di Sg Buluh, namun, kini, ruang dan peluang untuk Lim Guan Eng dan sekutunya didalam DAP pun "bersiap sedialah" untuk sama sama menukar alamat kediaman di Sg Buluh Inn, untuk berjiran dan bersama sama Najib .

Tetapi kalau Najib berjaya membuktikan sebaliknya, maka, tiadalah tertangga Lim Guan Eng di Sg Buluh Inn melainkan bertetanggalah bersama rakan sekutu yang telah bersengkokol dalam menJAHANAMkan ekonomi negara.

Kononnya DAP nak berstrategi untuk memecahkan orang Melayu, alih alih , orang yang mengaku diri nya Melayu pula menghancurkan hajat dan impian mereka.
Tak pasal pasal ..kini..jadi calon untuk ke Sg Buluh Inn.
Padan muka!!!!?

Cahaya Al Majid.

2 comments:

  1. Itu libiliti PN. No country in this world investigate past performance of past govt unless there is criminal element. Did PH investigate BN govt on menagenent of economy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita akan desak walauapapun alasan orang politik. To make sure the current govt will not make the same mistake. A lesson for them.NGO Akan membuat lapuran.

      Delete