Monday, 29 June 2020

THE PROMISED LAND: MUHYIDDIN !!!JANGAN SAMPAI TERSALAH LANGKAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

MUHYIDDIN JANGAN SALAH ATUR!!!
PRU 15 ."SUDAH TERBAYANG"

Dikala hati rakyat dibuai dengan bermacam macam "hadiah"atau"agihan" dari kerajaan Muhyiddin diwaktu seluruh rakyat terbelenggu kehidupan mereka kerana Covid 19, bermacam macam silangan atau gerakkan politik olih Muhyiddin dilakukan secara tuntas.

Kelompok yang paling terkesan dan yang paling "lunyai" dikerjakan Muhyiddin adalah kelompok Mahathir plus 5 dan Pakatan Harapan yang diketuai olih Anwar.

Walauapapun Mahathir tetap mengakui bahawa dia adalah'pengerak atau permain" utama bagi kelompok PH dan bukan Anwar.

Apa yang terjadi kini, kem Pakatan Harapan sedang "terpecah dua" gara gara pemimpin utama PH samaada dari Amanah mahupun DAP, masih mengharapkan sentuhan atau 'keajaipan" Mahathir dan bukan lagi dari Anwar untuk membentuk Kerajaan baru mereka.

Dikala Mahathir  dan 5 orang pentaksubnya telah terjun dari bahtera Bersatu kerana tidak sehaluan dengan nahkoda Muhyiddin,maka, kini, Mahathir mencuba pula membina sebuah bahtera lagi untuk meyaingi Muhyiddin.

Berpaksikan kepada kekuatan PKR  DAP serta PAN, kini Mahathir plus 5 membawa masuk Warisan atau Shafei kedalam Bahtera tersebut.

Dengan menjanjikan bahawa beliau ingin menjadi PM untuk tempoh 6.bulan saja sebelum menyerahkan kepada Anwar,namun, tawaran itu ditolak olih Anwar.
Walaupun tawar menawar sedang berlaku namun tawaran Mahathir untuk menamakan Shafei sebagai PM dikala Anwar menolak cadangan Mahathir, apa yang dilihat adalah kelibat Mukhriz atau anaknya sedang diatur Mahathir sebagai DPM.

Walauapapun.. itu lah ajenda Mahathir.

Disebelah sini pula Muhyiddin sedang giat mengatur langkah untuk kekal berkuasa.

Apa yang dapat dilihat kini UMNO dan PAS sedang seiringan dengan Muhyiddin dalam mengekalkan kuasa Perikatan Nasional.

Tetapi dalam perancangan yang dilihat Muhyiddin, bahawa beliau bakal meraih keuntungan politik.untuk menuju keprasa kuasa dalam PRU15, harap Muhyiddin tidak terlalu seronok dan alpa.

Muhyiddin harus ingat, orang yang Mahathir pilih Dan "tanam" dalam Kerajaan PH dahulu masih berkuasa dan berkeliaran .
Dalam Kerajaan PN kinipun musuh Muhyiddin tetap ada, bukan saja dalam PH malahan dalam UMNO juga ada yang mejadi talibarut.

Diharap Muhyiddin dapat menilai dan jangan sampai perancangan beliau memakan diri dan akhirnya PRU 15 terpaksa diadakan.
Kecondrongan kearah PRU 15 tahun depan amat kuat.
Jangan sampai silap langkah sudahlah!!!

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment