Wednesday, 19 August 2020

THE PROMISED LAND: SIAPA TERJERAT DAN SIAPA MENJERAT.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Post terakhir adalah sebulan dulu. Memandangkan banyak perkara perkara luar jangka telah berlaku diantaranya terkeluarnya Mahathir berserta kaum kroninya dari Bersatu atau PPBM dan menubuhkan Pejuang yang kalau.mengikut Mahathir adalah untuk orang Melayu dan Islam namun sekilas Ikan diair dah tahu mana jantan mana betina.

Maksudnya tersirat Mahathir ,beliau mahu meletakkan anaknya Boboi setara dengan kedudukan Anwar , Muhyiddin,  Zahid Hamidi mahupun Hadi Awang, iaitu President.untuk sebuah Parti.

Memandangkan hasratnya dilihat tersasar dalam Bersatu, "berseteru" sesama mereka,dan melihatkan Boboi telah terkeluar dari senarai pilihan,maka,jalan baru harus dilakukan.

Namun apa yang dipaparkan adalah "wayang" untuk melunakkan hati"mangsa" saja terutama Mufakat Nasional. Dan lebih mengiurkan adalah mainan ini adalah untuk menjebakkan DAP , PKR Dan PAN agar tidak terasa hati.

Yang berjaya Mahathir pecahkan adalah PKR namun dalam diam diam DAP tercungap  cungap kerana Lim Guan Eng telah diheret kemahkamah
Begitu juga dengan Anwar, kes "Liwat 3" pun dalam perjalanan.

Apa yang dapat dilihat, Muhyiddin kini dalam permainan yang diatur Mahathir.
Walaupun dilihat seolah olah Mahathir dan Muhyiddin sedang berseteru namun pada hakikatnya "memecahkan ikatan mufakat Nasional" adalah ajenda mereka.

Kini PAS telah pun menjadi komponen kepada Perikatan Nasional manakala UMNO dan BN belum lagi terangsang.
Apa yang berlaku disebelah UMNO dan BN adalah , Zahid Hamidi tengah berkira kira akan keuntungan politik beliau, kerana beliau Dan beberapa pemimpin tertinggi UMNO sedang berhadapan dengan kes rasuah diMahkamah.

Najib telah didapati bersalah diMahkamah kerana diadilie olih seorang Hakim saja tetapi dalam Mahkamah Rayuan akan ada lebih dari seorang akan membuat keputusan,dan pada pandangan saya, Najib akan terlepas dari tuduhan.

Walauapapun perancangan untuk 'hijack" atau 'meruntuhkan" Mufakat Nasional, kini,.bau bauan "taik anjing" telah dihidu olih pemimpin UMNO yang benar benar berjuang untuk Bangsa dan Agama .

Dan dalam jangka waktu yang singkat ini, mungkin 3 bulan lagi, Kerajaan Muhyiddin bakal merudum dan PRU 15 terpaksa diadakan.

Mangsa jerat dan pelaku penjerat bakal MENJERAT 'leher sendiri".
Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment