Thursday, 20 August 2020

PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT.: SEMOGA SEMUA BOLIH BERHIJRAH LEPAS NI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Syukur kehadrat Illahi yang masih mengasihi diri kita dan sesungguhnya kehidupan ini semuanya bergantung kepada ehsan dan rahmat Allah SWT jua.

Samaada anda mengenali atau sebaliknya,semuanya, dilimpahi kerahmatan tanpa sempadan.

Samaada yang mengambil Allah SWT sebagai Tuhan nya mahupun mereka yang menafikan keesaan Nya, semuanya diberikan ganjaran seadil adilnya.

Kehidupan ini adalah ketentuan.

Berbekalkan hati dan akal tanpa bergantung kepada Allah SWT, jalan kehidupan akan terlalu sukar dan berliku.

Semua manusia mendambarkan syurga.

Baik lelaki mahupun wanita,muda atau tua yang kaya mahupun yang miskin.
Tetapi yang menjadi penghalang terbesar manusia adalah mereka selalu lupa akan keberadaan dimana "pintu syurga" tersebut.
Maka tertunggu tungulah semua manusia dihadapan "pintu" tersebut.

Satu lagi pintu yang dicari dan kejar kejar manusia adalah rezeki.

Dimana "pintu rezeki" tersebut dan bagaimana nak mengetuk agar pintu tersebut terbuka bagi memudahkan manusia untuk memunggah isi harta yang telah disiapkan Allah SWT didalamnya.

Jawapannya!!
Semua pintu pintu tersebut berada dihadapan kita. Samaada kita tahu atau tidak, semuanya bergantung kepada ilmu yang kita miliki.

Ada yang mengajar untuk membaca berbagai bagai ayat Al Qur'an dan ada yang menghafalkannya.
Namun ada yang berjaya tetapi  ramai juga yang kecundang dan ada juga yang berputus asa.

Ada yang mentaksir bahawa mungkin bacaannya tidak betul atau sebutan tidak tepat, namun, semua itu adalah alasan yang amat dangkal.

Allah SWT tahu apa yang terdetik dan apa kemahuan hati kamu dan Allah SWT juga mahu memenuhi kemahuan kamu tetapi disebabkan kamu tidak mematuhi peraturannya maka Allah SWT 'lat" kan atau "tangguh' dahulu rezeki tersebut.

Bagaimana pula kita ingin "melepaskan" sanction Allah SWT tersebut?

Jawapan kepada persoalan persoalan diatas hanya akan dijawap Allah SWT bilamana kamu memenuhi tuntutan Allah SWT iaitu bila kamu MEMERTABATKAN darjat kedua Ibu dan bapa kamu.

Untuk kesyurga tanpa batas ,ticket tuan dan puan terletak pada Ibu Dan untuk rezeki pula ianya terletak diatas bapa tuan puan.

Inshaallah, sekiranya kedua dua ini beriringan..tiada penghalang antara diri kita dengan kerahmatan Allah SWT.


Inshaallah..dihati hari yang mendatang inshaallah, dengan izin Allah saya akan cuba untuk membimbing tuan puan yang terhalang "kebahagiaan'nya dan terhalang " rezeki"nya, yang sepatutnya telah dinikmati.

Cahaya Al Majid.













No comments:

Post a Comment