Sunday, 23 August 2020

THE PROMISED LAND : BERSATU DAH JADI PARTI 'ANGKUT ANGKUT"

Bismillahhirrahmannirrahim.

Telah saya ingatkan.
Muhyiddin jangan salah langkah.

Langkah yang dibuat Muhyiddin keatas Sabah telah memakan diri.

Kini Sabah terpaksa melalui PRN, bila DUN  dibubarkan olih TYT atas nasihat Shafei Afdal.
Walaupun semua tahu bahawa tertubuhnya Kerajaan pimpinan Shafei adalah kerana melompat nya beberapa orang Ahli DUN UMNO atau BN berpaling tadah dan menyokong kekem Warisan atau Shafei Afdal.

Kini Muhyiddin secara mutlaknya telah menguasai PPBM atau Bersatu. Tetapi pada peringkat akar umbi, ramai dikalangan mereka telah keluar dari parti Bersatu atas alasan kepimpinan tertinggi parti khianat kepada Mahathir atau perjuangan mereka mahupun mengkhianati mandat ahli akar umbi.

Dapat dilihat kini, bukan saja diJohor iaitu kawasan Presiden PPBM yang memprotes Muhyiddin malahan pembiakan virus "keluar parti" seakan covid dan kini "virus virus keluar parti" tersebut telah mula menyalar ke seluruh pelusuk negara.

Bolih ke Muhyiddin dan Bersatu bertahan???

Kini tulang belulang parti Muhyiddin dah mula goyah dan mula patah dan Muhyiddin telah menggapai dahan Mufakat Nasional untuk dijadikan pelampung kekuatan.buat seketika.

Bersandarkan kepada "angkut angkut" yang menyeberang parti, samaada yang dari UMNO dan BN yang telah menyertai Bersatu serta 'Geng Geng Azmin dari PKR,mereka semua sudah menyertai Bersatu,maka kini Muhyiddin merasakan dirinya telah mendapat kekuatan baru, seolah virus covid yang menyerang struktur partinya telah dapat dipulihkan.

Itulah sangkaan Muhyiddin.

Hari ini Muhyiddin dengan olahan dari Azmin telah membuka ruang keahlian Bersatu kepada kaum lain.

Dengan harapan semua"pencinta PKR" dari kaum bukan Melayu akan berpusu pusu menyertai Bersatu untuk mengikut Geng Azmin.
Peergh...hebat buah fikiran Azmin.

Nampaknya impian Azmin untuk menjadikan Bersatu sebagai 'klon PKR' bagi memayungi kaum bukan Melayu yang sealiran dengan kehendak Azmin ,rupa rupanya 'dicop mohor'kan olih Muhyiddin.

Dan kini Bersatu parti Muhyiddin bukan lagi Parti Melayu Bumiputra 100 peratus.


Sebenar Parti Bersatu kini telah dikenali sebagai Parti Angkut angkut.

Angkut sana angkut sini.
Bukan saja MP UMNO dan MP PKR telah diangkut, tidak mustahil lepas ini,sesumpah politik dari ahli DAP dan Amanah pun bakal menyusup masuk.

Kini kekuatan yang dimiliki Muhyiddin adalah terdiri dari mereka yang "khianat" terhadap parti mereka terdahulu.iaitu, terdiri dari katak UMNO dan katak  dari PKR' serta berapa ekor katak cari makan.

Sejauh mana nyawa parti Bersatu akan kekal walaupun telah mengesahkan keujudan Perikatan Nasional yang dibarisi olih Bersatu, PAS dan beberapa rakan kongsi lain seperti MIC, namun,semua impian melangit ini bakal terlerai sedikit masa lagi.

Disebelah Mufakat Nasional yang dibarisi olih UMNO, PAS dan ahli gabungan BN, kelemahan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN amat ketara.
Zahid semangnya tak bolih berfikir lagi secara waras.
Beliau bukan seorang stratejis atau pencatur. Terlalu banyak kelemahan dan kekurangan pada diri Zahid Hamidi. Cuma dia bernasib baik kerana berada disayap kanan Najib.
Karisma ,keterampilan, personality dan aura langsung tidak ada.

Dia sememangnya tidak mampu untuk"membaca taici' Muhyiddin.

Inshaallah, malapetaka "besar" politik bakal menyusul .

Walauapapun seperti yang saya katakan, inshaallah, Parlimen akan dibubarkan dalam masa 90 hari.

Cahaya Al Majid.








No comments:

Post a Comment