Bismillahhirrahmannirrahim.
Samaada keputusan diSabah ini adalah bala atau petaka terpulanglah pada takrifkan masing masing.
Selepas 24 jam, tiada satu Parti pun yang bolih mendabik dada mendakwa bahawa mereka mempunyai kerusi majoriti diDUN Sabah.
Hanya yang bolih diraikan olih Wakil Rakyat hanyalah kemenangan diatas nama Gabungan iaitu GRS, diatas kemenangan 38 kerusi DUN manakala Warisan Plus berjaya mendapat 32 kerusi DUN dan selebihnya dimenangi olih 3 calon Bebas.
Selepas 24jam, walaupun GRS memiliki 38 kerusi simple majoriti untuk membolihkan kelompok ini membentuk Kerajaan,namun, pertikian mengenai siapa yang lebih layak menerajui Kerajaan serta diangkat sebagai Ketua Menteri,jugs berantakan.
Dua kelompok terbesar dalam GRS iaitu Perikatan Nasional dan BN atau Bersatu dan UMNO ,kerusi terbanyak yang dimenangi adalah dipihak UMNO.
Namun dari kemenangan ini , calon dari Bersatu telah diangkat menjadi Ketua Menteri walaupun kenyataan Zahid Hamidi atau Presiden UMNO berkeras untuk Bung Mokhtar dilantik menjadi Ketua Menteri.
Muhyiddin bertegas mahukan Hajiji dari Bersatu.diangkat sebagai Ketua Menteri.
Kini jawatan Ketua Menteri terlepas dari pelukan UMNO kerana kebebalan Presiden UMNOnya sendiri.
Kemungkinan kerana kurang cerdik berstrategi atau semangnya Zahid Hamidi adalah seorang yang dungu, sewajib sekarang beliau perlu melepaskan jawatan Presiden UMNO.
Dari awal lagi telah saya katakan bahawa Zahid bukankah seorang yang berwibawa untuk diangkat sebagai Presiden.
Hanya kerana pada waktu it Najib adalah PM dah setelah Muhyiddin ditendang dari UMNO , maka, Najib telah melantik beliau sebagai TPM yang berkedudukan Timbalan Presiden UMNO ketika it.
Diwaktu Zahid bercuti kerana "kecacatan" diri kerana kes Mahkamah,UMNO diurus dan ditakbir olih Mat Hassan. Mat Hassan telah berjaya membalikkan keyakinan hati orang Melayu kepada UMNO . Usaha Mat Hassan untuk menyambung silatulrahim antara UMNO dan PAS berjaya direalisasikan dengan jayanya.
Beberapa pilihan Raya kecil dibawah teraju Mat Hassan dengan kerjasama PAS telah berjaya menawan balik kerusi Parlimen dan DUN yang terlepas ketangan lawan.
Terapi apabila UMNO dan semakin mantap dan diterima masyarakat Melayu UMNO, Zahid dengan "muka Tak tahu Malu" memgumumkan untuk kembali menerajui UMNO semula.
Disinilah bermulanya era UMNO hilang fokus dan cengkaman.
Kerajaan PH tumbang namun UMNO atau BN yang mempunyai banyak kerusi Parlimen pun tidak berjaya digunakan untuk memperkasakan parti sendiri.
Disini terpapar kelemahan Zahid Hamidi dalam mentabir dan berstrategi untuk kelangsungan UMNO.
Cukup cukuplah memberikan kuasa kepada Zahid dalam mencorakkan hala tuju UMNO.
Sekiranya UMNO masih menganggap bahawa kata kata Presiden sebagai kata putus, bukan saja UMNO akan putus malahan kerusi UMNO dan BN pun AKAN putus sekali.
Pilihan terkini ,samaada putuskan tali ikatan Zahid sebagai Presiden UMNO atau Melayu UMNO akan diputuskan tali nya olih pengundi Melayu.
Sepatutnya orang yang dibaluti dirinya kerana ada kes Mahkamah sepatutnya dihalang dari memegang sebarang jawatan dalam Parti, kerana, kes mereka akan memudharat perjalanan Parti.
Intergriti, maruah dan caci maki dan menghina pasti terbeban keatas imej Parti.
Walauapapun ini adalah malapetaka politik yang bakal membelangu perjalanan politik negara dan mereka mereka inilah yang bakal merosakkan Bangsa dan negara.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment