Bismillahhirrahmannirrahim.
Alhamdullilah syukur kehadrat Illahi yang masih memberikan pedoman Nya kepada hamba hamba Nya yang ikhlas berjuang kerana Islam.
Kealpaan diri terhadap tuntutan Allah SWT akan menjuruskan diri kita untuk selalu melakukan kesalahan samada tanpa sedar mahupun sebaliknya.
Alhamdullilah.. Keruntuhan Kerajaan BN diera Najib telah saya katakan, kejatuhan Kerajaan pimpinan Mahathir dalam masa 3 tahun pun telah saya ungkapkan dan terkini Keruntuhan Kerajaan Muhyiddin pun telah saya nyatakan dan retakkan terhadap tembok PN pimpinan Muhyiddin pun sudah menampakkan tanda tandanya.
Bukan kita mendoakan tetapi itulah "seruan" yang diperdengarkan.
Prasa keruntuhan pimpinan BN dan UMNO diera Najib tidak dapat dielakkan. Fakta nyata.dan faktor permainan fitnah adalah kunci kepada keruntuhan Kerajaan BN.
Namun UMNO dan kepimpinan yang diwariskan olih Najib sebenarnya tidak bersandarkan kepada realiti semasa. Itu sebab bila Zahid dipilih dalam pemilihan PAU sebagai Presiden, realitinya,hanya mereka yang berkepentingan dan buta hati saja yang memilihnya.
Kalau benar Zahid seorang Pejuang kenapa dia perlu bercuti dari menerajui UMNO dan menyerahkan kepada Timbalan Presiden iaitu Mat Hassan?
Pada ketika itu Zahid sudah "hilang muka" kerana bebaris kepimpinan UMNO dituduh diMahkamah atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa, dan bermacam macam lagi.
Tetapi keyakinan orang Melayu mula berputik bilamana Mat Hassan memangku jawatan Presiden. Beliau telah melakukan yang terbaik bagi memulihkan imej UMNO.
Ketika itu orang Melayu sudah dapat menjurangkan pandangan diantara kesalahan diri pemimpin dan keberadaan UMNO.
Orang Melayu sudah dapat menerima hakikat bahawa pemimpin yang didakwa perlu membersihkan diri dari segala tuduhan.
Pemisahan diantara sokongan terhadap individu dan sokongan terhadap Parti dapat dibentuk atau direalisasikan olih Mat Hassan.
Dikala ramai pendukong UMNO telah mula merapatkan diri dan parti yang ketika itu sudah mula terbenteng dari cemuahan masyarakat ,dan lawan mula gusar dengan gelombang kebangkitan UMNO dibawah Mat Hassan, tetiba, malapetaka hadir depan mata.
Zahid kembali untuk menerajui UMNO.
Peergh...rosak susu sebelanga!!!
Umno hanya ada dua pilihan masakini, kalau Zahid masih kekal menerajui UMNO dalam PRU 15, maka, bersedialah untuk menerima kekalahan yang lebih teruk dari PRU 14, tetapi sekiranya Zahid tidak mengetuai UMNO sebagai Presiden UMNO, inshaallah, kemenangan bergaya , inshaallah, dalam gengaman.
Bukan benci kepada Zahid tetapi "galur"Zahid tidak terdapat dalam susunan.
Cahaya Al Majid.
No comments:
Post a Comment