Friday, 16 October 2020

THE PROMISED LAND: KERUNTUHAN KERAJAAN MUHYIDDIN SEMAKIN JELAS.

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Bak kata pepatah Melayu, retak menanti belah.

Satu persatu Ahli Parlimen Pembangkang telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Muhyiddin atau PN samaada melalui surat mahupun laporan,telah dibuat dan scanerio ini bakal berantaian dikalangan Pembangkang.

Apa yang ditulis blog ini dibeberapa post terdahulu telah menampakkan kebenaran.

Namun begitu kegusaran Muhyiddin belum lagi diskala parah tetapi disebelah kelompok yang menyokong Muhyiddin atau PN, iaitu telah UMNO telah mula "berbuak buak" atau mengeleggak kepanasan.

Tengku Razaligh yang  berada dikem UMNO telah memulakan gerakannya dengan menghantar surat menyatakan "hilang kepercayaan" yang menyakini bahawa Muhyiddin telah'hilang majoriti' di Parlimen.

Apa yang ditunggu kini adalah pengumuman beberapa kerat Ahli Parlimen UMNO yang 'hilang kepercayaan' terhadap keputusan Zahid berhubung keputusan 'pertimbangan' dalam menyokong' Kerajaan Muhyiddin.

Apa yang kita tunggu adalah keputusan dari drama "sorong papan tarik papan' diantara Kem Muhyiddin dan kem UMNO yang diketuai olih Zahid.

Isu pemimpin UMNO yang didakwa diMahkamah adalah kunci kepada segala keputusan.

Sekira Zahid sebagai Presiden UMNO berjaya dalam 'deal" tersebut tetapi pada masa yang sama gagal dalam memenuhi kehendak atau kemahuan akar umbi, maka, tindakan 'hilang sokongan' terhadap presiden UMNO pasti berlaku dan sekali gus hilang sokongan terhadap PN dan Muhyiddin bakal diumumkan olih mereka mereka ini.

Walaupun YDP Agong telah bertitah agar Ahli Parlimen mengurangkan "gerakan politik" demi keselamatan rakyat kerana Covid , namun malapetaka besar bakal menyusul dalam persidangan belanjawan negara pada November.

Niat YDPA amat murni dan baik demi keselamatan rakyat tetapi untuk kestabilan ekonomi dan masa depan ekononi negara,ini amat lah tidak baik.

Kerana Kerajaan yang memerintah kini sangat lah rapuh dari segi sokongan dimana majoriti sangat nipis begitu juga sekiranya Kerajaan bertukar tangan yang dibentuk melalui sokongan Ahli Ahli Parlimen, maka, perkara yang serupa pasti berlaku.

Untuk itu ketidaktentuan kuasa politik kini telah menjejaskan semua sektor pelaburan dalam negara dan pelabur luar. 

Menyerahkan kuasa semula kepada rakyat adalah satu satunya jalan yang bolih menyelamatkan Masa depan negara dan ekonomi.

Untuk it satu SOP.baru atau new norm election procedures perlu digariskan demi mengadakan pilihan Raya umum demi menyelamatkan krisis kepimpinan. 

Inilah satu satunya cara yang dapat menyelamatkan ekonomi dan masa depan rakyat dan negara.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment