Sunday 18 October 2020

THE PROMISED LAND: MUHYIDDIN ADA DUA OPTION SAJA??

 Bismillahhirrahmannirrahim.

Rata rata rakyat sudah mengetahui bahawa kedudukan Muhyiddin sememangnya berada dihujung tanduk.

Walaupun berderet surat Ahli Parlimen menyokong undi tidak percaya akan dibentangkan di Parlimen dan kemungkinan untuk dibentang dan dilakukan pengundian "hilang kepercayaan' terhadap Perdana Menteri adalah tinggi walaupun Art Harun berkata sebaliknya namun bertindak awal adalah jalan terbaik buat Muhyiddin.

Kini Muhyiddin hanya mengharapkan'tongkat sakit UMNO' untuk menyelamatkan kedudukanya dan kemaslahatan negara dan rakyat.

Pengorbanan perlu dilakukan, waima, ini bukan kemahuan hati nya mahupun kehendak Ahli Parlimen yang menyokongnya, tetapi ini perlu dilakukan demi menstabilkan kedudukan dan jawatanya.

Memilih atau melantik Zahid Hamidi untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan PM adalah malapetaka.buat PN mahupun masa depan politik Muhyiddin. 

Walaupun sudah ada suara suara sumbang telah mengangkat nama Zahid untuk digandingkan sebagai TPM tetapi tak perlu ambil pot sebab itu sememangnya strategi untuk "merosakkan".

Tetapi dengan mengangkat Mat Hassan sebagai Senator dan dilantik sebagai Timbalan PM adalah jalan terbaik. 

Segala ketegangan yang berlaku antara UMNO dan PN mahupun dipihak pembangkang bakal meredakan suhu perebutan jawatan.

Inshaallah, keredaan perbalahan pasti berlaku dan pasti Mufakat Nasional juga  berlapang dada dengan keputusan ini.

Tetapi pada masa yang sama kedudukan Rina sebagai Menteri Penuh dari Bersatu perlu dikorbankan dan serahkan kepada Ahli Parlimen UMNO, tanda keikhlasan.

Muhyiddin jangan risau akan hilang sokongan dari Ahli Parlimen Bersatu kerana mengorbankan jawatan Rina Harun itu Alan mengurangkan beban politik,. dan itu adalah jalan terbaik.

Tiada apa yang yang perlu dirisaukan olih Muhyiddin kerana kekukuhan sokongan dari UMNO dan PAS bolih mengimbangkan segala kekusutan yang berlaku samaada dipihak UMNO mahupun PN.

Dan inshaallah, Kerajaan Muhyiddin bolih bertahan sehingga penghujung penggal.

Tetapi sekiranya Muhyiddin tersalah langkah dalam membuat keputusan dikala UMNO Alan menyatakan "hasrat" nya esok melalui keputusan mesyuaratnya , terlebih baik Muhyiddin bertindak seperti yang disarankan.

24 Oktober adalah "Hari penentu" bagi segala kekusutan ini. Samaada On atau Tak on saja.

Pisau sudah ditangan dan mentimun pun sudah dipegang pegang.

Cahaya Al Majid.


No comments:

Post a Comment