Sunday 7 March 2021

THE PROMISED LAND: ZAHID DAN NAJIB AKAN KEDALAM??? TETAPI...

Bismillahhirrahmannirrahim.

"APA YANG AKU LIHAT"

Bertunjangkan kepada kehendak Mahathir dan dirantaikan pula olih Muhyiddin yang sama sama berDNAkan Bersatu atau PPBM maka, melumpuhkan atau meroboh dinding rumah UMNO sedang gahat dilakukan.

Bukan saja dari luar rumah UMNO malahan didalam rumah UMNO sendiripun terdapat anai anai  yang sedang memakan kayu kayunya. 

Tetapi yang anehnya, kayu kayu yang sedang dimakan anai anai itu merupakan kayu kayu yang sudah reput yang sememangnya pun perlu diganti dengan kayu kayu baru agar nampak baru dan elok pada pandangan.

Kayu reput atau yang sedang dimakan anai anai itupun tak perlu dibelek.belek lagi kerana telah ternampak dengan pandangan mata kasar. Dan kayu tersebut hanya tunggu masa untuk dicabut saja. Itulah yang berlaku kini.

Aku bukanlah penyokong mahupun pendaba politik tetapi aku melihat sebagai orang biasa.

Walaupun Muhyiddin dan Geng PNnya berhabis duit dalam berstategi untuk membeli Ahli Parlimen namun tindakan yang dilakukan tidak akan kemana malahan sebenarnya tindakan mereka itu memudharatkan gerombolan mereka sendiri.

Keinginan Muhyiddin dan PN adalah untuk melengkapkan pusingan penuh 5 tahun PRU 14 dan tidak menginginkan PRU 15 diadakan sebelum habis tempoh,namun, inshallah, niat itu bakal terbantut bila Parlimen bersidang.

Walaupun niat Muhyiddin dan Mahathir akan kesampaian kerana berjaya "memenjarakan'  2 orang Bekas Presiden UMNO, namun, hajat untuk memiliki parti UMNO keseluruhan pun tidak akan berjaya.

Walaupun PPBM menggunakan kuda Trojanya didalam UMNO untuk melumpuhkan pemimpin UMNO namun pemimpin UMNO Bahagian dan akar umbi UMNO bakal menjadi.panglima perang yang kental

Tentera UMNO ini bakal dipimpin olih Pemimpin yang kuat imannya, kuat pegangan agamanya dan bersemangat jiwa Melayunya.

PN mahupun PH bakal terobek kerusi yang pernah dimilikinya. Namun DAP juga bakal terlepas beberapa kerusi dan tidak.mungkin mempunyai kerusi sebanyak yang dimiliki sewaktu PRU 14.

Nama.nama besar didalam PN ,PH dan PAS bakal kecundang pada PRU 15.

UMNO bakal menjadi kuasa terbesar dalam meraih kejayaan PRU 15 nanti.

Najib dan Zahid bakal berehat diluar dan bukan di Sg Buluh.

UMNO bakal menjadi Parti yang bakal menjernihkan kekeruhan terdahulu.

AG,SPRM,PDRM, HAKIM Mahkamah, BNM, dan TH bakal dibersihkan.

Siapa yang bersalah, bersengkokol, bersubahat dan menganiya bakal dihadapkan ke Mahkamah tanpa mengira darjat dan mereka ini akan diberi peluang untuk membela diri masing masing.

Inshaallah.

UMNO selepas PRU 15 dan Malaysia bakal membangkitkan Pemimpin yang bersih dan beretika dan negara akan makmur.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment