Thursday 1 April 2021

THE PROMISED LAND: ZAHID KELIRU ANTARA SOKONGAN TERHADAP INSTITUSI PRESIDEN DAN DIRI SENDIRI.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Berulang kali telah dinyatakan yang dipertahankan adalah Institusi Presiden UMNO dan bukan batang tubuh Presiden UMNO. Disini Zahid KELIRU dan terbawa bawa.

Dengan menghadapi berbagai bagi tuduhan diMahkamah, maka, sewajibnya Zahid melepaskan Jawatan tersebut kepada Timbalan Presiden ya iaitu Tok Mat Hassan.

Demi untuk kelangsungan dan kestabilan politik didalam UMNO, atau meredakan ombak gelora didalam pertubuhan itu maka Zahid perlu berlapang dada dan merelakan Tok Mat untuk mengemudi UMNO dan BN didalam merencanakan hala tuju baru UMNO dalam mempersiapkan diri untuk bertempur pada PRU 15 nanti.

Kelibat atau batang tubuh Zahid dilihat tidak dapat menenangkan rasa gundah gulana orang Melayu terutama yang berada diatas pagar.

Zahid Hamidi kena terima bahawa dia tiada langsung karisma atau  wow factor bagi menarik minat warga atas pagar untuk menyokong beliau.

Sokongan yang diberikan pada PAU baru baru ini, bukan kerana batang tubuh President tetapi melainkan Jawatan Presiden UMNO itu yang diagungkan olih Perwakilan.

Itu sebab semua apa yang dilontarkan olih Zahid Hamidi tidak diendahkan olih beberapa Ahli Parlimen UMNO, ini kan pula musuh UMNO, memang tidaklah.

Benar bak kata Lokman Adam, sekiranya Zahid Hamidi.mengetuai UMNO dan BN pada PRU 15 nanti, bolihlah UMNO menang tetapi untuk berdiri sendiri untuk membentuk  Kerajaan.senaklah perut!!!

Tetapi sekiranya UMNO dan BN tidak dikemudikan olih Zahid tetapi dipertanggungjawapkan kepada Tok Mat yang dibantu Najib, inshaallah, BN bolih menang selesa.

Walaupun Najib tidak berjawatan didalam MKT namun, aura beliau dilihat amat mengkagumkan terutama pada orang Melayu dan juga bangsa lain.

Pada poll yang telah dilakukan,baru baru ini bolih dijadikan sandaran bahawa sosok Najib masih mendahului pesaing antara nya Anwar Ibrahim, Mahathir mahupun Muhyiddin. 

Maka pedulikan apa orang lain kata, yang penting, BN dan UMNO tidak diterajui olih Zahid Hamidi. Itulah senjata yang paling ampuh buat UMNO dan BN untuk kembali berkuasa.

PAS sudah kelaut sebab kuat mempertahankan pelaku tiada moral.

Perikatan Nasional ada Pelaku tiada moral main bini orang kes Nika Gee.

Ada seorang Pelaku tiada moral.. semburit.

PN terdiri dari Pengkhianat belaka.

Pengkhianat PPBM, Pengkhianat PKR dan Pengkhianat UMNO.

PAS pula..penunggng Agama.

PKR diketuai olih Bekas banduan.

Kini Zahid perlu memberi laluan kepada Timbalan Presiden untuk meluruskan kebengkokan yang dilakukan olih petualang yang masih ada didalam UMNO.

Lakukan sekarang, jangan tunggu tunggu.

Cahaya Al Majid.






No comments:

Post a Comment