Monday 19 April 2021

THE PROMISED LAND: INSTITUSI BERAJA PASTI TERHERET SEKALI!!

Bismillahhirrahmannirrahim.

SEKADAR MENGINGATI kerana ini apa yang "aku rasa".

Segala tindak tanduk Kerajaan PN ketika ini sedang bersandar dikerusi atau sedang beralas di atas Takhta YDP Agong.

Itulah realitinya sekarang ini.

Segala perancangan Kerajaan sekarang akan dipandankan dengan "perintah darurat' atas kuasa YDP Agong.

Namun permainan politik PN yang tidak berkesudahan, akhirnya akan menjerumuskan negara kelembah kemusnahan ekonomi yang merebahkan negara.

Apabila ekonomi rebah kerana ketidak yakinan pelabur luar untuk melabur dan keluarnya pelabur pelabur sediaada untuk berhijrah kenegara jiran maka ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi domestic, kini sedang berlaku.

Kelompongan ekonomi tengah dan sedang berlaku.

Kini kehidupan rakyat telah terjejas, dan rakyat kelas bawahan kini tidak cukup wang untuk berbelanja,maka, malapeta yang tidak pernah diimpikan olih negara ini, semuanya kebarangkalian tidak mustahil untuk terjadi.

Tetapi apa yang pasti, apabila semua ini terjadi, bukan saja Kerajaan yang akan tumbang ditangan rakyat malahan Institusi Beraja pun bakal terheret sekali dan bakal terhapus selamanya.

Kini rakyat sedang melihat gelagat Ketua Negara dan pemimpin Kerajaan dalam mentadbir negara.

Rakyat semakin terdesak dan diasak.

Angka pengangguran semakin meningkat , angka inflasi sedang mengcengkam, harga barangan tidak terkawal, kemiskinan dan tekanan hidup warga B40 semakin membimbangkan, perbuatan membunuh diri dalam angka menaik, kemurungan dan hilang pertimbangan diri rakyat semakin membimbangkan.

Memburukkan keadaan ,pendatang asing berselerak diserata pelusuk negara.ada.yang memiliki kad pengenalan palsu, dan sehingga kini masih gagal dibendung.

Pendatang warga negara Cina dan Cina tempatan sudah tidak dapat dibezakan lagi, begitu juga dengan warga negara India, semua ini menyesakkan!!!

Tidak.ketinggalan.warga Bangladesh,. Myanmar, Vietnam, Melayu Siam dan warga.Black, semuanya memudharatkan negara.

Mereka kini adalah penghuni disetiap kawasan, samaada diKampung mahupun dibandar.

Inilah realiti sekarang.

Beringatkan!!!

Sekiranya YDP Agong dan Raja Raja Melayu tidak menyantuni keinginan dan kemahuan rakyat, dan gagal menimbang serta menegur Kerajaan serta mendaulatkan kembali Perlembagaan Negara , maka, perkara seperti yang saya tuliskan,. inshaallah.,semua ini pasti berlaku.

Cahaya Al Majid.

No comments:

Post a Comment