Friday 23 April 2021

THE PROMISED LAND: KENAPA KERAJAAN YANG DIPERKENAN YDPA MASIH MEMERLUKAN KABINET XXXL????

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kenapa Kerajaan YDP Agong yang telah membelanjakan lebih dari RM600 billion yang diketuai olih Muhyiddin masih mengekalkan Kabinetnya yang melebihi 70 orang? 

Atau...dapat kah Kabinet yang direstui olih  YDP Agong yang seramai.ini berjaya melandaikan Covid-19 ? Atau Kabinet seramai ini hanya berjaya melandaikan lagi kewangan negara??

Apa keperluaanya untuk membelanjakan berjuta wang rakyat untuk gaji mereka sedangkan ekonomi negara sedang nazak dan merudum?

Memburukkan lagi keadaan , dana simpanan KWAN yang telah terkumpul dari tahun 1988 yang berjumlah hampir RM17 billion ini pun nak disakau jugak??

Peergh...gila!!!!

Apa yang dapat dilihat Kerajaan YDP Agong yang diketuai olih Muhyiddin ini sememangnya telah gagal dalam mentadbir mahupun mengurus kewangan negara.

Apa yang pasti sehingga kini Kerajaan YDP Agong dibawah Muhyiddin telah meminjam hampir RM75 billion dalam tempoh 14 bulan.

Fuh... guyup..guyup.. walaupun sudah beratus billion sudah dibelanjakan. bak kata Muhyiddin iaitu RM600 billion.namun..ekonomi tetap merudum dan deficit semakin melebar..dan kehidupan rakyat semakin terjejas.

Harga barangan keperluaan seharian tetap dalam prasa meningkat!!!

Tetapi yang hebatnya..duit untuk membeli katak katak politik semakin melata tanpa had...yang ditaburkan kepada katak katak talam dua muka.

Tak pa la... seperti yang telah saya bayangkan dalam penulisan terdahulu.. penghujung kepada perjalanan Ulul Amri dan Pemerintahan ini.... inshaallah.. bakal berlaku juga..

Cahaya Al Majid.




No comments:

Post a Comment