Tuesday 27 April 2021

THE PROMISED LAND: UMNO PERLU TARIK DIRI DEMI MENYELAMATKAN NEGARA.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hanya UMNO yang berupaya untuk menyelamatkan negara dari dimufliskan olih Kerajaan Darurat YDPA yang berketuakan Mahiaddin Yassin.

Ahli UMNO dan Presiden UMNO perlu bertegas dalam hal ini walaupun terdapat beberapa kerat MP UMNO yang terang terangan menjadi penjilat PPBM, menyatakan bahawa "penarikan diri" dari menyokong Kerajaan PN tidak akan meruntuhkan, kerana alasan darurat, "jangan terjerat dengan alasan ini".

Benar, penarikan kerjasama UMNO tidak akan meruntuhkan Kerajaan Muhyiddin atau PN, tetapi, tindakan.ini akan "melemahkan struktur" PN dan melonglaikan Kerajaan Darurat YDPA.

Apabila sokongan parti majoriti iaitu UMNO tidak lagi mendukong Kerajaan PN aka Kerajaan Darurat YDPA,segala, salah laku dalam membuat keputusan, salah menghitung situasi, salah mentaksir ekonomi, salah menjulat unjuran semuanya akan dijuruskan kepada PN dan Kerajaan Darurat YDPA dan inshaallah, UMNO tidak akan terpalit dengan kelemahan ini.

Apa yang berlaku kini, semua kecurangan yang sedang dilakukan olih Kerajaan PN atau Kerajaan Darurat YDPA , UMNO terpaksa memikul biawak ini sekali.

Kegagalan demi kegagalan telah nyata kini.

Bukan saja kegagalan dalam mengurus atau mengawal Covid  19 malahan mengurus kewangan atau dana Covid pun amat menakutkan.

Ekonomi.negara dalam fasa menurun atau menguncup. 

Dana untuk masa depan iaitu KWAN sudah digerebek semahunya.

Harta dan aset negara dijual satu persatu. Yang dalam negeri mahupun diluar negara prasa penjualan sudah bermula dari era PH 22bulan lagi dan berterusan.

600.billion sudah dibelanjakan tetapi kebah ekonomi negara semakin.sesak.

Pinjaman demi pinjaman berulang setiap minggu atau mungkin setiap bulan dan kini pinjaman  terkumpul dibawah PN sendiri pun sudah melebihi RM70 billion dalam tempoh 14.bulan.

Tak cukup dengan itu, penerbitan hutang baru melalui "Sukuk Kelestarian"amat dimegahkan dengan berita terlebih langganan. 

Adakah Kerajaan Darurat YDPA dan Mahiaddin bermegah kerana kejayaan menambahankan.hutang  Negara yang kini telah pun melebihi RM1 Trillion?

UMNO perlu kuatkan mental dan diri untuk berani menongkah arus Kerajaan PN atau Kerajaan Darurat YDPA ini demi untuk menyelamatkan masa depan dan rakyat negara dari dijahanamkan . 

Bukan itu saja, duit hasil dari penjualan aset serta hasil terkait 1MDB yang telah diterima Kerajaan pun Tak tahu kemana malahan hutang 1MDB.yang sepatutnya dilunaskan melalui dana yang diterima tidak dilunaskan seperti sepatutnya.

Tiada apa.yang dapat diharapkan daripada Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP mahupun PAN . Mereka bukan dari Kerajaan semasa.yang bolih melemahkan Kerajaan PN atau Kerajaan Darurat YDPA.

Bertindaklah sekarang UMNO!!!

Waktu sudah teramat dekat takut takut tak sempat nak sebut pisa....ng.

Bersedialah.. Ulul Amri dan pemimpin yang memimpin negara ketika ini.bukanlah dari golongan golongan yang mempunyai nilai dan akhlak yang sepadan seperti yang dituntut olih Al Quran.

Cahaya Al Majid.





.


No comments:

Post a Comment