Bismillahhirrahmannirrahim.
Bercemperanya politik Malaysia bukanlah kerana kuatnya pembangkang mahupun Mahathir tetapi kerana Perdana Menterinya bukan dari pilihan UMNO.
Itulah masaalah yang didepani Malaysia sekarang.
Bukan saja masaalah ekonomi yang dildepani malahan penarikan diri pelabur luar juga masih berlaku tetapi yang sedihnya matawang turut menjunam dibawah kepimpinan tiga PM terakhir iaitu Mahathir, Mahiaddin dan Ismai Sabri.
Waktu Ismail Sabri dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri, iaitu ketika Mahiaddin sedang gahat diasak agar melepaskan jawatan PMnya, ketika itulah Mahiaddin telah menamakan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan tujuan untuk "mengurangkan asakan" dari pemimpin UMNO waktu itu.
Dan ketika Ismail Sabri serta kluster Menteri UMNO gagal menuruti kehendak Parti dari menarik sokongan terhadap Kerajaan Pilihan Ahli Parliament yang berperdana Menteri Mahiaddin, maka, ketika itulah detik permulaan UMNO terbelah dua.
Kini terserlah sudah "wajah wajah' Menteri UMNO yang tidak "bermakmumkan" kepada UMNO.
Segala janji setia terhadap parti dilihat luput apabila mereka diangkat sebagai Menteri mahupun sebagai Timbalan Menteri. Waima Ismai Sabri juga telah hanyut pendirian apabila dilantik sebagai Perdana Menteri.
Selain Ismail Sabri antara mereka yang tidak sealiran dengan pengorbanan kepimpinan tertinggi UMNO, adalah,Annuar Musa, KJ, Mahadzir Khalid, Shahidan, Tajuddin Rahman serta Nazri Aziz .Mereka mereka ini dicop sebagai 'sesat" dalam perjalanan UMNO untuk mengapai kejayaan pada PRU15.
Dan mereka ini diibaratkan seperti "Trojan horse 🐎🐎 kepada musuh UMNO terutama PPBM mahupun PH ketika ini.
Kepimpinan UMNO perlu sedar bahawa keberadaan "mangkuk hayun",ini sedang merobohkan kubu UMNO dari dalam. Kalau sekiranya tiada apa dilakukan untuk melupuskan "mangkuk hayun ' ini, kemudharatan lebih besar bakal berlaku kepada UMNO.
Yakinlah Ismail Sabri and the Geng yang sedang kemaruk kuasa sekarang ini, bakal menjunamkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pemimpin utama dalam Barisan Nasional dan UMNO untuk kembali dominant dalam Kerajaan.
Istilah kerana telah selesa bersama pemimpin Bersatu dan PAS, telah menghanyutkan hati Kluster Menteri UMNO ketika ini dan dapat dilihat seolah olah mereka ini sedang berusaha untuk mengekalkan Kerajaan yang ada ketika ini agar dapat terus berkuasa.
Strategy mereka adalah untuk BN dan UMNO untuk terus menang beberapa kerusi Parlimen saja dalam PRU15 ini.
Kini "alur" itu dilihat sebagai ajenda agar mereka terus dapat membentuk Kerajaan campuran bersama Bersatu dan PAS dan melalui ketentuan Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan selepas PRU 15 dapat diteruskan.
Ketidaktegasan President UMNO.dan Timbalan President serta Ahli MKT dalam menangani "masaalah peribadi" kluster Menteri termasuk Ismail Sabri yang sedang menyimpang dari jajaran dan kehendak UMNO sedang ditonjolkan.
Kini mereka tidak lagi "menghormati suara Ahli Akar umbi" yang berkemundang ketika PAU baru baru ini.
Ini menyebabkan "mangkuk hayun" ini mula besar kepala dan tidak menghormati perlembagaan parti dan sering mengeluarkan statement yang bercanggah dengan kemahuan parti.
Menafikan kehendak akar umbi agar diadakan PRU 15 sekarang dijadikan "alasan" sebagai "Parti belum bersedia." seperti yang diucapkan olih puak puak ini termasuk Ismail Sabri.
Walauapapun alasan yang ingin disajikan olih Ismail Sabri and The Gang kepada Ahli UMNO, inshaallah, dengan "aturan' yang dilihat, tanpa rela dari pihak Ismail Sabri dan The Geng, "pembubaran Parlimen " tetap akan berlaku selewat lewatnya selepas Raya Haji.
Masa dan situasi bakal menyebelahi "blok' bukan Menteri dari UMNO.
Inshaallah kerana kedegilan puak puak Ismail Sabri berserta kelompok kelompok UMNO yang sewaktunya', akhirnya, kehendak "bumi meem" ini, Mohammad Bin Hasan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada PRU15 ini.
Inshallah, semuanya pasti terjadi.
Alhamdullilah.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment